CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Thomas Matthew Crooks, Suspek kes tembak Trump disifatkan 'pendiam, kesepian'

15-7-2024 11:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 26936| Komen: 14


Bethel Park, Amerika Syarikat: Seorang lelaki Pennsylvania berusia 20 tahun, Thomas Matthew Crooks, dikenal pasti sebagai suspek penembak yang cuba membunuh bekas presiden Donald Trump pada perhimpunan kempen hujung minggu lalu.

Penembak tepat Perkhidmatan Rahsia membunuh Crooks pada Sabtu selepas suspek melepaskan beberapa das tembakan di perhimpunan di Butler, Pennsylvania, dari atas bumbung bangunan berhampiran.

Trump, 78, mengalami luka ringan di telinganya dalam insiden tembakan semasa perhimpunan itu. Seorang penonton maut dan dua yang lain parah.



Ketika pihak berkuasa berusaha untuk memahami motivasinya, berikut adalah apa yang diketahui mengenai lelaki berkenaan:


Bekas rakan sekolah Crooks menyifatkan dia sebagai seorang pelajar 'pendiam' yang sering dilihat sebagai 'kesepian'," lapor ABC News.

Mereka tidak ingat mendengar lelaki itu membincangkan mengenai politik atau Trump.

Jason Kohler berkata, dia bersekolah dengan Crooks, dan teringat bahawa penembak itu yang dikatakan dahulunya sering dibuli.

"Dia pendiam tetapi dia hanya dibuli. Dia dibuli begitu banyak," kata Kohler kepada pemberita.

Dia berkata, Crooks diejek kerana cara dia berpakaian, dengan menyatakan bahawa lelaki itu kadang-kadang akan memakai pakaian untuk berburu.

Dan Grzybek, wakil majlis daerah di kawasan di mana Crooks dibesarkan berkata, kejiranan itu adalah 'kelas pertengahan yang agak kukuh, mungkin kelas menengah atas', menurut The New York Times.

The Times menambah bahawa Crooks bekerja di rumah jagaan dan organisasi itu terkejut mendengar penglibatannya dalam penembakan itu.

Susulan kejadian itu, penyiasat menemukan 'alat yang mencurigakan' dalam kereta Crooks, yang diperiksa oleh juruteknik bom dan sedang dianalisis.

Pihak berkuasa kini dalam proses mencari telefon Crooks.

Kevin Rojek, ejen khas yang bertanggungjawab ke atas pejabat lapangan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Pittsburgh, memberitahu wartawan pada Ahad bahawa senjata yang digunakan dalam penembakan itu adalah senapang separa automatik jenis AR-15 yang dibeli secara sah.

Penyiasat percaya senjata itu dibeli oleh bapa Crooks.

Rojek menambah, setakat ini, tiada petanda Crooks mempunyai masalah kesihatan mental.

Crooks juga tidak mempunyai sekutu ketenteraan, menurut jurucakap Pentagon, Mejar Jeneral Pat Ryder.

FBI memberitahu pemberita bahawa mereka sedang menyiasat insiden itu sebagai cubaan membunuh dan juga potensi keganasan domestik.

Penembak itu dipercayai melakukan tindakan secara bersendirian, menurut FBI, dan pegawai berkata, mereka tidak mengenal pasti ideologi yang dikaitkan dengannya. Kecenderungan politiknya tidak jelas lagi.

Laporan berita menunjukkan dia seorang ahli Republikan berdaftar, tetapi juga menyatakan bahawa dia sebelum ini memberi wang kepada jawatankuasa tindakan politik progresif yang sejajar dengan Demokrat.

Walaupun platform media sosial Discordetha berkata, ia mengenal pasti akaun media sosial yang kelihatan dikaitkan dengan suspek, ia 'jarang digunakan.'

Seorang jurucakap menambah bahawa 'kami tidak menemukan bukti bahawa ia digunakan untuk merancang insiden ini, mempromosikan keganasan, atau membincangkan pandangan politiknya.'

Bapa suspek, Matthew Crooks pada Sabtu memberitahu CNN, dia cuba untuk menentukan 'apa yang sedang berlaku' sebelum bersedia untuk bercakap mengenai anaknya.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 15-7-2024 11:52 PM
Malas google.

Kokesen ka nigga si Tomas ni?
Quote dua_chzy 15-7-2024 11:52 PM
Tengok nama macam kokesen.
Quote sharlenetexas 16-7-2024 12:08 AM
dua_chzy replied at 15-7-2024 11:52 PM
Malas google.

Kokesen ka nigga si Tomas ni?

Tgk berita kt ig kulit putih dan pandai maths.

Quote airfilterkotor 16-7-2024 12:11 AM
Kat BBC news ada video dia menembak meniarap atas bumbung.
Quote dua_chzy 16-7-2024 12:14 AM
sharlenetexas replied at 15-7-2024 04:08 PM
Tgk berita kt ig kulit putih dan pandai maths.

Tahniah la kat beliau. Nama sampai bila2 kena sebut dalam sejarah selagi orang masih ingat Donald Trump.
Quote Mary_jane 16-7-2024 12:29 AM
Memang kau berani mati dek.
Quote supernaturalee 16-7-2024 11:06 AM
di us pun umur lbh 70 pun berebut jawatan


Quote pokokmeranti 16-7-2024 11:12 AM
supernaturalee replied at 16-7-2024 11:06 AM
di us pun umur lbh 70 pun berebut jawatan

tersenyum sinis Tun M
Quote nw111 16-7-2024 11:16 AM
Kalau Muslim yg tembak, dan2 kena chop terrorist...takde le nk ambik kira psychological factors
Quote zorrro_03 16-7-2024 11:21 AM
tunggu apa lagi.  kait laa dgn taliban ect
Quote Dovahkiin 16-7-2024 01:09 PM
Menang terus Trump tu nanti.
Quote Ytee 16-7-2024 03:54 PM
nw111: Kalau Muslim yg tembak, dan2 kena chop terrorist...takde le nk ambik kira psychological factors
tu la ...

Quote sharlenetexas 16-7-2024 04:10 PM
Aku sunyi! -Istanbul Aku Datang


Quote Ytee 16-7-2024 04:18 PM
lakonan

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 10:25 PM GMT+8 , Processed in 0.108619 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top