|
MELAKA – Suasana program ibadah korban yang dikatakan dilaksanakan di Taman Seri Pandan dekat sini baru-baru ini bertukar kecoh apabila seekor lembu terlepas dan mengamuk di khemah petugas wanita. Satu klip video berkaitan kejadian turut tular di media sosial memaparkan orang ramai lari bertempiaran bagi menyelamatkan diri masing-masing. Dalam video berdurasi 30 saat itu, kedengaran suara seorang lelaki cuba mengawal situasi dengan memberi arahan supaya orang ramai kekal bertenang. “Jangan lari…relaks, relaks..,” katanya. Haiwan tersebut kemudian dilihat menyondol seorang wanita sehingga mangsa melambung sebelum terjatuh secara terlentang. Klip tersebut didakwa berlaku berhampiran sebuah surau di kawasan berkenaan, pagi kelmarin. Sumber – KOSMO! ONLINE |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
23-2-2026 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.160807 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.