CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kesilapan Hisap Dadah Berlaku Pada Usia Muda, Yassin Senario Akui Kalau Jadi Sekarang Mungkin Lebih Teruk

30-7-2024 11:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 28360| Komen: 4



Yassin Yahya, pelawak berusia 46 tahun yang pernah terbabit dalam penyalahgunaan dadah dan pergaduhan, menganggap kesilapan yang dilakukannya sebagai takdir yang tertulis. Pengalaman pahit ini, walaupun mencalarkan imejnya di mata peminat, telah mematangkan dirinya dan memberikan pengajaran berharga.

Yassin mengakui bahawa segala kesalahan tersebut adalah tanggungjawab dirinya sendiri.

“Kalau boleh saya tak mahu lagi mengingati kisah lama kerana apa yang penting adalah diri saya sekarang dan masa depan,” katanya.

Dia bersyukur kerana kesilapan tersebut berlaku semasa usianya masih muda, mengelakkan kemungkinan lebih teruk jika berlaku di kemudian hari. Yassin juga menekankan bahawa dia tidak pernah berputus asa dalam hidup, kerana percaya bahawa ujian dari Allah adalah untuk mengangkat darjat seseorang.

Lebih dua dekad berada dalam industri seni, Yassin melihat keputusan untuk menyertai kumpulan Senario sebagai yang paling tepat dalam hidupnya.


Teman-temannya dalam kumpulan itu oaoti Azlee, Mazlan Pet Pet, Ilya Buang, Saiful Apek, Wahid, dan Allahyarham Hamdan, banyak mengajarnya erti kemaafan. Sifat kemaafan inilah yang membuatkan persahabatan mereka kekal sehingga hari ini.

“Kami tidak pernah bergaduh kerana sudah dididik memaafkan satu sama lain sebelum melakukan kerja baharu,” kata Yassin. Walaupun ada perselisihan faham, mereka dapat menyelesaikannya dengan cepat kerana hubungan mereka sudah seperti adik-beradik.



Berkat persahabatan yang erat dan ikhlas, peminat dapat melihat kesungguhan mereka dalam berkarya. Yassin menegaskan bahawa mereka bekerja dengan penuh keikhlasan tanpa ada rasa tidak enak antara satu sama lain, itulah yang menjadi rahsia kejayaan dan kekekalan kumpulan Senario di hati peminat.

Yassin Yahya kini lebih fokus kepada masa depan dan perkembangan diri, mengambil pengajaran daripada kesilapan lalu untuk menjadi insan yang lebih baik.



Sumber : Murai.my




Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 30-7-2024 11:27 PM
Sapa ingat video lejen Saiful Apek isap bong ka apa ntah tapi memang sedang ambik dadah la.
Quote dua_chzy 30-7-2024 11:28 PM
Edited by dua_chzy at 30-7-2024 03:30 PM

Agak bagus nasib Yassin Senario berbanding Yasin sorang lagi tu. Yang tu macam dah rosak habis dah takleh diselamatkan. Mungkin sebab yang sorang tu ego nak mamp, tak sehumble Yassin Senario. Sikap humble penting gais. Urang humble sentiasa maju.
Quote mrsLucky 31-7-2024 05:45 PM
dua_chzy replied at 30-7-2024 11:28 PM
Agak bagus nasib Yassin Senario berbanding Yasin sorang lagi tu. Yang tu macam dah rosak habis dah t ...

Betul... i bersyukur Yassin Senario dah insaf..he is very talented..kelakar..
Quote supernaturalee 1-8-2024 12:30 PM
die kelakor
yg jenis keringgg jek

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.104445 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top