CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Bunga Citra Lestari ‘Tutup Kilang’ Anak, Takut Tanggung Risiko – ‘Saya Sudah 41 Tahun’

23-7-2024 10:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 35504| Komen: 14



Penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari memberitahu dia tidak mempunyai perancangan untuk menambah cahaya mata.

Mengambil kira soal usia yang sudah menginjak 41 tahun, Bunga berkata, dia tidak mahu menanggung sebarang risiko buruk sekiranya hamil sekali lagi.

"Saya tiada baby bump pun, sebenarnya itu adalah memang bentuk badan saya. Sehingga ke hari ini saya ingin beritahu, saya tidak berniat untuk memiliki anak lagi."

"Noah (anak sulung) pun sudah meningkat remaja dan saya sudah berusia 41 tahun. Jadi dengan usia begitu saya rasa ia sedikit berisiko sekiranya hamil lagi."

"Saya ingin mengurangkan segala risiko supaya saya boleh hidup lebih lama dengan Noah."

Bunga berkata demikian sejurus usai konsert minggu pertama Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur pada Ahad.


Melanjutkan bicara, pelantun lagu Ingkar itu bagaimanapun tidak menolak rezeki Allah sekiranya dikurniakan zuriat.

"Bagaimanapun tiada siapa yang tahu dengan takdir Allah. Tiada siapa yang boleh menolak takdir-Nya."

Sementara itu, disoal mengenai kehidupannya selepas berkahwin sekali lagi, Bunga berkata, dia gembira menjalani hidup bersama satu-satunya anak tunggalnya dan suami tercinta, Tiko Aryawardhana.

"Kita perlu jalani hidup ini dengan sebaiknya, saya dan keluarga gembira dengan kehidupan kami."

"Saya juga sudah berusia 41 tahun, jadi yang lebih utama adalah untuk memastikan hari demi hari adalah sentiasa baik dan indah."

Sumber: OhBulan

Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettygood 24-7-2024 12:01 AM
yela umur 40 memang dah berisiko utk pregnant
Quote Beribear 24-7-2024 09:30 AM
Tapi kan artis Korea Umur 40 lebih pon still preggy..
Quote jarikuku 24-7-2024 11:32 AM
Ok la tu bunga, focus kat Noah je
Quote makihamis 24-7-2024 11:35 AM
Elok la focus kat sorang je Noah. Mak nya pun dah berumur, bahaya
Quote Tiggybiru 24-7-2024 05:15 PM
Thank you BCL
For accepting your body..and proudly said yg tu bentuk badan saya
[em:17:]
Quote yangsemb 24-7-2024 05:17 PM
Wise choice & answer
Quote A-Are 30-7-2024 12:57 PM
Beribear replied at 24-7-2024 09:30 AM
Tapi kan artis Korea Umur 40 lebih pon still preggy..

mungkin sbb dey olls umo 35 baru nak kawen
Quote Farnor 30-7-2024 03:28 PM
Untung lah kaya.. Tp guwe harap sekurang-kurangnya ada zuriat juga..
Quote primarikey 30-7-2024 04:14 PM
Nampak berumur sgt bcl skrg
Adakah sbb she minum2
Quote hokeypokey 30-7-2024 09:36 PM
Laki skrg pun mcm2 kontroversi elok la tak payah beranak, jaga Noah sorg jer lah
Quote Olumis 1-9-2024 03:23 PM
Bagus bcl. Jawapan terbaik
Quote Heydidle 3-9-2024 11:45 PM
primarikey replied at 30-7-2024 04:14 PM
Nampak berumur sgt bcl skrg
Adakah sbb she minum2

ke sbb stress laki baru byk kes
Quote cinderella11 3-9-2024 11:51 PM
Cantik
Quote kucim 28-10-2024 01:29 AM
Beribear replied at 24-7-2024 09:30 AM
Tapi kan artis Korea Umur 40 lebih pon still preggy..

Kan..sihat2 lgi anaknya..mcm mana lifestyle dorg agaknya
Dorg juga kwen lewat

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.045481 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top