Penyanyi terkenal, Datin Alyah, baru-baru ini berkongsi perasaan syukur dan bahagia selepas majlis cukur jambul dan akikah anak angkatnya, Nur Izzara. Majlis tersebut, yang berlangsung di Batu Pahat, Johor, dihadiri oleh keluarga dan sahabat handai, menyempurnakan satu lagi babak indah dalam kehidupan Alyah dan suaminya, pemuzik terkenal Datuk Ramli MS, atau lebih mesra dikenali sebagai Tok Ram. Dalam satu hantaran di Instagram, Alyah meluahkan betapa kehadiran Nur Izzara dalam hidup mereka adalah satu rahmat yang tidak ternilai. Menurutnya, kehadiran cahaya mata ini membawa makna yang amat besar dalam rumah tangganya dan Tok Ram. “Bila kita mencari cinta dunia, banyak hati yang kecewa dan hati kita juga malah hancur dan remuk. Tapi, bila kita mencari cinta Allah SWT, segalanya seperti mimpi yang indah,” tulis Alyah, menggambarkan perasaannya yang amat bersyukur.
Alyah juga menyentuh tentang betapa banyak kebaikan yang telah diberikan kepada mereka, sehingga ada kalanya merasa malu untuk meminta lebih, mengingatkan diri akan dosa-dosa yang pernah dilakukan. Namun, beliau percaya Allah SWT mengetahui apa yang ada dalam hati setiap hamba-Nya dan merupakan sebaik-baik perancang. “Nur Izzara hadir dalam hidup kami. Tidak pernah kami terfikir dalam perancangan kehidupan yang kami lalui dan sesungguhnya Engkaulah perancang terbaik bagi setiap hamba-Mu,” tambahnya lagi, menunjukkan betapa besar rasa syukurnya atas kehadiran Nur Izzara. Selain itu, Alyah juga berterima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan majlis tersebut. Beliau mengucapkan penghargaan khusus kepada Abang Ajis dan Kak Chik sekeluarga yang menguruskan segala persiapan majlis, serta kepada adik-beradik, pakcik-makcik, saudara mara, dan ipar-duai yang datang dari jauh, termasuk dari Singapura. “Terima kasih buat Abang Ajis dan Kak Chik sekeluarga menguruskan segala-galanya untuk majlis akikah cukur jambul Izzara dan kenduri doa selamat buat saya sebelum menunaikan haji,” kata Alyah. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada sahabat handai yang sudi hadir memeriahkan majlis, serta penduduk sekitar yang memberi layanan baik kepada mereka, walaupun Alyah hanya menumpang kampung abang iparnya. Alyah menutup hantaran Instagramnya dengan doa agar semua yang hadir dan membantu diberkati oleh Allah SWT. Alyah turut memuat naik gambar-gambar indah bersama suaminya, Tok Ram, dan Nur Izzara, menunjukkan mereka bertiga duduk di pelamin kecil yang dihias cantik. Sumber : Murai.my |
Skyline_84 replied at 5-6-2024 07:42 AM
toklaki pun kawin sblm2 ni tkde anak kan?
Skyline_84 replied at 5-6-2024 07:42 AM
toklaki pun kawin sblm2 ni tkde anak kan?
kmbg replied at 5-6-2024 07:34 AM
Mcm atuk umur 80 wife 42 baru dapat anak tu kan..dgr atuk tu azankan anak rasa sebak pulak.
elnor_81 replied at 5-6-2024 08:50 AM
Rezeki Allah x slh alamat. Aku dulu pun xnk dh pk psl anak. Siap nk letgo segala brg baby yg aku dh ...
Sazreena replied at 5-6-2024 09:32 AM
Seeloknya anak tu dijadikan anak susuan supaya takde timbul isu di kemudian hari.
Shayang replied at 5-6-2024 07:57 AM
Oh aku ada nampak tt dia 2-3 hari lepas lalu lalang
Tapi aku tertarik ngn sorang acik ni komen di ...
ADVERTISEMENT