CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Niezam Zaidi Ambil Iktibar Tiga Hari Dalam Lokap, Tidak Menuding Jari Kepada Sesiapa – ‘Itu Semua Adalah Hikmah’

23-7-2024 04:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 19495| Komen: 7


Pelakon Niezam Zaidi memberitahu dia kini lebih berhati-hati dan mengambil iktibar selepas terlibat penyalahgunaan dadah pada Oktober 2021.

Menurut Niezam, dia bersyukur masih menerima banyak sokongan dan diberi peluang untuk terus berlakon.

"Saya bersyukur sebab kebanyakannya yang sokong saya, mereka tidak menilai daripada peribadi. Tapi, apabila saya tengok komen-komen netizen, ia buat saya rasa tidak kuat juga."

"Bagaimanapun, saya gembira dan terharu juga apabila pihak stesen TV seperti TV3 sendiri meminta agar saya jangan risau sebab mereka tidak pernah ‘banned’ saya. Terus-terang, bergenang juga air mata saya dibuatnya."

"Tapi, saya okay saja sebab saya cakap pada mereka, tak apalah kalau nak ‘banned’ pun asalkan Allah tidak ‘banned’ saya."

Niezam berkata demikian semasa ditemui di sesi fotografi drama terbaru TV3 di slot Akasia berjudul Hai Cinta, Dengarkanlah yang diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama, baru-baru ini.


Dalam pada itu, Niezam juga tidak mahu menuding jari kepada rakan-rakan di sekelilingnya dan mengambil perkara tersebut sebagai pengajaran.

"Saya tidak pernah salahkan orang sekeliling dan saya tidak salahkan apa-apa pun sebab itu semua adalah hikmah yang saya dapat merasakan ‘sesuatu’ antara saya dan Allah saja tahu. Ia juga pengajaran untuk saya dan mungkin kepada semua orang juga."



Berkongsi tentang pengalaman ditahan selama tiga hari dua malam di lokap, Niezam berkata, keluarga terutama bapanya sentiasa ada bersama dengannya.

"Selain Allah yang ada bersama-sama dengan saya, keluarga iaitu papa, Mohd Zaidi Othman, 66, sentiasa di sisi walaupun ketika di mahkamah, dia bawakan baju tebal tak mahu saya rasa sejuk."

"Saya ada mohon maaf pada papa dan beritahu dia saya lambat balik (ketika ditahan polis). Papa okay dan dia boleh saya sifatkan sebagai ‘partner’ dan ‘best friend’ yang sangat memahami dan menyayangi saya."

Pada 10 Januari 2022, Niezam didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, Perak dan perlu menjalani pengawasan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun.

Terdahulu, Niezam bersama dua lagi individu lain iaitu Mohd Latiff dan Saiful Zaidrin mengaku bersalah memiliki barangan terlarang selepas ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah inap desa di Kuala Kangsar.


Sumber: OhBulan

Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote heythere123 23-7-2024 09:19 PM
okay la tu, heols tak nafi pasal salah heols.
Quote makadek 23-7-2024 10:35 PM
Ko. Hesmes dek hakak mahapkan ok
Quote innocentsangat 23-7-2024 10:55 PM
Dulu kurus je. Now eloks. Haha.
Quote red_velvet 23-7-2024 11:02 PM
Definisi hitam manis yang sebenar.... Hakak love ..sebab tu sampai mereng si noni bila putus ngan heols
Quote anony-mous 24-7-2024 08:16 AM
Syg betul ada rupa, bakat lakonan pon not bad, tp mendadih. Muka2 mcm ni elok bg pegang watak utama.
Quote cicicumel 24-7-2024 08:19 AM
Heols alumni drama Juwana ke?
Quote fifie_olin 24-7-2024 08:28 AM
makin ensem begetar tulang rusuk aku

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.046441 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top