PETALING JAYA – Seorang anggota daripada Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan (RS) yang berpengkalan di Kem Kidurong, Bintulu, Sarawak hilang ketika sedang bertugas dalam Op Ukur.
Kehilangan anggota, Pbt. Muhammad Syafiq Hilmi Abd Halim dikesan pada Selasa lalu kira-kira pukul 12 tengah hari ketika bertugas bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan (Jupem) di Limbang, Sarawak. Sel Perhubungan Raya Markas Tentera Darat Malaysia berkata, mangsa dilaporkan hilang ketika ketua kumpulan mendapati anggota tiada diposisi belakang kumpulan. Jelasnya, kejadian berlaku pada kedudukan dijarak dua kilometer di atas permatang sempadan Malaysia-Brunei dari tanda sempadan E500 menghala ke arah E600. “Usaha mencari dan mengesan anggota telah segera dilaksanakan oleh kumpulan tersebut yang terdiri daripada dua anggota TDM dan lima anggota Jupem, namun gagal menemui anggota. “Usaha pencarian juga telah dipergiatkan oleh TDM mulai Rabu lalu di kawasan tersebut dengan melibatkan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta Agensi Awam lain yang dikoordinasikan oleh Majlis Keselamatan Negara bersama Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM),”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Tambah kenyataan itu, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) turut mengaturgerakan aset mereka dalam membantu usaha pencarian bersama TDM. Op Ukur merupakan operasi yang dilaksanakan di bawah kawalan Markas 31 BrigedSempadan, yang melibatkan penempatan anggota TDM sebagai pengiring keselamatan kepada pasukan Jupem. Pasukan tersebut sedang melaksanakan penandaan dan pengukuran sempadan Malaysia-Brunei Darussalam di kawasan pengukuran Ulu Tutong (E500) ke Bebuloh (E600), Limbang bermula 11 Jun hingga 2 September depan. Sumber -KOSMO! ONLINE.
|
Perawankota replied at 22-6-2024 01:29 PM
Ada kaitan dengan alam sebelah sana tak?
B40tastePosh replied at 22-6-2024 01:37 PM
Panglima Jalal, Acik Dewi dan anaknya akan menjalankan siasatan.
babynina30 replied at 22-6-2024 08:40 AM
I baca kt tt. Ramai gila their family members , anggota bertugas hilang. Ada tu dr 2017. Takjumpa ti ...
supernaturalee replied at 23-6-2024 01:04 AM
Serious ar
Dh tu idok ke deme ketatkan lg sop ms operasi ukur2 ni
ADVERTISEMENT