Oleh Izzah Abbasy
Sangat seronok jika mempunyai pasangan yang sama-sama jenis suka 'travel'. Pergi ke mana-mana pun tak risau sebab ditemani oleh yang tersayang. Biasanya yang mengajak untuk travel ini adalah cik abang lah kan? Lelaki memang suka travel. Bagi mereka, dengan travel dapat membuka minda dengan luas, tenang, mengenali budaya lain dan merupakan hobi yang sangat seronok. Tapi, sejauh mana pasangan tersebut serasi disebabkan mereka ini 'kaki travel', jom sama-sama kita bongkar! Pastikan si dia sentiasa ajak anda travel selepas ini ya! - CARI Infonet 1. Kepercayaan Berpeluang mempercayai satu sama lain. Melihat dunia luar membuatkan mereka saling bergantung antara satu sama lain, lantas membangunkan rasa percaya yang tinggi. 2. Hormat Kelemahan dan Kekuatan Masing-Masing Dari sinilah mereka saling belajar. Menggunakan kelebihan masing-masing yang ada, ia memberi semangat kepada pasangan. Contohnya, mengingatkan barang apa yang perlu dibawa. 3. Romantik Mengembara bersama, mandi air terjun, melihat bintang di langit atau pun melihat matahari terbenam, makan malam bersama, namakan apa saja aktiviti, kamu akan menjadi orang yang paling romantik di mata pasangan masing-masing. 4. Keluar Dari 'Comfort Zone' Setiap perjalanan menjanjikan pengalaman baru. Kamu keluar dari melakukan sesuatu yang rutin dari kehidupan kamu berdua dan meneroka tempat-tempat baru bersama-sama dengan selesa, kerana dia ada di sisi kamu. 5. Nafas Baharu Dalam Perhubungan Ini adalah peluang kepada kamu untuk memulihkan semula hubungan yang dingin atau menguatkan lagi rasa sayang antara satu sama lain. Travel memberi peluang kepada kamu untuk meluangkan masa berdua tanpa gangguan sesiapa. 6. Berkongsi Minat Yang Sama Siapa yang tak suka travel kan? Selain hobi yang lain, tentunya travel 'minat' yang paling mudah dan paling seronok untuk dikongsikan bersama pasangan. Apatah lagi jika kamu dan pasangan seorang food lover, tentu banyak tempat dan makanan yang nak kamu redah sepanjang perjalanan nanti. 7. Ada Untuk Satu Sama Lain Walaupun di tengah-tengah sekumpulan orang yang tidak dikenali, kamu masih mempunyai antara satu sama lain. Tidak kira di mana kamu berada, kamu sentiasa mempunyai satu sama lain untuk membuat kamu merasa diterima dan disayangi. Sweet kan? 8. Bukan Sekadar Pasangan, Tapi Kawan Baik! Berkongsi pendapat, ketawa, bercakap, dan bersenang-senang dengannya atau mungkin bergaduh, kamu bagaikan kawan karib yang tak boleh berpisah. Di sinilah kamu akan mendapati bahawa hubungan itu bukanlah sekadar tanggungjawab, bahkan dia adalah segala-galanya buat kamu. 9. Menghargai Masa Bersama Kamu akan menghargai setiap detik bersama-sama. Menunggu bas selama 12 jam boleh berakhir perasaan seperti lima minit. Bahkan masa dirasakan berlalu dengan pantas dan tak pernah puas walaupun 24 jam dan 7 hari bersama si dia. - CARI Infonet Info : Remaja
|
17
Bagus |
22
Marah |
9
Terkejut |
14
Sedih |
15
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT