Segelintir netizen meluahkan rasa kurang senang, susulan pengakuan pelawak, Shuib tentang dirinya yang gemar bermain permainan judi suatu ketika dahulu. Pendedahan tersebut telah menimbulkan pelbagai respon daripada warganet di platform X yang rata-rata berpendapat Shuib tidak sepatutnya mendedahkannya. "Elok-elok orang ramai tak tahu, sekarang dah tahu dia pernah main mesin. Ingatkan benda tu dia saja je buat lawak dulu, rupanya betul. Sepatutnya benda-benda aib macam ini tak perlu diceritakan atau dikongsikan, lagi-lagi secara terbuka macam ini."
Menerusi ruangan komen pada ciapan berkenaan, warganet berkata tindakan pelawak berusia 39 tahun itu adalah tidak wajar apatah lagi dijadikan konten untuk meraih perhatian ramai. "Demi konten sanggup canang aib, Allah dah tolong tutup tapi dengan bangga dedah aib. Podcast bukan untuk semua." "Orang nak buat podcast, dia nak buat podcast lepas tu jaja dosa sendiri." "Berlumba nak kejar views sampai sanggup tunggang aib masing-masing." "Podcast memang kena cerita pasal aib ke? Sebab banyak kali dah tengok, sembang buka pekung sendiri. Pelik-pelik la sekarang ni." Bagaimanapun, ada juga warganet berpendapat bahawa pengakuan tersebut mungkin hanyalah sekadar perkongsian dan Shuib mahu menjadikan kisah lalunya itu sebagai pengajaran buat penonton. Terdahulu, menerusi Dol’s Podcast yang dikendalikannya bersama Shuk Sahar dan Fizie, Shuib memaklumkan dia begitu ketagih untuk bermain permainan tersebut sehingga sanggup membayar wang sebanyak RM150 untuk satu pusingan malah pernah kerugian puluhan ribu ringgit. Sumber: OhBulan Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X |
MisXoXo replied at 23-7-2024 07:13 PM
Kalau kowang tgk sudut negative..jd negative.if tgk sudut positive dptlah positive.mngkn x bermanafa ...
tahanie replied at 24-7-2024 02:41 AM
Kalau tengok lawak sepahtu dulu-dulu memang diorang saling membahan pasal ni
caca_eric replied at 23-7-2024 09:39 PM
Laki bini bukak aib sana sini
Tak heran la dia sanggup cuci duit si scammer tu
Mampus la hdup kau
Normiang-Baru replied at 25-7-2024 09:38 PM
Kwsp..kwsp..
Orang nak buat podcast, dia nak buat podcast lepas tu jaja dosa sendiri.
ADVERTISEMENT