Kuala Lumpur: Projek Sungai Nadi Kehidupan atau River of Life (RoL) berjaya disiapkan 81 peratus berdasarkan status terkini, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa. Beliau berkata walaupun belum mencapai tahap 100 peratus, Sungai Klang dan Sungai Gombak iaitu dua sungai utama yang melalui proses transformasi melalui projek berkenaan sudah berjaya mencapai status sebagai ikon waterfront yang dinamik dan berdaya huni dengan nilai ekonomi tinggi. "Ini sebagaimana yang diidamkan ketika projek ini diilhamkan dahulu. Perkara ini boleh dilihat melalui pelbagai pengiktirafan yang diterima," katanya ketika menggulung perbahasan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2 2024 hari ini. Sebelum ini, LKAN mendedahkan projek pemuliharaan sungai dalam kawasan bandar yang paling kompleks dengan kos tertinggi pernah dilaksanakan di Malaysia iaitu RM4.363 bilion itu, dijangka tidak berjaya disiapkan mengikut tempoh ditetapkan tahun ini walaupun RM3.915 bilion telah dibelanjakan.
Menurut laporan itu, hingga Julai tahun lalu lapan projek di bawah RoL masih dalam pelaksanaan dengan kemajuan di tapak antara 21 hingga 97.3 peratus, manakala kontraktor penyiap bagi dua projek yang ditamatkan kontrak sebelum ini belum dilantik sementara 12 projek lagi masih belum dimulakan. Analisis audit turut mendapati hanya 79.4 peratus kerja-kerja pengindahan sungai telah disiapkan dan hanya 50 (16.9 peratus) daripada 296 loji rawatan kumbahan berjaya dirasionalisasi atau dinaik taraf. Sumber : Harian Metro |
lipans replied at 11-7-2024 10:19 AM
1% je progress?
grouper replied at 11-7-2024 10:36 AM
Lama gila projek ni...berbillion plak tu..klau smpai berbillion patut sungai Klang n sungai gombak t ...
Abahmung replied at 11-7-2024 12:48 PM
selagi rakyat buat sungai mcm tong sampah ,belanja lah berapa billion pun tetap tak kan jadi bersih ...
supernaturalee replied at 11-7-2024 04:38 PM
ye chuols
pnh je sound aci buang sampah ke sungai
pagi2 lg ye
lipans replied at 11-7-2024 11:17 AM
At least ada progress 1% sejak 2018-2024. Wonder apa yg progress 1% tu ye. Potong rumput kot.
grouper: Lama gila projek ni...berbillion plak tu..klau smpai berbillion patut sungai Klang n sungai gombak tu boleh buat smpai jadi jernih baru berbaloi..buat ...
grouper: Lama gila projek ni...berbillion plak tu..klau smpai berbillion patut sungai Klang n sungai gombak tu boleh buat smpai jadi jernih baru berbaloi..buat ...
grouper: Lama gila projek ni...berbillion plak tu..klau smpai berbillion patut sungai Klang n sungai gombak tu boleh buat smpai jadi jernih baru berbaloi..buat ...
PejuangBerani replied at 12-7-2024 08:00 AM
admire betul dengan sungai kat seol tu..sejenih2nya air dia..
ADVERTISEMENT