CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu e-hailing tular hina Islam, Malaysia disiasat

6-6-2024 08:41 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8119| Komen: 33


PETALING JAYA – Polis menyiasat tindakan seorang pemandu e-hailing mengeluarkan kenyataan menghina agama Islam dan Malaysia kepada pelancong asing, menerusi video tular, baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang peniaga berusia 49 tahun yang melihat video tersebut di aplikasi TikTok semasa berada di rumahnya di Kempas Baharu, Johor Bahru, semalam.

Katanya, lelaki itu mendakwa video yang dimuat naik oleh pemilik akaun Tiktok ‘Samisma_News & AATV Rakyat News’ memaparkan seorang pemandu e-hailing didakwa menghina agama Islam serta memburukkan Malaysia kerana tidak berpuas hati kerana negara ini mengharamkan arak dan bermain judi.

“Hasil siasatan mendapati video terbabit dimuat naik kira-kira pukul 7 malam semalam dengan mengeluarkan kenyataan sensitif.

“Semakan akan dibuat dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mendapatkan butiran pemilik akaun dan mengenalpasti pemandu e-hailing,” katanya ketika dihubungi.


Loading FB Post...

Razarudin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Semalam, tular sebuah video memaparkan perbualan antara pelancong warga asing dan pemandu e-hailing.

Menerusi video berkenaan, pemandu e-hailing tersebut telah menghina Islam ketika berbual dengan pelancong terbabit.

Sumber -KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingerbumpy 6-6-2024 08:43 AM
Hari hari muka ko....

Memang role KPN ini jadi spokesperson setiap hari keww?
Quote missbigrockstar 6-6-2024 08:53 AM
Tak dpt view dah. Dipadam dah kot?
Quote bottombikini 6-6-2024 08:55 AM
baru2 ni penah naik grab to kl sentral
tapi iols syak cina tu sejenis rasis
agaknya dia tak expect weols ni melayu
salah iols la kot sbb tak letak nama leha ke rubiah ke kan
muka seketat2 tidak, dia tgk gitu je iols angkat luggage masuk bonet
biasa akan bagi tips gak kalo driver rajin tlg angkat beg

negative vibes...maleh le nak letak review sbb kami2 sampai dgn selamat walaupunnn
Quote KamikuP 6-6-2024 09:44 AM
Mohon imigresen cek kat airpot kot kot apek tua ni dah pegi Australia umah anak dia
Quote Gunama 6-6-2024 10:54 AM
49? Aku tgk mcm 60 tahun. Naseb ko rase mcm idup dlm gua apek ooi..Kira ok lg drp ko rase mcm idup dlm kubo?
Quote AbukRokok 6-6-2024 11:25 AM
dah tgk video dia kt ktiktok,,,,xnampak celah mana2 menghinanya
video dia meluah kat pelancong tu kat sini itu xboleh ini xboleh hidup xboleh enjoy lebih baik u pergi thailand
Quote Skuau 6-6-2024 11:55 AM
dia tgh mengintah peluang tu..kot2 boleh ikut rombongan cik kiah..pi cari peluang pelaburan kt luar negara.....berdasarkan kes sebelum ini...
Quote BENTARA 6-6-2024 12:21 PM
ni misti puak seDAPik..... klu puak aloha songkran pasti dia geng ostat bala dan mimpi nabi
Quote Burong_Hantuk 6-6-2024 12:26 PM
dah agak...cuma siasat
Quote shida81 6-6-2024 12:28 PM
stingerbumpy replied at 6-6-2024 08:43 AM
Hari hari muka ko....

Memang role KPN ini jadi spokesperson setiap hari keww?

Ak baru nk ckp bende sama.. Kerap tul muka dia keluar.. Dah mcm menteri pelakon tu.. Asik muka dia je
Quote PinkyPie 6-6-2024 12:31 PM
Uncle tiap bulan pegi Siam buat apa sebenarnya heh heh
Quote BoongaKertas 6-6-2024 01:24 PM
make sure ban dari travel gak. kemain beria dia ckp anak keje oberseaaaa
Quote Orix 6-6-2024 01:29 PM
bukan kt 99speedmart bersepah arak boleh beli anytime ke ? kedai judi magnum pun byak je... casino ko pi genting la... x sedo dek untung... ko duk cina balik la
Quote Firenzza 6-6-2024 03:33 PM
X dpt minum arak & berjudi kena hukum sula bontot gamaknya.......vincent tan ketawa guling2 dengar keluhan nasib ko hidup kt msia
Quote stingerbumpy 6-6-2024 05:11 PM
shida81 replied at 6-6-2024 12:28 PM
Ak baru nk ckp bende sama.. Kerap tul muka dia keluar.. Dah mcm menteri pelakon tu.. Asik muka dia ...

Exactly....ko ada pegawai pegawai serta ketua at every branch seluruh negeri....yg masih perlukhen ko saban hari kena keluarkhen kenyataan apa jadahnya? Yg lain incompetent keww?
Quote nusaraya 7-6-2024 08:42 AM
Edited by nusaraya at 7-6-2024 08:53 AM

Mengingat masalah terkait dengan  agama islam dan bahasa melayu selalu menimbulkan  keributan di Malaysia ...

Mengapa hingga kini Malaysia X mahu melakukan hal ini ...

1. Merubah status  PDRM menjadi Polis Syariah ... Melakukan tugas untuk memastikan bahwa seluruh aturan syariah agama ialam dijalankan dengan baik dan benar. Sanksi hukuman penjara akan diberikan bagi siapapun yang melangar syariah secara langsung maupun X langsung ...bukan saja bagi semua rakyat malaysia yang beragama islam tetapi bagi juga yang bukan beragama islam.  Status Bani Tamim juga menjadi alasan utama untuk menjadikan PDRM  sebagai Polis Syariah harus segera diwujudkan.

2, Merubah status Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (DBPM)  menjadi Polis Bahasa Melayu ....Memastikan agar Bahasa Melayu menjadi bahasa utama di Malaysia dan juga di seluruh dunia. Untuk itu DBPM sebagai Polis Bahasa diberikan authority untuk siapapun yang menolak dan X fasih bahasa melayu  baik di Malayia maupun di seluuh dunia dengan hukuman denda dan penjara.

Saran kami .. cepat realisasikan hal di atas itu segera ... jangan ragu-ragu ... bukankah lebih baik terlambat daripada X melakukan apa-apa dalam usaha menjadikan agama islam dan bahasa melayu menjadi identity  negara anda .... TAHNIAH
Quote redz85 7-6-2024 08:50 AM
besar nya penipu apek ni.. kat supermarket section non halal tu kan ada air alkohol.. togok aje lah sampai hati kau rosak..

judi banned? sah tak pernah menang..
Quote clueless_gamer 8-6-2024 04:34 AM
kalau biasa dengar kan.. cara cakap dgn point dioang ni semua samanya je kan.. esp dkt medsos

macam template, mcm kena brainwash dari kecik yg akan cakap benda yg sama berulang

walaupun proven contradictory mcm ni..

ko duduk UK ke US lagi teruk kena asian hate crime.. lagilah dari rupa camni, sampai org jepun dgn korean pun kena tempias..
Quote Manjahati 8-6-2024 09:09 AM
Driver ni dok mana.?

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 09:46 AM GMT+8 , Processed in 0.037890 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top