Selepas Ammar Alfian, pelakon Syazwan Zulkifly turut dikaitkan dengan dakwaan aktor lelaki menumbuk teman wanitanya pada Ahad lalu. Menerusi komen di Instagram, Syazwan menafikan dakwaan netizen itu serta meminta supaya tidak membuat tuduhan melulu. Dalam komen lain, Syazwan turut menjelaskan bahawa pelakon tersebut bukan dirinya, malah ada individu turut hairan dengan sikap netizen yang suka memetik nama Syazwan. Sementara itu, Syazwan turut mempersoal netizen yang sibuk mencari ‘aktor’ tersebut, seolah-olah mangsa merupakan rakan mereka. Terdahulu, seorang pelakon didakwa belasah kekasih di dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) di Ara Damansara pada awal pagi Sabtu.
Difahamkan, pelakon berusia 37 tahun itu memarahi mangsa disebabkan perselisihan faham yang berlaku antara mereka. Sumber : Rotikaya |
zuriey replied at 10-7-2024 09:54 AM
NetiZen mmg boodh suka serang ig artis..
ADVERTISEMENT