Singapura: Bilangan bayi yang dilahirkan di Singapura pada 2023 jatuh ke paras terendah dalam tempoh sekurang-kurangnya 50 tahun lepas, lapor The Straits Times (ST). Ia berkata, berdasarkan "Laporan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 2023" yang diterbitkan pada 11 Julai, sejumlah 33,541 bayi dilahirkan pada 2023 - penurunan 5.8 peratus daripada 35,605 kelahiran yang dicatatkan pada 2022 dan 13.3 peratus lebih rendah daripada 38,672 kelahiran pada 2021. ST berkata, angka 2023 adalah yang terendah sejak sekurang-kurangnya 1971 apabila 47,088 bayi dilahirkan, berdasarkan statistik kelahiran dan kematian yang dipaparkan di laman web Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA). ICA menguruskan Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 2021 (RBDA 2021). Pada Februari, diumumkan bahawa kadar kesuburan keseluruhan (TFR) penduduk jatuh di bawah satu buat kali pertama dalam sejarah Singapura, walaupun bilangan sebenar bayi yang dilahirkan pada 2023 tidak dinyatakan.
TFR, yang merujuk kepada purata bilangan bayi setiap wanita sepanjang tempoh reproduktif mereka, adalah 0.97 pada 2023 – antara yang terendah di dunia. Sumber : Harian Metro |
damsel_fiji replied at 15-7-2024 01:25 PM
boleh import dari cox bazaar sana apa susah
ifanonline replied at 15-7-2024 09:15 AM
kos sara hidup terlalu tinggi...rakyat mula mengambil jalan masturbasi sahaja
pokokmeranti replied at 16-7-2024 04:18 PM
xpe...nanti import warga China menghuni singapore.
nusaraya replied at 16-7-2024 06:10 PM
Yup... Jika Malaysia boleh import Bangla, Rohingya, Nepal, Pakistan, Yaman etc .. maka pilihan ter ...
pooh~key replied at 16-7-2024 05:48 PM
The ugly truth sissy. Itulah hakikatnya sissy.
ADVERTISEMENT