BEBERAPA kriteria penting pasti ditetapkan oleh golongan wanita ketika mencari pasangan hidup supaya dapat menjamin kehidupan bersama suami dalam keadaan stabil. Antara aspek yang sering dipandang adalah gaji dan status kewangan kerana setiap perkara dalam dunia hari ini memerlukan duit. Walaupun begitu, jangkaan yang diletakkan haruslah berpada-pada supaya tidak membebankan bakal suami di kemudian hari. Kecoh di laman X apabila seorang wanita menzahirkan kekecewaan terhadap gaji tunangnya yang dianggap terlalu rendah untuk menjalani kehidupan di alam perkahwinan. Menurut wanita itu, dia terkejut apabila mendapati gaji pokok pasangannya tidak mencecah RM2,000 meskipun bekerja dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC). "Terkejutnya aku bila dapat tahu gaji asas tunang aku rupanya cuma RM1,865. Kalau campur elaun semua baru dapat RM3,000. Sikit sangat, rasa macam nak minta putus je ni sementara masih belum terlambat.
"RM3,000 dalam ekonomi sekarang ni nak makan apa? Ingatkan kerja GLC gaji besar sangat, rupanya indah khabar daripada rupa," ujar wanita itu meluahkan isi hatinya. Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya berpendapat harapan wanita itu terhadap pasangannya sebagai keterlaluan, sekali gus menyelar cara dia berfikir. Lebih afdal kalau awak doakan tunang supaya dimurahkan rezeki dan cepat naik pangkat serta gajinya. WARGA MAYA "Oh lelaki gaji RM3,000 dikatakan sikit tapi kalau perempuan gaji sama disebut sebagai hidup berdikari. Masing-masing baru nak mulakan kehidupan, apa yang awak nak harapkan tinggi-tinggi sangat. Pergi je la kahwin dengan anak orang kenamaan. "Kahwin dengan perempuan pemikiran macam ni pasti rumah tangga tak bertahan lama. Hidup berpaksikan duit, dia ingat gaji tu yang akan mengenyangkan dia padahal Allah adalah sebaik-baik pemberi rezeki. "Fokus dekat diri awak dulu ya sis, jangan ralit sangat dok perlekeh gaji tunang tu. Entah-entah gaji awak pun setara tu je, Ingat ya semua, kalau nak rumah tangga berpanjangan, sentiasa berkata yang baik pada mulut dan hati. "Lebih afdal kalau awak doakan tunang supaya dimurahkan rezeki dan cepat naik pangkat serta gajinya. Barulah betul hidup susah senang bersama, bukan hanya ada ketika semuanya sedang elok," kata sebahagian warga maya. Sumber : MStar |
ifanonline replied at 26-6-2024 12:00 PM
kpd lelaki, sekiranya wanita melihat pay slip anda, better ditch her fast...red flag everywhere
Kitty_catz replied at 26-6-2024 12:02 PM
even kalo puting pink2, tetek cup D and tak layut??
ifanonline replied at 26-6-2024 12:05 PM
nak kawin ke nak melacur?
manehnya replied at 26-6-2024 12:08 PM
taste jantan now, nk bini serupa spec bukan main, tu yg menyumbang kpd pertambahan andartu n andar ...
ifanonline replied at 26-6-2024 12:05 PM
nak kawin ke nak melacur?
ultra78 replied at 26-6-2024 12:42 PM
Nak gaji besar,cari lelaki yg lebih tua.
Tapi besar juga elaun dia,hampir RM1200
ADVERTISEMENT