Semalam, tular di platform TikTok memaparkan seorang wanita yang sedang dalam ketakutan merakam suami yang dicintai sedang dirasuk di dalam kereta. Difahamkan, ketika sedang menuju ke lokasi tempat berubat, wanita berkenaan bersama bayinya berhadapan dengan detik cemas selepas sikap suami berubah secara tiba-tiba. Selepas itu, lelaki tersebut menghentikan kereta yang sedang dipandu di tengah jalan, lalu menoleh ke arah isteri dengan senyuman yang menyeramkan serta mengilai panjang. Sedar suami sudah dirasuk, wanita terbabit bergegas mengambil bayinya keluar dari kereta tersebut dan pada mulanya tiada siapa yang berani mendekati si suami kerana dia bertindak agresif. Susulan itu, dia hanya mampu mengucapkan kalimah suci Allah berulang kali bagi menenangkan diri.
Apabila ditanya kenapa membawa bayinya bersama mereka, wanita yang dikenali sebagai Aretieqaahh itu berkata bayi mereka turut mengalami gangguan mistik, di mana sering menangis ketika waktu tidur. Kata wanita itu, ini bukanlah kali pertama hal ini terjadi, mereka sudah diganggu sejak zaman masih bujang lagi dan dia memberitahu, gangguan ini bukan saka tetapi hantu raya. SUMBER : TikTok/Beautifulnara |
QueenGambit replied at 30-6-2024 04:01 PM
Aku ni dah le penakut. Tp kadang aku tgk gak live bomoh berborak dgn saka..kadang lawak pulak
ina_na replied at 30-6-2024 06:18 PM
Iolss pernah kn mcm ni .. 20thn dl...mengilai beria mlm raya haji kat rumah nenek iolss...mak pak sa ...
MrsJane replied at 30-6-2024 05:33 PM
Memang pun.lagi kalau perawat tu melayan dia, buat2 lawak.
ina_na: Iolss pernah kn mcm ni .. 20th ...
QueenGambit replied at 30-6-2024 06:28 PM
Ada tu mcm sore budak2 ada tu manja
Kadang x leh tgk la gak
Seramm !! Takut lak dia masuk dlm bada ...
xy_daen replied at 30-6-2024 07:29 PM
Penah jaga sepupu kenkonon kena rasuk. Menyampah aku dok mengilai2 tah ye tah idak. Merasa la dia se ...
ina_na replied at 30-6-2024 06:18 PM
Iolss pernah kn mcm ni .. 20thn dl...mengilai beria mlm raya haji kat rumah nenek iolss...mak pak sa ...
xy_daen replied at 30-6-2024 07:29 PM
Penah jaga sepupu kenkonon kena rasuk. Menyampah aku dok mengilai2 tah ye tah idak. Merasa la dia se ...
ADVERTISEMENT