Hari ini hangat diperkatakan apabila berlangsungnya prosiding kes khalwat pelakon sensasi, Aliff Aziz dan Ruhainies sehingga dikecam apabila tampil serba hitam sedondon ke mahkamah. Turut menjadi perhatian apabila Ruhainies dikecam apabila mengatakan dia tidak pandai berlakon menangis di hadapan kamera selepas didakwa tidak sensitif apabila dilihat tersenyum ketika hadir ke mahkamah. Malah, Ruhainies juga dilihat ada memuat naik semula babaknya menangis dalam drama Terjerat lakonan bersama Aliff Aziz. Ruhainies turut menulis kapsyen ringkas mengatakan dia pandai menangis apabila bekerja serta memenuhi kehendak skrip. “Nangis bila bekerja pandailah. Kita beri 100 peratus komitmen,” tulisnya. Sebelum ini, Ruhainies menjelaskan sebab mengapa dia tersenyum apabila berada di mahkamah serta menafikan dakwaan tidak sensitif. “Saya senyum sebab nampak rakan-rakan media dekat sini, saya teruja setelah sekian lama tak berjumpa kalian semua. Saya bersyukur sebab kalian sudi datang pada awal pagi untuk mengikuti prosiding hari ini. “Mengenai dakwaan tidak sensitif, takkan saya nak menangis pula, saya tak pandai berlakon, tak pandai menangis depan kamera,” katanya.\ Sumber : Rotikaya |
Rogue98 replied at 4-7-2024 08:23 AM
Michael Ang buat adegan sebenar si R ni...dia sure lebih tau R ni mcm mana ...siap cakap kau nangis ...
Hypothetically replied at 4-7-2024 09:02 AM
Nak terimakasih pada wartawan buat pe, ingat ko kat award show ke perasaan celebrity, wartawan tu ha ...
ADVERTISEMENT