CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Ibu Negeri Selangor…Kuala Lumpur’ - Ramai Sakit Hati Lihat Generasi 'Tiktok' Tidak Tahu Ibu Negeri Selangor

5-7-2024 10:53 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11218| Komen: 96



PETALING JAYA – Masih terdapat segelintir rakyat Malaysia yang tidak cakna dengan negara ini terutama nama ibu negeri.

Menerusi satu video yang dimuat naik seorang pempengaruh @KuanYee di TikTok, beliau bertanya secara rawak kepada pengunjung di sebuah pusat beli-belah mengenai ibu negeri Selangor.

Bagaimanapun, masih ramai tidak mengetahui bahawa ibu negeri Selangor adalah Shah Alam yang juga merupakan bandar raya pertama di negeri tersebut.


“Ibu negeri Selangor?” tanya pempengaruh tersebut.

Lebih mengejutkan, ada yang menjawab ibu negeri Selangor ialah Kuala Lumpur seolah-olah mereka tidak pernah mempelajari sejarah dan maklumat berkaitan Malaysia.


“Ibu negeri Selangor? Alaa..susahnya,” kata individu pertama.

“KL (Kuala Lumpur), saya tak pastilah,” jawab seorang lagi pengunjung.

Video itu turut mendapat perhatian netizen apabila ramai yang mempersoalkan pengetahuan rakyat Malaysia terutama dalam kalangan orang muda apabila rata-rata mereka masih gagal mengetahui fakta penting berkaitan Malaysia.

“Bagus konten (kandungan) macam ini. Bagi orang nampak berapa ramai yang tahu duduk Malaysia, lahir di Malaysia, tetapi langsung tak tahu tentang Malaysia,” kata Adry.

“Muka sahaja lawa. Otak out,” perli Syukri.

Berikut adalah senarai bagi ibu negeri di Malaysia:

– Johor Bahru – Ibu negeri Johor
– Alor Setar – Ibu negeri Kedah
– Kota Bharu – Ibu negeri Kelantan
– Bandaraya Melaka – Ibu negeri Melaka
– Seremban – Ibu negeri Negeri Sembilan
– Kuantan – Ibu negeri Pahang
– Ipoh – Ibu negeri Perak
– Kangar – Ibu negeri Perlis
– George Town – Ibu negeri Pulau Pinang
– Shah Alam – Ibu negeri Selangor
– Kuala Terengganu – Ibu negeri Terengganu
– Kota Kinabalu – Ibu negeri Sabah
– Kuching – Ibu negeri Sarawak

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lily_Elizabeth_ 5-7-2024 11:43 PM
Budak yang pakai tudung hitam tu lawa lawa. Cam mana cara pakai tudung tu? Ke sebab depa muda jadi lawa; sebab tinggi kut kan.
Quote KakRumiMenari 5-7-2024 11:55 PM
Apekebenda 1-3 pilih satu..
Orang dah pilih lepas tu ada betul salah pulak....

Ingatkan setiap no tu ada soalan2 tersendiri..
Quote sharlenetexas 6-7-2024 12:12 AM
Bodohnya kau dik. Tau melaram je ke?
What is benua?

Quote LoveSungmin 6-7-2024 12:36 AM
sharlenetexas replied at 6-7-2024 12:12 AM
Bodohnya kau dik. Tau melaram je ke?
What is benua?

jangan tanya pasal benua sis.. ibu negeri pun tak lepas lagi ni
Quote patchipink 6-7-2024 01:18 AM
KakRumiMenari replied at 5-7-2024 03:55 PM
Apekebenda 1-3 pilih satu..
Orang dah pilih lepas tu ada betul salah pulak....


kalau iols pown tetibe disoal random , tetibe 1 & 3 tue salah mende amoi weh
Quote anony-mous 6-7-2024 01:36 AM
Lol aku ingatkan PJ negeri lain aku tau. Rupanya tmpt menetap sekian lama tu ibu negeri
Quote betty-boo 6-7-2024 01:40 AM
Aiyo...









Quote ekselen 6-7-2024 01:58 AM
mmg nampak b*d*h pun... apa ke tak tau menda pengetahuan paling basic kot..ko sekolah ke tak?! haiyooo bdk2 zmn skrg mmg lemah bab2 pendidikan general knowledge.. tu blm tnya ibu negara thailand ka, indonesia ka...brunei ka..filipina ka..mau kelaut dlm jwpnnya...iols geleng paler ja nengoknya
Quote Itzy 6-7-2024 02:57 AM
Tak tahu nama negeri takpe lagi, tapi aku sangat marah dan sakit hati bila anak2 islam tak tahu nama bapa nabi Muhammad. Nama pemain2 bola terkenal kauntahu pula full name dia. Kau nak syafaat Nabi tapi nama dan kisah hidup baginda pun kau tak tahu.
Quote yoppoy 6-7-2024 05:28 AM
Ibu negeri selangor iz mesia la dekk
Dekk pundekz
Quote ledigugu 6-7-2024 07:05 AM
Generasi anto kertas exam kosong without any consequences camni la. We're heading towards Idiocrasy yg movie tu
Quote Jitu 6-7-2024 07:14 AM
la iols pun baru tahu
ye la benda2 gini kadang tu kita tak amik tahu pun
Quote Samerosie 6-7-2024 07:28 AM
1 hingga 3 pilih satu jawapan dia dua?  Apa ni?
Quote myhairisbad 6-7-2024 07:46 AM
Nervpus kot.. done backup
Quote shernazz 6-7-2024 08:17 AM
Benda ni belajar dalam kajian tempatan kot..
Iols tak tau la budak skang ada tak subjek tu
Masa darjah 4 tu ada belajar kan jenis2 rumah, ibu negeri, macam2 lagi lah..
Iols suka subjek tu sebab silibus dia ada sekeliling kita
Quote nw111 6-7-2024 08:22 AM
Lily_Elizabeth_ replied at 5-7-2024 11:43 PM
Budak yang pakai tudung hitam tu lawa lawa. Cam mana cara pakai tudung tu? Ke sebab depa muda jadi l ...

Lawa tapi bodo terus nampak tak lawa ..
Quote nw111 6-7-2024 08:28 AM
sharlenetexas replied at 6-7-2024 12:12 AM
Bodohnya kau dik. Tau melaram je ke?
What is benua?

Generation skrg satu dunia mmg jadi bebal bodo blake kah??
Baru ni tgk video influencer mat saleh tanya what is the most populated country in the world...ramainya yg bagi jawapan bodo..ada ckp iceland ...bodonya lahaiii..kalau depa confused china n india tu ok lagi....ini iceland???tepuk dahi aku..
Quote KakRumiMenari 6-7-2024 08:29 AM
Hahaha #justice kat adik baju sekolah tu.. muka dia "apa salah aku"
Quote mawardia 6-7-2024 08:46 AM
sharlenetexas replied at 6-7-2024 12:12 AM
Bodohnya kau dik. Tau melaram je ke?
What is benua?

Jauh lagi benua tu.
Ibu negeri pun tak lepas lagi.

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 06:29 AM GMT+8 , Processed in 0.042624 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top