CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita 90 kg jatuh gaung ketika turun Puncak Gunung Korbu

9-7-2024 09:06 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 21052| Komen: 107



IPOH – Seorang pendaki wanita cedera selepas tergelincir dan terjatuh ketika menuruni Puncak Gunung Korbu di sini hari ini.

Dalam kejadian sekitar pukul 3.29 petang itu, mangsa berusia 35 tahun yang menyertai 35 pendaki lain terpaksa mendapatkan bantuan anggota bomba berikutan kecederaan yang dialami.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun, Mohd. Jamalludin Mat Yusop bersama 12 anggota dan Malim Gunung Perhutanan Negeri Perak.

Katanya, berdasarkan maklumat, mangsa dengan berat 90 kilogram (kg) itu terjatuh ke dalam gaung dengan anggaran kedalaman 10 meter semasa melintas dengan memeluk balak yang tumbang di tebing sungai.

“Seorang doktor daripada kumpulan lain yang turut menyertai aktiviti pendakian mengesahkan mangsa tidak mengalami kecederaan patah namun kecederaan dalaman masih tidak dapat disahkan,” katanya di sini hari ini.


Menurut beliau, jarak lokasi kejadian dengan tapak mula pendakian dianggarkan sejauh tiga kilometer dengan laluan trek mendaki dan curam selain mengambil masa hingga enam jam perjalanan.

“Dari lokasi mangsa terjatuh, pasukan penyelamat perlu menyeberangi tiga sungai dengan kelebaran 10 meter dan kedalaman pada paras betis,” ujar beliau. 

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 9-7-2024 09:08 AM
semangat dekkk...
Quote BoongaKertas 9-7-2024 09:18 AM
kena highlightkan eh berat sheols? 90kg tu kira ok sbnrnye utk mendaki2 ni sbb maybe sheols fit.
Quote prince_marhaen 9-7-2024 10:29 AM
hahahaha sial lah kosmo...ko dah kenapa kena mention berat mangsa? hahahhha
Quote anggeriklatifah 9-7-2024 10:37 AM
BoongaKertas replied at 9-7-2024 09:18 AM
kena highlightkan eh berat sheols? 90kg tu kira ok sbnrnye utk mendaki2 ni sbb maybe sheols fit.

90kg kalau tinggi dlm 170 kira normal laa dan fit
tap kalau bawah 160 tu kira obes laa tak sesuawai nak mendaki
tak serasi dgn ketinggian
Quote ifanonline 9-7-2024 10:38 AM
90kg is rather fat...obesity
Quote sekngucing 9-7-2024 10:39 AM
90 kg tu sangat berat bg wanita..elok turunkan berat badan dulu
Quote lee_sakura 9-7-2024 10:44 AM
kene mention la berapa berat mangsa sbb bomba nk kene standby anggota berapa org yg diperlukan utk angkat mangsa tersebut
Quote gam_gajah 9-7-2024 11:09 AM
Tgk gambar tu macam tak besar sgt badannya
Quote Decaffeinated 9-7-2024 11:13 AM
Isu besarnya why 90 kg kan?
Quote juruterra 9-7-2024 11:14 AM
almost double my weight tp kalau fit ok je gi hiking tu cuma kalau boleh jangan la jatuh2 sbb susah org nk bawa turun, takleh imagine naik stretcher dgn akar2 kayu & elevation2 tanah tak rata
Quote ChildrenOfBodom 9-7-2024 11:16 AM
dh gemok tu pulun nak hiking apa, pi la jogging dulu
Quote edayildiz 9-7-2024 11:18 AM
Edited by edayildiz at 9-7-2024 11:20 AM

90kg tu i rasa ada yg xobes pun..sbb dorg tinggi...kdg tulang yg berat..
il kakak office i nmpk kuwus je..brt 70kg..80kg...i mcm terkejut
awat i rasa mcm gemok je pdhl brt i xseberat depa..
mayb sbb ketinggian kita terbatas..
hakak ni geng hiking..geng geng lasak..
i mmg xreti nk kena hiking..xmnt la haih.
Quote SWORKS27 9-7-2024 11:19 AM
dia berat tapi semangat dari korang2 yg dalam ni kurus tapi pemalas..tau2 sakit..k bai
Quote Ytee 9-7-2024 11:21 AM
Harap xde apa2 yg serious. Nnti jaga mkn dulu...slow2 la kasi turun berat..jogging
Quote edayildiz 9-7-2024 11:22 AM
kita dgr 90kg terus terkejut..pdhl tgk jgk tinggi org tu brpdia rajin jgk hiking..kita yg berat sikit ni pun xhiking
Quote JunkMail 9-7-2024 11:32 AM
Tak nampak montel pulak dalam gambar tu..mungkin sebelah badan terbenam dalam tanah. Tapi pandangan mata kasar aku nampak beliau normal je tak obese.
Quote sufi^_^ 9-7-2024 12:00 PM
Tak nampak apa relevan 90kg tu. Bukannya dia terlalu obes lepas tu panjat gunung & semput sebab tak fit, tu baru menyusahkan orang, ni dia tergelincir kot.
Quote noor2 9-7-2024 12:03 PM
Astagaaa...90kg ko berani panjat gunung...akak yg dah turun 49kg pun x berani nk panjat gunung..lari pun aku dah sakit lutut
Quote otai_g 9-7-2024 01:07 PM
Kalo da babitkan Bomba susah da malim gunung. Bnyk soal jawab nanti. Aku rs malim gunung perlu lbh tegas. Kena filter jgk lines up utk join trip2 yg hardcore ni. Jgn main sauk jer

Lihat semua komen(107)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.033203 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top