CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rumah terbuka kecoh, tetamu hamil pecah air ketuban

29-4-2024 08:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9568| Komen: 20


PETALING JAYA – Sebuah majlis rumah terbuka bertukar kecoh apabila salah seorang tetamunya yang sarat mengandung mengalami pecah air ketuban.

Menerusi sebuah video dikongsi di TikTok Che Kiah857, kejadian berlaku ketika wanita tersebut sedang duduk bersembang sambil menjamu selera.

Keadaan kemudian menjadi kecoh apabila wanita terbabit memaklumkan air ketubannya telah pecah.

“Air ketuban pecah, atas sofa baharu pula,” tulis kapsyen video tersebut.

Dalam video berlainan, pengirim tersebut memaklumkan wanita berkenaan bagaimanapun kekal tenang dan segera dibantu oleh saudara-maranya.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna geli hati melihat suasan kelam-kabut tersebut selain ada yang mempertikaikan tindakan perakam yang mentertawakan wanita berkenaan.

“Pertama bila benda ini jadi, tolonglah jangan menjerit terlolong, kasihan orang itu. Bawa tenang supaya dia pun tenang tidak kelam-kabut, sebab saya pernah lalui situasi begini,” kata Norazela.


“Saya pecah air ketuban rumah mentua, tak boleh bergerak. Baby meluncur keluar,” kongsi Muji House.

“Riuh, mesti cemas kan. Nanti bayi dah lahir ada benda nak diceritakan dekat dia kejadian sebelum dia lahir,” kata Nurul.

Sehingga kini video tersebut telah meraih lebih sejuta tontonan. 


Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 29-4-2024 09:24 AM
kesiannya. bg iols aib pompuan tu habis dicanang 1 msia. itu pun dah rekod ke? ya Allah geramnya.
Quote Suchi 29-4-2024 09:39 AM
Dah kenapa terpelik terlolong tu
Nih mesti byk sgt tgk movie
Dlm movie mmg la merepekk
Pecah ketuban terus kuar baby, anak sulong lak tu

Quote HujanBatuTiga 29-4-2024 11:05 AM
Jahat org yg menyebar ni.
Quote tupaiterbang 29-4-2024 11:11 AM

Ini pun isu semasa ke?

Quote salimrock 29-4-2024 11:25 AM
BoongaKertas replied at 29-4-2024 09:24 AM
kesiannya. bg iols aib pompuan tu habis dicanang 1 msia. itu pun dah rekod ke? ya Allah geramnya.

itu la, masalah nya kalo berada di khalayak ramai skrg,


Quote eyansss 29-4-2024 11:35 AM
tupaiterbang: Ini pun isu semasa ke?


dah lama dah rosak deme2 ni…  menda viral tepek sini padahal ada je benang viral untuk ditepek…
Quote eyansss 29-4-2024 11:36 AM
salimrock replied at 29-4-2024 11:25 AM
itu la, masalah nya kalo berada di khalayak ramai skrg,

one of reason aku jadi makin malas nak kemana2...  sheram...  skang bawak anak2 camping n pilih campsite yang tak ramai orang...  tu pun kengkadang ada je yang jenis merekod sentiasa sampaikan jadi tak best nak lepak luar khemah...
Quote eyansss 29-4-2024 11:43 AM
salimrock replied at 29-4-2024 11:25 AM
itu la, masalah nya kalo berada di khalayak ramai skrg,

one of reason aku jadi makin malas nak kemana2...  sheram...  skang bawak anak2 camping n pilih campsite yang tak ramai orang...  tu pun kengkadang ada je yang jenis merekod sentiasa sampaikan jadi tak best nak lepak luar khemah...
Quote BoongaKertas 29-4-2024 12:12 PM
salimrock replied at 29-4-2024 03:25 AM
itu la, masalah nya kalo berada di khalayak ramai skrg,

scarry. mata ketiga tu sbnrnya kamera@social media gamaknya.
Quote prettyuglybabe 29-4-2024 12:14 PM
how come ye dia tak alert waktu bersalin?
Quote salimrock 29-4-2024 02:56 PM
prettyuglybabe replied at 29-4-2024 12:14 PM
how come ye dia tak alert waktu bersalin?

anak sulung dik,  hari raya kan hari bergumbira... juadah hidangan semua terhidang, ketupat lemang, lontong dan rendang, pakaian baru beraneka , mengeratkan ikatan kawan dan saudara, rumah terbuka di mana2   ( tetiba wa rasa mcm nak buat lirik lagu raya pulak haha )
tetiba terberanak pula

Quote zasssssss 30-4-2024 05:00 PM
tak rasa sakit pun time air ketuban pecah..ada contraction baru rasa sakit..itu aku laa....
Quote Prickford 30-4-2024 05:22 PM
eyansss replied at 29-4-2024 03:36 AM
one of reason aku jadi makin malas nak kemana2...  sheram...  skang bawak anak2 camping n pilih ca ...

Iolls plak jadi malas nak makan kat restoran yg viral sbb kadang2 ada BBNU sibuk buat review makanan, buat content air yg deyols beli la. Kita nak makan aman2 pon tak senang. Now prefer makan kt resto yg mahal2 sikit, yg influencer bbnu tak mampooo..hahahaha

Quote Cyempaka 30-4-2024 07:05 PM
Macam itu pun mereka terhibur lalu ketawa terbahak bahak
Quote naina 30-4-2024 07:31 PM
Amit2 ya perempuan free hair berkarat tu dengan yang tukang ambil video. Overnya..yg prmpuan free hair apa hal duk cakap malu..ko punya perangai lagi memalukan.
Quote eyansss 1-5-2024 12:58 AM
Prickford replied at 30-4-2024 05:22 PM
Iolls plak jadi malas nak makan kat restoran yg viral sbb kadang2 ada BBNU sibuk buat review makan ...

oyeah...  yang tu pun aku akan elak...  cuma frust la sebab aku ni jenis food hunting tapi sekarang dah tak aman dah, nak2 tempat viral maknenek bbnu sibuk tergedik2 rekod tak pandang sekeliling...  annoyed habis...
Quote Nurul8001 1-5-2024 05:25 AM
prettyuglybabe replied at 29-4-2024 12:14 PM
how come ye dia tak alert waktu bersalin?

Tarikh jangkaan bersalin tu,anggaran je.
Kalau banyak gerak, ada tendency bersalin awal.
Tapi, lepas air ketuban pecah, bukan terus bersalin, ada masa nak check in hospital.
Quote fefeeling 1-5-2024 09:28 PM
Tak sampai hati nk tgk video.. aku yg tak pnah beranak ni pun boleh bayangkan tahap vulnerability ibu mengandung ketuban pecah tu… kalau aku kat tempat dia, aku saman si bodoh yg rekod and upload video tu sampai dia bengkrap
Quote AbukRokok 1-5-2024 10:51 PM
ini namanya drama raya cerita happy2 lucu2

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.056390 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top