CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berkenalan di game online punca pegawai kanan kerajaan rebut isteri orang

29-7-2024 11:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 22019| Komen: 4


JAKARTA – Seorang pegawai kanan kerajaan di Manggarai Timur, wilayah Nusa Tenggara Timur dituduh menjalinkan hubungan sulit dengan wanita berstatus isteri selepas berkenalan melalui permainan online, lapor laman berita iNews semalam.

Perkara itu didedahkan suami wanita tersebut yang dikenali sebagai Zam Indra.

Menurut Zam, isterinya, JA, pertama kali berkenalan dengan pegawai dikenali sebagai A, melalui platform permainan online pada 2021 sebelum mereka saling bertukar nombor telefon.

Hubungan sulit itu dikatakan berlangsung selama setahun tanpa pengetahuan Zam.

Menurut Zam, dia megetahui perkara itu selepas menemui catatan harian isterinya yang menulis mengenai hubungannya dengan A.

Meskipun telah diminta agar memutuskan hubungan dengan isterinya, A tidak mengendahkan permintaan tersebut, malah ia memburukkan lagi keadaan rumah tangga Zam dan JA.


Disebabkan berasa kecewa dengan tindakan kedua-dua mereka, Zam melaporkan perkara itu kepada pejabat pemerintah daerah Manggarai Timur, dan berharap agar pegawai kanannya itu mendapat hukuman setimpal.

Sementara itu, menurut jurucakap pejabat berkenaan, pihaknya sedang meminta penjelasan daripada pegawai tersebut dan hukuman setimpal akan diambil sekiranya dia terbukti melanggar etika kerja. – AGENSI 


Sumber : KOSMO! ONLINE.


Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Minami2013 29-7-2024 11:38 PM
Vote dislike.. lagi kisah indon selingkuh.
Quote Gokuuu 30-7-2024 03:21 AM
Telefon merosakkan 99% manusia.Merosakkan hubungan sesama manusia menjadikan manusia bertambah kebinatangan
Quote akido_kido 30-7-2024 07:18 AM
Ramai bertemu jodoh dari online game tau

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.031145 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top