Seorang pelawak dan isterinya direman membantu siasatan berhubung penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di aplikasi Telegram. Perintah reman selama tiga hari kepada pelawak berusia 38 tahun dan isterinya pula selama sehari tersebut dikeluarkan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali. Sumber berkata, kedua-dua mereka terdahulu ditahan kira-kira pukul 7 malam semalam di Balai Polis Seksyen 9 di sini. “Pelawak berkenaan direman tiga hari dan isterinya selama sehari,” katanya ringkas hari ini. Difahamkan, kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil. Terdahulu, tular di sekeping gambar lawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman Datuk Sahabudin Abd. Manan ke IPD tersebut dengan tulisan membabitkan IPD berkenaan.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
babyorange replied at 3-7-2024 12:25 AM
Tak paham..kne reman sbb sebarkn gambo lawatan pengarah logistik ke ipd? Npe ngn gambo lawatan tu? P ...
Skyz9183 replied at 3-7-2024 09:02 AM
meols slh bca ke eh? ingat kn sbb kes sebar gmbar arwah zayn rayyan.
ADVERTISEMENT