Pelakon sensasi, Aliff Aziz meluahkan rasa lega dan syukur prosiding kes khalwat bersama Ruhainies hari ini berjalan dengan lancar Memetik BH Online, Aliff berkata dia terus memberikan komitmen dan kerjasama kepada pihak mahkamah untuk prosiding seterusnya. “Alhamdulillah, apa yang harus dijalankan hari ini berjalan dengan lancar dan seperti yang dibicarakan di mahkamah, prosiding ini akan mengambil tempoh dan bersambung pada tarikh lain. Saya lega semuanya berjalan lancar dan mohon semua mendoakan prosiding ini berjalan dengan baik,” katanya. Dalam pada itu, Aliff berkata apa yang dimuat naik di media sosial bukan perkara yang perlu dipertikaikan dan dia bersama Ruhainies masih berhubung seperti biasa. “Saya dan Ruhainies harus melalui prosedur mahkamah berkaitan kes ini, jadi kadang-kala bila kami ‘repost story’, orang tafsirkan kami berbalas ‘story’ dan sebagainya. Bagi saya, tiada apa-apa yang boleh halang untuk kami berhubung.
“Kami tidak bergaduh. Sebab saya rasa apa yang orang fikir sepatutnya berlaku, di mana ada kes belum selesai jadi hubungan keruh, tidak bercakap dan bermasam muka. “Bagi saya, buat masa sekarang, tiada apa-apa alasan untuk saya dan Ruhainies bermasam muka atau bergaduh. Apa sahaja hantaran dibuat berkaitan dengan kerja atau sebagainya adalah ‘harmless’,” katanya. SUMBER: BH Online/Rotikaya |
Rogue98 replied at 4-7-2024 09:04 AM
Dah kenapa pulak nak gaduh masam muka...korang bukan suami isteri yg nak cerai...
Tapi kelakar R a ...
ADVERTISEMENT