CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Persetubuhan tanpa kerelaan: Bekas polis diarah bayar 2 wanita Mongolia RM820k

28-6-2024 09:49 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15680| Komen: 74

Description: Mahkamah sivil memutuskan seorang bekas inspektor polis membayar RM820,000 kepada dua wanita Mongolia.


Mahkamah sivil memutuskan seorang bekas inspektor polis membayar RM820,000 kepada dua wanita Mongolia.

Ini berhubung kes saman persetubuhan tanpa persetujuan semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) Malaysia empat tahun lalu.

Istilah 'perhubungan seks tanpa persetujuan' digunakan untuk tindakan saman di mahkamah sivil manakala istilah 'rogol' hanya digunakan untuk kes di mahkamah jenayah.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang tadi membenarkan saman dua plaintif terhadap defendan Hazrul Hizham Ghazali berhubung kejadian di dua bilik tidur berasingan di sebuah hotel di Petaling Jaya antara 10 dan 11 April 2020.

Hakim Dr John Lee Kien How @ Mohammad Johan Lee memutuskan Hazrul gagal menangkis keterangan kedua-dua wanita itu kerana lelaki berusia 34 tahun itu tidak hadir perbicaraan penuh mahkamah pada tahun lepas untuk memberi keterangan di kandang saksi.


Hakim berkata wanita berkenaan memberi keterangan mereka bertemu Hazrul apabila plaintif dihalang pada sekatan jalan raya di Petaling Jaya pada malam 10 April 2020.

Johan berkata kedua-dua mereka diarah keluar dari kereta dan dibawa ke khemah polis berhampiran, sebelum Hazrul membawa wanita itu ke bilik tidur berasingan di sebuah hotel.

Hakim berkata Hazrul melakukan persetubuhan tanpa persetujuan dengan kedua-dua plaintif, sekurang-kurangnya lima kali dengan salah seorang wanita dan dua kali dengan wanita yang lain.

"Secara ringkasnya, selepas mempertimbangkan keterangan saksi dan penghujahan yang tidak dipertikaikan dan tidak dicabar, saya mendapati bahawa plaintif telah membuktikan pada imbangan kebarangkalian," kata Johan.

Hakim kemudiannya memerintahkan Hazrul, yang tidak hadir dalam prosiding mahkamah sivil hari ini membayar RM460,000 kepada seorang daripada wanita itu dan RM360,000 lagi kepada wanita lain.

Johan turut memerintahkan defendan membayar kos RM20,000 kepada setiap wanita itu.

Peguam Nathalie Annette Kee Xuan Li hadir mewakili kedua-dua wanita itu, dengan salah seorang daripada mereka hadir melalui aplikasi zoom dalam talian.

Peguam Hazrul pada tahun lepas melepaskan diri daripada bertindak bagi pihak defendan, sebelum perbicaraan penuh bermula.

Pada April 2020 di hadapan mahkamah sesyen jenayah, Hazrul didakwa atas dakwaan menahan dua wanita itu secara tidak sah dan merogol mereka berulang kali di hotel itu.

Pertuduhan jenayah itu didakwa mengikut Seksyen 376(2)(f) Kanun Keseksaan yang menjenayahkan penggunaan kuasa daripada jawatan dipegang untuk memaksa seorang wanita melakukan persetubuhan tanpa rela.

Jika didapati bersalah, Hazrul boleh dipenjarakan sehingga 30 tahun.

Dia juga didakwa mengikut Seksyen 13(f) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang menjenayahkan pemerdagangan orang untuk dieksploitasi melalui salah guna kuasa.

Di bawah undang-undang ini, Hazrul boleh dipenjara antara tiga hingga 20 tahun.

Bagaimanapun, Hazrul dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan pada akhir peringkat pembelaan perbicaraan jenayah.

Sumber : Malaysiakini

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote yoppoy 28-6-2024 10:02 AM
Jap, kalau tanpa persetujuan perempuan tak jatuh definasi rogol ke?
Kot nya masa bersama dua dua onz (or in this case tiga tiga) tiber perempuan tu nak dajalkan laki tu, dia claim la tak setuju pulak

Unless memang betul ada medical check up yang boleh sohihkan perempuan tu setuju ke idok
Tapi bagus la ada option saman civil ni
Alang2 kalau betul kena korek tanpa rela, baik dapat pitih ratus ribu daripada tengok mamat tu melingkup di penjara je
Boleh reconstruct hymen oso kalau itu satu kepentingan buat perempuan tu

Tapi ada unsur2 boleh dajalkan laki la
Btw apa update pulis rogol budak kazakh anak bank officer tu
Tu jelas lagi terang statutory rape
Quote Gingerly 28-6-2024 10:28 AM
1 Malaysia dah tau perangai zalim kau, nauzubillahiminzalik, walaupun dah bebas pertuduhan kan. Salah orang cuba cari gaduh dgn aku ittew lah balasannya.
Quote supernaturalee 28-6-2024 10:38 AM
amboi bang 5x sehari ye

kan dh mendapat


Quote divalaura 28-6-2024 10:40 AM
tudiaaaa 820k
Quote ifanonline 28-6-2024 10:43 AM
sedap sekejap, duit terbang, padan muka

pantang tengok burit mongolia, mcm jibby juga ni
Quote plywood 28-6-2024 10:56 AM
mana nak cekau duit? .. kalau tak penjara 30 tahun. Perghhh..  


Quote mawardia 28-6-2024 11:03 AM
Dua hari (at least) 5x dengan 1 pompuan.
(At least) 2x dengan sorang lagi pompuan.
Laahhh tak beragakkkk kau bang.
Badan keding je.
Apa kau makan bang?
Sampai cenggitu sekali nafsu kau!
Quote mawardia 28-6-2024 11:05 AM
plywood replied at 28-6-2024 10:56 AM
mana nak cekau duit? .. kalau tak penjara 30 tahun. Perghhh..

I ghase memang berduit lah si mamat ni.
Maybe dah banyak "menabung" time bekerja dulu.
Pempaham je lerrr.
Quote tungkai 28-6-2024 11:07 AM
Aku ternampak dulu katanya si Hazrul ni ditahan tanpa bicara. Soo....ni la kes nya ye...
Quote ifanonline 28-6-2024 11:08 AM
kes ni pun tak settle lagi

Quote areyam 28-6-2024 11:46 AM
kerana burung badan binasa
Quote bottombikini 28-6-2024 11:50 AM
Edited by bottombikini at 28-6-2024 11:52 AM

dengan mongolia pun kau taste..yihhh
power lawyer pempuan tu
tinggai spenda
Quote kemaruk 28-6-2024 11:56 AM
Mujur nama si tertuduh takde sipi2 nama najib razak

Kalau yak, konfem ada yang tanya apa motif polis tu nak rogol 2 orang mongolia tu, kalau bukan najib yang suruh?
Quote cha-cha 28-6-2024 01:38 PM
Tak melecet ke kulit kerendut main byk kali mcm tu sehari?

ACAB
Quote lilacomot 28-6-2024 01:48 PM
xpasal2 je kau....mula2 glamer msa pkp tu...alih2 buat dajal lak
Quote lightheaded67 28-6-2024 02:04 PM
Gingerly replied at 28-6-2024 10:28 AM
1 Malaysia dah tau perangai zalim kau, nauzubillahiminzalik, walaupun dah bebas pertuduhan kan. Sala ...


kenape zis. sory nyebok
Quote edayildiz 28-6-2024 02:06 PM
xmati ke perempuan tu kena 5 kali dlm sehari....yg sorg lg dua kali agaknya yg tu bkn taste dia sgt...ee geli la zantan gila seks gini..
ko polis kot..hish xfikir pjg..

Quote edayildiz 28-6-2024 02:14 PM
laki tu yh baju merah ke hitam ek..kalaubyg hitam tu ..mak ai tatut kita bsr gedebuk gitu
Quote lightheaded67 28-6-2024 02:17 PM
mmg kerja dia sorg ke ek, berani betol

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-7-2024 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.053434 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top