PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita menyimpan baju kakaknya yang telah meninggal dunia kira-kira lima tahun lalu tanpa dibasuh mengundang padah, apabila dia sering berasa sakit-sakit dan tidak keruan. Kisah itu diceritakan seorang tukang mandi jenazah, Lasminah Dul Siraj menerusi satu temu bual rancangan disiarkan pada laman YouTube. Lasminah berkata, wanita itu pada mulanya tidak mengaku mengambil barangan tertentu, namun kemudian mendedahkan menyimpan baju arwah kakaknya yang tidak dibasuh di dalam bantal. “Acik cakap ‘buka sekarang (bantal) dan masuk mesin basuh, basuh, sidai dah kering lepas tu masukkan balik (dalam bantal)’. “Kemudian, baru dia ke hospital (untuk pemeriksaan) dan dapat kesan dia ada kencing manis, demam dan tak tentu arah,” katanya pada rancangan itu baru-baru ini. Lasminah yang berpengalaman berpuluh-puluh tahun menguruskan jenazah menjelaskan, pakaian orang meninggal dunia yang masih mempunyai kesan bau badan dan peluh seharusnya dibasuh terlebih dahulu sebelum disimpan sebagai kenangan.
“Baju ada peluh-peluh dari hospital, jangan sesekali ambil dan simpan. Boleh ambil dan simpan, tapi basuh dulu. “Kalau tidak ‘benda’ itu akan kejar. Contohnya kakak, mak meninggal dunia dan kita ambil (pakaian) buat kenangan. Masa ni kamu elok sihat, tapi makan masa dua, tiga tahun kamu mula sakit. “Kamu rasa lain macam, seram sejuk, sakit tak tentu arah. Pergi hospital, tapi tak dapat kesan (penyakit),” katanya. Sumber : KOSMO! ONLINE. Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
hokeypokey replied at 30-7-2024 05:28 PM
Aku pernah simpan baju tak basuh, tapi baju orang yg masih hidup ler..time skola cinta monyet simpan ...
ADVERTISEMENT