Individu yang pernah dibantu oleh pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew iaitu Mondy Tatto dikhabarkan kini sedang berbadan dua. Mondy atau nama lengkapnya Dita Restu Amanda dilihat berkongsi di TikTok menunjukkan ‘baby bump’ yang semakin membesar dan menanti hari untuk menimang cahaya mata. Tetapi apa yang mencuri tumpuan ramai adalah kapsyen ditulis Mondy yang meluahkan rasa kecewa dan terkilan dengan nasib dirinya yang bakal melahirikan bayi tanpa kehadiran suami di sisi. "Hamil tanpa suami itu bukan mudah." "Ditinggalkan pasangan saat sedang hamil. Lelaki yang tidak bertanggungjawab, tidak layak digelar ayah."
Malah perkongsian sebelum ini, Mondy pernah menitipkan doa agar anak yang bakal dilahirkan itu diberi kesihatan selain berharap dirinya diberi keupayaan dan kekuatan untuk membesarkan zuriatnya itu sendirian. Sementara menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya tertanya-tanya mengenai status anak yang dikandung Mondy. Tidak kurang juga ada yang mendakwa Mondy sebenarnya tidak pernah berkahwin dan bayi yang dikandung itu merupakan anak tidak sah taraf. Namun, sehingga artikel ditulis, Mondy tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau penjelasan berhubung perkara tersebut. Sumber: TikTok Mondy/OhBulan |