CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Konsert Bruno Mars: Pentas dibina atas trek bukan rumput – Hannah Yeoh

5-7-2024 10:57 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6236| Komen: 17



SEBERANG PERAI – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan keadaan rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) tidak akan terjejas usai penganjuran konsert penyanyi antarabangsa Bruno Mars Live in Kuala Lumpur, 17 September ini.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, pihak kementerian sudahpun mengeluarkan moratorium untuk menghalang sebarang pemasangan struktur pentas membabitkan persediaan konsert di atas padang SNBJ.

“Untuk konsert di Stadium Nasonal Bukit Jalil, memang saya dah letak moratorium, tak boleh bina apa-apa struktur atas rumput.

“Kalau mereka (penganjur konsert) nak bina pentas, perlu dibuat atas trek bukan rumput.

“Moratorium kita sudah keluarkan jadi, semua konsert sekarang memang tak ada di atas padang lagi,” katanya di sini malam semalam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas diminta mengulas mengenai kemungkinan keadaan padang SNBJ akan kembali terjejas seperti mana yang berlaku selepas berakhirnya konsert Coldplay tahun lepas.


April lalu, Hannah mengeluarkan moratorium jangka pendek untuk menghalang sebarang pemasangan struktur pentas membabitkan persediaan konsert di atas padang di SNBJ susulan post-mortem yang dilakukan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) terhadap gelanggang rasmi Harimau Malaya tersebut.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Institut Sukan Negara (ISN) sedang melihat keperluan untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam usaha mensyaratkan prosedur keselamatan di semua tempat latihan terutama melibatkan sukan badminton.

Ini susulan insiden pemain badminton muda China, Zhang Zhi Jie yang meninggal dunia selepas rebah di gelanggang semasa Kejohanan Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia, Ahad lalu.

“ISN sedang meneliti perkara tersebut untuk dibawa kepada perbincangan dengan pihak PBT. Kita syaratkan mereka (PBT) ada mesin EAD (defibrillator luaran automatik).

“Setakat ini, bukan semua PBT ada syarat tersebut. Walaupun ada syarat (dipenuhi), mereka kena ada pegawai terlatih di situ untuk menggunakannya jika berlaku sebarang kecemasan,” ujarnya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 6-7-2024 12:20 AM
Tak kena scam ikan bilis billie elish kah?


Quote lucky_peace 6-7-2024 03:19 PM
Penonton lak xde ke yg berdiri ramai2 kt padang tu?
Quote notfound 6-7-2024 03:45 PM
Okay

Quote hayrin86 6-7-2024 04:43 PM
Mana tau last-last dibatalkan..
Quote dagusengett 6-7-2024 05:00 PM
Sold out ke ticket?
Quote netto_ 6-7-2024 05:06 PM
Sape la yg pegi. Lagu2 nya haus sgt. Baik g tgk mnasir nyanyi
Quote DawnAngeliCa 6-7-2024 06:25 PM
Tak best la bruno.
Quote alesandra 6-7-2024 08:33 PM
Edited by alesandra at 6-7-2024 08:34 PM

Bab ni aku setuju dgn ahso segambut ni.ada  sesetgh hal walau nampak mcm bidang kuasa  kbs tapi  apa kejadah menteri kena komen psl rumput stadium masa konsert bruno mars? management stadium la patut jawab.
Quote misc 6-7-2024 08:40 PM
Lambat sgt ko datang sini Bruno, kalau masa awal2 dulu lagu ko best gila. Tapi sejak menang award bagai buat lagu syok sendiri je. Lagu semua dah tak best.
Quote yoppoy 7-7-2024 06:46 AM
Suka je lagu2 heols tapi dah kertu kosser la nak berconcert bagai
Bukan he support yehudi ke
Quote Ytee 7-7-2024 11:11 AM
apo2 la
Quote dua_chzy 7-7-2024 11:41 AM
Edited by dua_chzy at 7-7-2024 03:42 AM

Laku wei. Tiket paling muroh ngan paling mahal dah habes. Aiol nak gi tapi sayang duit. Har.
Quote dua_chzy 7-7-2024 11:42 AM
misc replied at 6-7-2024 12:40 PM
Lambat sgt ko datang sini Bruno, kalau masa awal2 dulu lagu ko best gila. Tapi sejak menang award ba ...

Ni kali kedua kan dia datang. Dulu tahun bila tah datang. Gigih adik aku pegi.
Quote ct_earn 7-7-2024 01:40 PM
Suara dia sedap..
Quote mojarean_X 7-7-2024 01:42 PM
Ada protes ke nanti?
Quote Decaffeinated 7-7-2024 02:25 PM
misc replied at 6-7-2024 08:40 PM
Lambat sgt ko datang sini Bruno, kalau masa awal2 dulu lagu ko best gila. Tapi sejak menang award ba ...

Takde istilah lambat bagi peminat. Artis dah bau tanah baru nak jejak Malaysia pun ada.



Quote sambaldurian 7-7-2024 03:05 PM
Oversea pun mcm kita ke , stadium bola sepak 2 in 1 utk event konsert. Xleh ke stadium ada separate utk event lain. Stadium sukan utk sukan, stadium event utk event - buat le konsert , BBW ke , jom heboh ke, kawin beramai2 ke. Klu boleh buat canggih ada bumbung leh tutup buka tgk keadaan cuaca.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.034839 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top