CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nurul Shuhada lancar perang! Dedah perbualan lucah Hafidz Roshdi - "18 bulan saya sabar! Kau yang mula dulu maka sila bincangkan"

26-6-2024 09:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 29583| Komen: 290

Description: KONTROVERSI membabitkan Hafidz Roshdi belum berkesudahan apabila bekas isterinya mendedahkan perbualan lucah di antara aktor berkenaan bersama seorang wanita dipercayai orang ketiga dalam rumah tangga ...


KONTROVERSI membabitkan Hafidz Roshdi belum berkesudahan apabila bekas isterinya mendedahkan perbualan lucah di antara aktor berkenaan bersama seorang wanita dipercayai orang ketiga dalam rumah tangganya sebelum ini.

Nurul Shuhada, 30, memuat naik tangkap layar tersebut di Instagram miliknya yang dihantar sendiri oleh wanita tersebut dengan tujuan membuktikan hubungan mereka serius.

Shuhada memberitahu perbualan lucah yang berlaku sekitar Januari tahun lalu itu juga menjadi punca dia nekad memfailkan penceraian terhadap Hafidz.



"Untuk pengetahun chat ini diberi oleh pelakor sendiri sebab nak buktikan yang dia mampu untuk memuaskan si polan.


"Kenapa aku minta cerai? Sebab ini! Ia diberikan kepada saya untuk membuktikan hubungan mereka sangat serius," katanya.

Shuhada memuat naik perbualan tersebut menerusi Instagram miliknya pada Rabu.

Dalam pada itu, Shuhada menjelaskan dia bertindak mendedahkan bukti tersebut kerana tidak dapat lagi menahan sabar ibunya dimalukan.

"18 bulan saya sabar! Kau yang mula dulu maka sila bincangkan. Saya pegang kata-kata ‘jangan mula dulu Shu kalau dia yang sebar baru kongsi.’

"Jadi disebabkan sampai perbualan mama saya pertahankan saya pun dimalukan, jadi silakan menjamu hidangan.

"Jangan jolok sarang tebuan!Kau sentuh aku? Okay! Kau sentuh mak dan anak-anak aku jumpa dekat mahkamah," luahnya.

Tambah Shuhada, dia bertindak mendedahkan perbualan lucah itu kerana Hafidz yang memulakan terlebih dahulu.

Malah dakwanya, selain perbualan, dia turut mempunyai bukti rakaman audio dan pengakuan pasangan berkenaan.

“Tak sabar pula nak ‘up’ semuanya. Kepada you, bersedia, ini bermakna perang.

“Mahkamah tak mahkamah, letak tepi. Kau yang mula dulu. Beritahu nak mana dulu?

“Korang nak baca perbualan antara pencurang dan pelakor atau voice recording? Pilih,” katanya.


Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 30, mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 27 Julai 2023.

Mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umarr, 4 tahun.

Hafidz kemudiannya bernikah dengan wanita pilihannya iaitu Athira Yuhada pada 15 Disember tahun lalu.

Sumber :Mstar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 26-6-2024 09:27 AM
Edited by prince_marhaen at 26-6-2024 09:29 AM

Awal Januari tahun lepas, maksudnya masa si biol HR ni tengah gigih upload video senam kat tiktok pakai treksut kelabu, bagi nampak kepala nonek tersembul, tak pakai spender tu khenssss....masa tu mesti tgh fasa horny2 nak carik lobang lain.... pastu tiap2 mggu wartawan pondan Mstar puji2 buat story... hahahahaha.... nasib ko la shuringai... ko pun selalu memintak kan.. padan la korg berdua.. sorg mental tapi napsu kuda, sorg psiko kuat provok..

Quote kawahapi 26-6-2024 09:27 AM
Perempuan ni lah...
Ko dah cerai kan? Sudah lah, tak habis habis memekak londeh segala dapat apa?
Quote haniasyira 26-6-2024 09:31 AM
kawahapi replied at 26-6-2024 09:27 AM
Perempuan ni lah...
Ko dah cerai kan? Sudah lah, tak habis habis memekak londeh segala dapat apa?

Aah kan,dah cerai pun apa lagi yg ko memekak!!pompuan tak lawa ni kan gigih sunggoh laaaa.ke kempunan sbb ditinggalkan si apiz
Quote mojarean_X 26-6-2024 09:37 AM
Nokk ko dh gilerr ko nokk. Mak yakin ko end up kt Tanjung Rambutan nanti
Quote lasagna 26-6-2024 09:37 AM
ooiii aib aib aib semua londeh.
tak malu betul si Ngai ni eh?
belah sana dah tenang2 kau plak meroyan.
Quote noor2 26-6-2024 09:37 AM
Astaghfirullah...kalau ko kekalkan hubungan yg baik dgn ex..insyaallah mudah hidup ko dan anak2
Quote asudau 26-6-2024 09:38 AM
patutlah kena debik kan pompuan ni, tak abis2
Quote GreySuede 26-6-2024 09:38 AM
Nape masa kes hot tak nak dedah? Now penyondol dah bahagia dgn ex ko. Babai jela. Haha
Quote noor2 26-6-2024 09:38 AM
Oh..besi gigi dah cabut ya....tp makin comel jugak dari dulu
Quote NazRysha 26-6-2024 09:41 AM
eh sundal
dah cerai kan, nak heboh pasal ni napa
kalau aku jd hafiz aku saman malu kat betina sundal ni
Quote cempakaa 26-6-2024 09:41 AM
Berapa byk benang ngai nak buka ni sudah2 la tu, settle dalam mahkamah je la. Dapat apa up sana sini sampai dak apis nak cari job pun susah. Kan anak2 tu nak makan, nak sekolah. Buat sesuatu tu fikir la panjang2
Quote kawahapi 26-6-2024 09:46 AM
haniasyira replied at 26-6-2024 09:31 AM
Aah kan,dah cerai pun apa lagi yg ko memekak!!pompuan tak lawa ni kan gigih sunggoh laaaa.ke kempu ...

Dia nak kenakan ex laki dengan bini baru tu sebenarnya, bitter sampai naik mereng.
Dia ingat netizens akan bersatu sokong dia lah tu.
Quote Thunderclouds 26-6-2024 09:46 AM
Ya tohan.
Bila nk abes.
Dh serai.
Ex pn dh kawen ngn skendel.
Nk justify apa menda lgnyaaaaaa..
Adoooiiii...
Gila.
Quote Cookingholic 26-6-2024 09:51 AM
Tak terkejar citer shungai ni. Tak penat ke bergasak ngai oii. Ni ko tunjuk dlm court jelahh (kalau ada kes). Netizen perlu tahu ke setiap inci kehidupan ko?
Quote Prickford 26-6-2024 09:51 AM
kawahapi replied at 26-6-2024 01:27 AM
Perempuan ni lah...
Ko dah cerai kan? Sudah lah, tak habis habis memekak londeh segala dapat apa?

Itu lah nyerrr pon. Dah cerai. Nak apa lagi?? Sah2 la nak runtuhkan umah tangga ex-laki dgn Olaf pulak. Muka dah la tak lawa. Tambah biNgai lagi buruk overall.

Quote Nozot 26-6-2024 09:53 AM
Ngai, tahu ko sakit hati sangat dgn ex tapikan dah cerai kot, ko teruskanlah dengan tuntutan nafkah, bab - bab wasap lucah bagai tu ko bagi bukti kat mahkamah ja kalau betkaitan dengan kes. Nie ko dok melalak kat sosial media mmg la ada kesan tapi last2 ko yang mereng, org tu dah bahagia dah.
Quote anilanil 26-6-2024 09:55 AM
Edited by anilanil at 26-6-2024 10:01 AM

Benda da basi shu. Yg haram suda menjadi halal. Patut zaman pra serai tu hang londeh semua. Nape zaman tu tak saman olaf? Takdak duit buka tabung la. Sedangkan penunggang agama bole buka macam2 tabung, rakyat menderma sampai kaya raya, inikan pulak nak bantu isteri mangsa keganasan domestik menyaman pelakor? Tapi dulu la. Skrg hang dah kaya kitorang tengok je la segala screenshot yg hang upload. Lantak hang la tersakiti sorang2. Masa yg sesuai utk bertindak dah berlalu. Btw kalo netizen nak boikot drama apis tu bukannya sebab kisah lama yachh. Sebab apis tu dah selekeh. Tapi kalo dia bawak watak onggile ke org kampung mmg real.
Dah takde apa yg nak dibincangkan lagi. Baik hang focus cari duit & sponsor utk master. Sudah2 la pi esthetics clinic. Ye, hang dah lawa sikit dari dulu. Olaf pakai hijab pon muka tetap olaf. Hang lawa dari dia.
Quote Thunderclouds 26-6-2024 10:00 AM
kawahapi replied at 26-6-2024 09:46 AM
Dia nak kenakan ex laki dengan bini baru tu sebenarnya, bitter sampai naik mereng.
Dia ingat netiz ...

Ko g la baca komen² tollower tegar dia kt ig.
Semua spesis IQ dua digit cm dia
Patot la dia punya konpiden bila sembang lain macem.
Quote Paiya 26-6-2024 10:03 AM
kata Shu
dia londehkan
sebab chatnya juga dilondehkan
agaknya dia dah baca chat lucah dia
yang ditumpahkan
kat benang sebelah

Lihat semua komen(290)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.066336 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top