Loading FB Video...
Sumber Video:SukanStarTv oleh : Fyruz Hanna Jika anda lihat klip video diatas, pernah tak anda terfikir, apakah yang akan anda lakukan jika anda berada pada dan waktu kejadian di atas? Kemalangan ini berlaku di Batu Berendam, Melaka dan mungkin kerana tidak mempunyai lampu isyarat dengan kecuaian pemandu meletakkan nyawa penunggang motosikal ini dalam bahaya.
Dapat dilihat, pengguna jalan raya yang lain ada yang meninggalkan kawasan kemalangan tersebut, ada yang panik dan tak kurang yang hanya melihat kemalangan yang masih 'panas' lagi berlaku. Sebenarnya apa yang harus dilakukan jika anda berhadapan dengan situasi sebegini? CARI Infonet, kumpulkan antara perkara yang boleh dilakukan oleh pengguna yang dikutip daripada komen netizen: 1. Jika anda bukan mangsa, dan anda baru sahaja melihat kemalangan didepan anda, ada baiknya anda lihat keadaan sekeliling. Jika ingin membantu, letakkkan kenderaan anda ditempat bukan gangguan lalu lintas. 2. Jika anda lihat ada mangsa terbaring di atas jalan, dekati mangsa namun dan elakkan menyentuh mangsa. Pastikan dahulu keadaan mangsa adakah mengalami cedera parah ataupun hanya cedera ringan 3. Pastikan anda bercakap-cakap dengan mangsa, untuk memastikan dirinya dalam keadaan sedar. Tanya soalan berkaitan dirinya seperti nama, no telefon untuk dihubungi, kerja dan sebagainya. 4. Elak mengangkat mangsa yang cedera parah kerana takut dikuatiri akan menyebabkan cedera lebih parah. 5. Jika kemalangan mengganggu lalulintas, alihkan kenderaan ke kawasan lain yang tidak mengganggu lalu lintas. Dapatkan bantuan kecemasan dengan kadar segera. Semua tips ini dikumpul hasil perkongsian netizen dilaman sosial, jika anda mempunyai cadangan dan cara yang difikirkan patut perlu boleh kongsikan diruangan komen dibawah.-CARI Infonet.
|
23
![]() Bagus |
19
![]() Marah |
14
![]() Terkejut |
19
![]() Sedih |
22
![]() Lawak |
18
![]() Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
revolusi_30 replied at 17-12-2015 03:31 PM
Call ambulance la, tu medic punya kerja kot.
Vellfire replied at 17-12-2015 03:36 PM
yup betul. selalu orang panik dan tak buat ape2 just tengok mangsa.
zorrro_03 replied at 17-12-2015 03:58 PM
sorry tanya / cadangkan. kenderaan terlibat kemalangan spt ini boleh alihkan ke? bukan kena tunggu ...
revolusi_30: Call ambulance la, tu medic punya kerja kot.
revolusi_30 replied at 17-12-2015 05:15 PM
Kan ke kalau kita sentuh atau angkat mangsa lagi mudarat. Bnyk mangsa mati pasal pembantu x ber ...
ADVERTISEMENT