CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Gambarnya Pun, Siap Berair Menitik Dah Kenapa?”- Iklan Produk Wanita Keluaran Nilofa Guna Foto "Double-Meaning" Buat Ramai Kurang Senang ...

28-6-2024 06:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 34237| Komen: 365

Description: Rasanya sudah lama tidak mendengar khabar berita mengenai bekas pengacara ini yang kini bergelar usahawan berjaya, Neelofa.


Rasanya sudah lama tidak mendengar khabar berita mengenai bekas pengacara ini yang kini bergelar usahawan berjaya, Neelofa.

Sebelum ini, Neelofa terlibat dalam pelbagai cabang perniagaan termasuk Susu Pisang, kanta lekap Lofalens, Inai, produk pil penjagaan kesihatan Beautea Slim, dan jenama pakaian wanita Muslimah, Naelofar Hijab yang mendapat sambutan hangat di pasaran tempatan.

Terbaharu, memetik Buzzkini.com tular di aplikasi X mengenai iklan produk kesihatan dalaman wanita keluaran Nilofa Group yang menjadi bualan hangat warga X. Kenapa tu? 

Menerusi ciapan tersebut, pengguna berkenaan berkongsikan gambar iklan produk kesihatan wanita keluaran syarikat tersebut iaitu Isterix.

Apa yang menjadi perhatian adalah gambar yang dipercayai buah Aprikot atau Peach itu dilihat menyerupai bentuk kemaluan wanita.

Malah menerusi balasan ciapan, ada pengguna yang mendakwa produk tersebut merupakan keluaran daripada selebriti terkenal, Neelofa.


“Hajah korang lama menyepi dia kembali dengan ubat b*rit,” ciap pengguna berkenaan.


Ciapan tersebut nyata menarik perhatian pengguna X. Rata-rata daripada mereka terkejut dengan gambar itu dan meluahkan rasa kurang senang dengan apa yang dilihat.

Kebanyakan mereka menganggap ia terlalu keterlaluan kerana dilihat betul-betul menyamai alat sulit wanita.

Ada juga yang mempertikaikan bagaimana gambar sebegitu boleh diiklankan di platform media sosial sedangkan sebelum ini ada jenama tuala wanita terkenal ditegur gara-gara mengeluarkan gambar bunga berbentuk seperti Miss V.

Tidak kurang juga ada yang terkejut dengan ciapan tersebut kerana tidak menyangka iklan sebegitu dikeluarkan oleh syarikat milik Neelofa yang dikenali menjaga aurat dengan sempurna.

Namun, ada yang berpendapat kemungkinan akaun tersebut telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan mempromosikan iklan sedemikian.

Hasil tinjauan kami menerusi akaun Instagram rasmi milik Nilofa Group mendapati gambar tersebut sememangnya dimuat naik oleh mereka yakni pada penghujung Mei yang lalu.

Malah, terdapat banyak lagi hantaran yang menunjukkan ilustrasi menyamai alat sulit wanita bagi menggambar dan mempromosikan keberkesanan produk buat kaum hawa itu.




Carian kami di laman Nilofa Plus mendapati Isterix ini adalah minuman botanikal campuran berperisa aprikot yang mengandungi 19 jenis herba yang membantu meningkatkan libido dan membaiki kesihatan dalaman wanita.

Menurut laman tersebut, antara herba yang digunakan adalah Kacip Fatimah, Tongkat Ali, Manjakani, Gadis Lompat, Mengkudu dan banyak lagi.

Berikut antara komen warganet:






Sumber : Buzzkini.com/ X

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Inigo-Montoya 28-6-2024 10:36 AM
nak tahu betul tak pergi aje search ig tu
Quote unguaurora 28-6-2024 10:41 AM
Euuwwww gelinya
Quote Afifi82 28-6-2024 10:44 AM
disgusting
Quote Cleocatra 28-6-2024 10:54 AM
Anak iklan lubang burrr berair meleleh…. Maknya pulak pancing dengan e-bike. Nak orang2 jadi agent2 kucate dia. Aritu kata kucate dah tak sambung jualan. Nak habiskan stok2 yang ada. Ni kucate re-packaging ke tinitembam? Ko nak aniaya agent lagi ke? Nak suruh agent2 terliur dengan e-bike tu kan? Jilake betul

@aemon
@Kitty_catz

Boleh jalankan kerja2 rasmi negara tak?
Hanyir je bau ni…
Quote Lulu_717 28-6-2024 10:55 AM
Kalau tgk ig tu mmg disgusting je..xsure tu ig official @ agen @ fan yg create.
Quote smeetasmitten 28-6-2024 10:57 AM
Background music kena lagu nasty girl by tinashe. Korang tengok la kat tiktok video apa ????
Quote kikuri 28-6-2024 10:58 AM
meols ada tgk kat ig... mcm harey eh iklan hajah terpaling... byk gambar iklan promot tu jijik...
Quote intan_smsb 28-6-2024 10:58 AM
apayini
Quote noor2 28-6-2024 10:59 AM
Iklan dari melayu islam ke ni....euwww x padan dgn melayu beragama islam...baikla ko tukar agama yahudi
Quote cupu 28-6-2024 10:59 AM
Klu betul serius aku terkejut
Quote doubleA 28-6-2024 10:59 AM
Betul la tu lama dah iols tengok, takdanya sesape edit tu la iklannya. Tu la jahlop sangap sentiasa
Quote _kelly 28-6-2024 10:59 AM
pakat report ramai2..bahan lucah dan pornografi
Quote Fly_over 28-6-2024 11:02 AM
astaga hajjah..
Quote nellyberry 28-6-2024 11:03 AM
Jijiknya kalau betul Japlop punya ni.
Takpadan dgn bini ustad.
Quote Fly_over 28-6-2024 11:03 AM
noor2 replied at 28-6-2024 10:59 AM
Iklan dari melayu islam ke ni....euwww x padan dgn melayu beragama islam...baikla ko tukar agama yah ...

iklan geng paki kaka noor..
Quote knnk 28-6-2024 11:04 AM
I dri tdi dok tertunggu benang ni
Sjk kawen makin stoop low ye dia ni
Quote tulip-rain-2 28-6-2024 11:05 AM
Edited by tulip-rain-2 at 28-6-2024 11:56 AM

Bodoh.
Ape pakai gambar mcm tu. Marketing menjijikkan dan takde maruah. Malunya.
Kau kenape lofa?!
Quote cik_ingeniare 28-6-2024 11:06 AM
Iyeeewwww nak muntah wehhhh.. iklan tak selari dengan pemakaian, apa yang dicanang.. geli!!!
Quote Sansa.Stark 28-6-2024 11:07 AM
sis lebih tertarik dengan caption twitter tu.. berdekah

Lihat semua komen(365)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-7-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.068214 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top