Oleh Adib ZA Tahukah anda, antara makanan yang digelar 'superfood' terbaik di dunia ialah goji berry? Mengapakah ia sangat bermanfaaat kepada tubuh? Ada kajian yang mendapati goji mengandungi anti-oksidan yang sangat tinggi, dapat melawan penyakit seperti kanser dan juga sakit jantung.
Ia juga mampu meningkatkan sistem imun dan mengurangkan kadar kolesterol. Menarik bukan? Antara yang sangat unik pada goji ialah ia tinggi dengan vitamin A yang membuatkan ia sebagai anti-penuaan terbaik! Jom, jadikan goji berry sebagai minuman harian anda yang sangat berkhasiat! Tak tahu bagaimana ingin memulakannya? Lihat resipi mudah di bawah:
Bahan-bahan: Air kosong 1 biji lemon Sedikit gula 1 uncang teh (teh hijau, hijau atau teh berperisa) 1 1/2 sudu goji beri kering hirisan halia (optional) Cara-caranya: 1. Panaskan air kosong 2. Kemudian masukkan kesemua bahan lain. 3. Biarkan seketika sehingga goji menjadi lembut. 4. Tuang ke dalam gelas, dan minumlah ketika hangat atau telah disejukkan! Selamat mencuba! - CARI Infonet (Sumber foto: carian google)
|
ADVERTISEMENT