JAKARTA – Sepasang kekasih di Kebon Jeruk, Jakarta Barat ditahan selepas didapati menjual video aksi lucah mereka kepada pelanggan menggunakan platform media sosial, lapor portal berita Okezone. Ketua Polis Daerah Kebon Jeruk, Komisioner Sutrisno berkata, video lucah yang dijual itu dihasilkan berdasarkan permintaan pembeli. “Berpuluh-puluh (video). Mungkin mereka mempunyai pelanggan sendiri dan videonya dibuat berdasarkan permintaan. “Sudah dihantar (video), baru buat pembayaran,” katanya. Tambah Sutrisno, kedua-dua suspek mendapat pelanggan daripada platform media sosial. “Mereka sudah menjalankan kegiatan ini selama setahun. Mereka mempunyai pelanggan di laman Instagram dan platform WhatsApp,” katanya. Kata Sutrisno lagi, video tersebut dijual pada harga antara 150,000 rupiah (RM42.65) hingga 300,000 rupiah (RM85.30). – AGENSI
Sumber : KOSMO! ONLINE. Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
ADVERTISEMENT