CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ernie Zakri Pilih Berdiam Diri Meski Terkilan, Luahan Di Media Sosial Undang Pertanyaan - "Lambat-Laun Orang Tahu.."

29-7-2024 05:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 37594| Komen: 51


Baru-baru ini, penyanyi terkenal Ernie Zakri mengundang perhatian ramai dengan ciapannya di platform X, di mana beliau meluahkan kekecewaan terhadap sesuatu perkara yang telah lama dipendam. Namun, Ernie memilih untuk mengunci mulut dan tidak memperincikan punca sebenar kekecewaannya itu.

Ernie, atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 32, menjelaskan bahawa pendekatan ini diambil untuk mengelakkan salah faham berpanjangan dalam kalangan khalayak.

“Masa tu saya hanya ‘tweet’, meluahkan rasa terbuku yang dah lama saya simpan tetapi biarlah saya sahaja yang tahu. Lambat-laun orang tahu dan mungkin juga datang dari mulut saya sendiri,” ujar pelantun lagu Masing-Masing itu.

Tambahnya lagi, meskipun hampir mendedahkan butiran lanjut, Ernie memilih untuk menarik balik kata-kata dan terus melangkah ke hadapan.

“Saya tahu sudah mengundang pertanyaan ramai. Kalau dedahkan orang akan bertanya, jadi saya biarkan saja,” katanya.


Dalam kenyataan tersebut, Ernie juga menegaskan bahawa luahan tersebut tiada langsung kaitan dengan bekas syarikat pengurusannya, Rocketfuel Entertainment, seperti didakwa ramai.

“Kalau cakap berkenaan lagu, syarikat Rocketfuel Entertainment sebenarnya sedang menyelesaikan semua isu berkaitan lagu-lagu saya sebab bertukar pihak pengurusan. Jadi perkara itu memang tiada dan salahlah tanggapan peminat itu,” ujarnya.

Ernie, pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35), berterus-terang dengan ahli kelab peminatnya, menolak dakwaan sengaja berbuat demikian sebagai gimik untuk melancarkan lagu baharu dalam masa terdekat.

“Sebenarnya, kisah ini sudah berlalu dua hingga tiga minggu dan saya tak mahu fikir lagi. Saya pun tiada komen lain, itu hanya perasaan saya ketika itu. Ada juga orang cakap gimik hendak keluar lagu, tapi sebenarnya tidak. Masa itu saya hanya menjadi wanita biasa yang meluahkan di media sosial,” jelasnya.

Ciapan Ernie yang tular sebelum ini menyatakan, “Ini sangat mengecewakan. Berita ini sangat mengecewakan. Ini sangat tidak profesional. Saya dah lama tutup mulut. Terlalu lama,” tanpa memperincikan sebab sebenar kekecewaan tersebut. Spekulasi dalam kalangan peminat mendakwa ia berkaitan dengan isu kerja, namun Ernie memilih untuk tidak memberi komen lanjut.

Pendekatan berdiam diri yang diambil oleh Ernie ini memperlihatkan kematangan beliau dalam mengendalikan isu peribadi dan profesional.


Sumber : Murai.my



Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 29-7-2024 07:44 PM
what say u acik F?
Quote dua_chzy 29-7-2024 08:01 PM
Curious lak apa sebenarnya cerita ini.
Quote lolipopmanish 29-7-2024 08:05 PM
Ape yg dia tweet tu?? Tepek lah siniii
Quote Rogue98 29-7-2024 08:29 PM
Unprofessional.. means pasal kerja lah kan.

Tapi kan lakibini ni takde pun like or show pics together takde pulak netizen speculate bukan2.
Quote cantthinkofany 29-7-2024 08:38 PM
kalau tak nak citer nape provoke netizen....ishh...retis ni.....
Quote wirazam 29-7-2024 08:54 PM
Mengada2 boleh tak ckp mcm ni..
Ampuunn ye kalau yuan empunya baca kat forum ni..
Quote imanjannah 29-7-2024 08:54 PM
masalah ngan syarikat rakaman dia yg rocket fuel tu ke? atau dah bertukar naungan?
Quote sleepandream 29-7-2024 10:58 PM
lagu masing2 tu sedap yach... iols first time dengar orang cover lagu tu terus suka....
Quote Lolalala 29-7-2024 11:02 PM
"Masa itu saya hanya menjadi wanita biasa yang meluahkan di media sosial"

Baru sedar laki 2 alam ke kak? *jahat betul otak iolls ni berfikiran
Quote syamzana 29-7-2024 11:07 PM
sleepandream replied at 29-7-2024 10:58 PM
lagu masing2 tu sedap yach... iols first time dengar orang cover lagu tu terus suka....

sama larr suka sgt. sejujurnya iols tak minat ernie ni rasa terlalu teknikal bila menyanyi tp masing2 tu sedap suaranya dihalwa telinga iols. anak gegirl iols sampai hafal tetiap pagi otw ke kindy mesti bukak snaptube lagu masing2

btw, dah alang2 twit tu cuba cite smpai habis, sng kami nak take side maki yg berkenaan
Quote MeowPARSI 30-7-2024 07:26 AM
Lenkali fikir sblum tweet
Quote fzbos 30-7-2024 07:33 AM
tp iolss suke suara die
Quote Manusiabesa 30-7-2024 07:37 AM
Ish baju dia hijau tu mcm aku ada sehelai. Ingtkn dia rembat baju aku dh td.
Dia ni xlawa bebeno ek
Quote nameisrequired 30-7-2024 07:49 AM
iols pun suka suara dia... tak over menjerit mcm anak abdul tu.


artis mcm biasa la, hint2 luah perasan dekat sosmed tu confirmm mengundang spekulasi. Harap yg baik2 utk ernie. Laki nya masih umah lemari kah lps kahwin?
Quote jlo 30-7-2024 08:50 AM
masing2 tu cairrrrrr ditelingaaaaaa
rasa ke hati betul ernie ni nyanyi
Quote zehra2 30-7-2024 09:29 AM
suka suara dia dan sebutan nya.. jelas
Quote Lavender_Violet 30-7-2024 02:49 PM
Manusiabesa replied at 30-7-2024 07:37 AM
Ish baju dia hijau tu mcm aku ada sehelai. Ingtkn dia rembat baju aku dh td.
Dia ni xlawa bebeno ek

a'ah x brp lawo
Baik masa free hair ataupun dah bertudung ni
Besha2 jer
Wpun anak sedara ahkak Jena Jeng
Clan ahkak Jena Jeng mmg x brp lawo semuanya tapi suara masing2 superb
Quote Lavender_Violet 30-7-2024 04:41 PM
Start suka suara dia masa dia duet dgn Govinda lagu  Hal Hebat
Pastu Govinda composed lagu Masing-masing khas utk Ernie
Quote kukukatablog 30-7-2024 05:18 PM
Suara dia bagi aku nyaring bingit... sorry

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.035121 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top