CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amy Mastura Selamat Bergelar Hajjah, Peminat Puji Sikap Dah Selesai Tunai Haji Baru Umum

8-7-2024 09:40 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 26483| Komen: 88



Pelakon dan penyanyi, Amy Mastura meluahkan rasa syukur apabila dia dan keluarga selesai menunaikan ibadah haji di Tanah Suci, baru-baru ini.

Perkara itu dikongsikan Amy menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.

"Akak nak ambil kesempatan ini untuk ucap terima kasih yang tak terhingga pada semua staf dan petugas ‘Eiman Travel’ yang sentiasa membimbing dan memastikan kami tak tersasar tujuan."

"Kakak minta maaf sebab kakak tak update apa-apa masa kakak di Makkah."

Tulisnya lagi, dia menghadapi banyak dugaan dan cabaran ketika menunaikan rukun Islam ke-5 itu namun berasa sangat bersyukur kerana dipermudahkan urusan oleh Allah S.W.T.


"Dugaan memang banyak tapi Allah S.W.T rezekikan kami bersama jemaah yang sangat baik. Semoga Allah berkati dan memberikan haji mabrur buat semua."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap penyanyi itu yang tidak menghebohkan perbuatan ibadahnya sehinggalah selesai.

“Ini baru betul, settle haji baru update, baru boleh fokus betul-betul..” komen seorang netizen.

SUMBER : Instagram/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote liyamariska 8-7-2024 09:42 AM
serious ai kagum dgn rupa Amu Mastura yg maintain lawa....
Quote Whitney72 8-7-2024 09:51 AM
Respect dgn AM...low profile
Quote bedahmenjuyah 8-7-2024 09:55 AM
Comel tk tua2. Perangai pun elok no gosip. Pun boleh femes.
Quote takutlipas 8-7-2024 10:01 AM
Alhamdulillah tahniah, suka amy ni ceria aje
Quote kaedahnya 8-7-2024 10:05 AM
antara artis yang unproblematic. tahniah kak amy.
Quote tidak_kelihatan 8-7-2024 10:06 AM
Antara artis yg takde benda buruk nak ckp psl dia. Tahniah Amy Mastura
Quote kakacantikkan 8-7-2024 10:09 AM
she is among the best singer & celebrity
Quote reddots 8-7-2024 10:12 AM
tidak_kelihatan replied at 8-7-2024 10:06 AM
Antara artis yg takde benda buruk nak ckp psl dia. Tahniah Amy Mastura

ada je dulu.  latah mencarut live kat radio,

Quote anony-mous 8-7-2024 10:16 AM
Bestnya jadi AM ni. Dah la comel, baik, sopan santun, pakaian pon xde over, dah tua masih lawa, berlakon cerita best jgk, ramai org syg, laki dia kaya, rumahtgga masih utuh. Mcm mana la dlu parent dia didik dia ye
Quote Incanto 8-7-2024 11:08 AM
Alhamdulillah

macam ni lah sepatutnya….Mengerjakan Haji kerana Allah bukan kerana socmed

Luv AM…semoga berjaya dunia akhirat
Quote cmf_premierleag 8-7-2024 11:10 AM
Bagus AM ni..walau kaya, takde la show off dia amik pakej apa pun
Zmn skang, ummah berlumba2 nk tunjuk pakej memasing terpaling mahal bagai
Quote pocongkiutss 8-7-2024 11:11 AM
Salute la

Masa dia nak pergi haji pun tak announce..balik sini dh settle semua br inform

Iols kengkadang tak berapa faham dgn org yg suka announce awal2 ni..sebab haji / umrah ni bg iols betul2 atas jemputan Allah..kadang2 beria dah update..tiba2 kena scam la, visa tak lepas la etc

Yg mmg salute tu sbb Amy ni retis..knowing retis ni..ko nk dptkan anak pun announce kt medsoc..ai mmg takleh nak hadam..cubalah usaha diam2..dh berjaya bersalin baru announce khen..semua benda nk bgtau kt medsoc..mcm dulu pasah sendat tak menyempat update 2 line pastu kandungan x survive kan..mujur cepat lekat semula lepas tu
Quote Nnasda53 8-7-2024 11:13 AM
Alhamdulillah.
Tahniah peroleh haji yang mabrur.
Bagus sangat2 selesaikan ibadah terlebih dahulu.
Quote honeybee1802 8-7-2024 11:20 AM
Sempoi amu mastura...dgn anak2 dia angkut sekali...rezeki kan...
Quote Sesuatu… 8-7-2024 11:21 AM
Mmg akk muka berseri2 awet muda. Anak2 dara duk sebelah pun akk nmpk mcm adik je. Suka amy ni, dlm podcast zarul pun aku layan berjam2 straight……
Quote Incanto 8-7-2024 11:22 AM
honeybee1802 replied at 8-7-2024 11:20 AM
Sempoi amu mastura...dgn anak2 dia angkut sekali...rezeki kan...

MasyaAllah...untung anak anak dia
Quote amyza 8-7-2024 12:12 PM
Senyap2 dah balik haji baru announce. Tahniah am&family. Berapa lah pakej dia amik utk 1family tu? bertuah anak² dia muda lagi dah buat haji.
Quote hokeypokey 8-7-2024 12:20 PM
tahniah hajjah amy mastura.. iolss suka kucin oyen hajjah
Quote NyiRoroKidul 8-7-2024 12:38 PM
Alhamdulillah..suka sgt dgn amy yg humble nie

Lihat semua komen(88)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-9-2024 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.036252 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top