JAKARTA: Pelancong dari Malaysia mendominasi jumlah pelawat mengunjungi Indonesia, dengan mencatat 17 peratus daripada angka keseluruhan lebih 1.1 juta pelancong asing yang direkodkan pada Mei lalu. Ia diikuti pelancong asing dari Australia yang mencatat 12 peratus, Singapura (9.7 peratus) dan China (8.6 peratus). Pemangku Ketua Setiausaha Badan Pusat Statistik (BPS) Indonesia, Imam Machdi, berkata ketibaan pelancong dari Malaysia meningkat sebanyak 17.24 peratus secara bulanan, dan 18.26 peratus secara tahunan. Secara keseluruhan, agensi berita ANTARA yang memetik Statistik Indonesia, melaporkan ketibaan pelancong asing ke Indonesia mencecah 5.2 juta sepanjang tempoh Januari hingga Mei 2024 - angka tertinggi direkodkan sejak pandemik COVID-19 bermula pada 2020. "Jumlah keseluruhan ketibaan pelancong asing dalam lima bulan pertama 2024 adalah yang tertinggi sepanjang tempoh empat tahun terakhir sejak 2020," kata Imam Machdi pada sidang media di Jakarta, hari ini.
Sebelum ini, ketibaan pelancong asing ke Indonesia sepanjang tempoh Januari hingga Mei 2020 hanya mencapai jumlah 2.9 juta, malah angka itu terus menurun kepada 604,000 dalam tempoh sama pada 2021. Bagaimanapun, jumlah ketibaan pelancong asing meningkat kepada 997,000 pada 2022, dan mencecah 4.2 juta dalam tempoh Januari hingga Mei 2023. Pada Mei 2024 saja, ketibaan pelancong asing di Indonesia mencatat jumlah 1,145,499, meningkat sebanyak 7.36 peratus bulan ke bulan dan meningkat sebanyak 20.11 peratus tahun ke tahun. Seramai 544,000 pelancong memasuki Indonesia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa I Gusti Ngurah Rai, Bali, didominasi oleh pelancong dari Australia. BPS melaporkan pada Mei 2024, purata tempoh penginapan pelancong asing termasuk yang melintasi sempadan di Indonesia, adalah selama 7.51 malam. – BERNAMA-ANTARA |
laksmanabentan: barang2 di KL memang murah san ...
laksmanabentan replied at 2-7-2024 02:36 PM
barang2 di KL memang murah sangat berbanding di Jakarta
sebagai contoh la ya...
last week aku pergi ...
laksmanabentan replied at 2-7-2024 02:36 PM
barang2 di KL memang murah sangat berbanding di Jakarta
sebagai contoh la ya...
last week aku pergi ...
Ytee replied at 2-7-2024 03:59 PM
byk beza tu
betty-boo replied at 2-7-2024 06:04 PM
Teringin nak pergi Borobudur
laksmanabentan replied at 2-7-2024 02:36 PM
barang2 di KL memang murah sangat berbanding di Jakarta
sebagai contoh la ya...
last week aku pergi ...
syamzana replied at 3-7-2024 09:19 AM
iols suka pergi borobudur, lgpun yogja ni aman sikit compared to jakarta, bandung seangkatan tu. t ...
ifanonline replied at 3-7-2024 09:27 AM
banyak beza tu...habih tu, buat ape ke Indon utk melancong? tak ke membazir, baik gie thailand
cicicumel replied at 3-7-2024 09:43 AM
Indonesia ni best dan murah..nak g jauh2 rakyat x mampu.view2 gunung ,sungai,waterfall, pantai kat I ...
laksmanabentan replied at 2-7-2024 02:36 PM
barang2 di KL memang murah sangat berbanding di Jakarta
sebagai contoh la ya...
last week aku pergi ...
shuk_one replied at 3-7-2024 09:57 AM
agree.. barang branded memang mahal kat Jakarta..I rasa yg murah kain baju kat tanah abang je..
Sk ...
ADVERTISEMENT