CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Presiden NGO Palestin dicekup berkhalwat di hotel

31-7-2024 03:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 49617| Komen: 146|Original author: maklukpenggoda




Kuala Lumpur: Presiden sebuah pertubuhan amal ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), hari ini, disyaki berkhalwat selepas berdua-duaan dengan seorang wanita di bilik hotel di ibu negara.

Menurut sumber pihak berkuasa, lelaki berusia lingkungan 40-an itu yang sudah berkahwin dan mempunyai anak, aktif mengutip derma bagi mengisi tabung Palestin menerusi badan bukan kerajaan (NGO) miliknya, antara enam ke lapan tahun lalu.


"Dia ditahan sepasukan pegawai Jawi ketika sedang berdua-duaan dengan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 30-an.

"Wanita terbabit yang juga ahli aktif NGO sama dilihat terlebih dahulu mendaftar masuk ke hotel berkenaan, sebelum lelaki tiba kira-kira 2 petang.

Menurutnya, ketika pemeriksaan, lelaki berkenaan cuba melarikan diri dan memberikan alasan bertemu wanita itu untuk memberi barang kepadanya.

Bagaimanapun, sumber itu berkata, cubaannya gagal dan ditahan pegawai Jawi.

"Lelaki terbabit pernah berkongsi pentas forum berhubung konflik di Palestin bersama seorang duta dari negara di Timur Tengah.

"Lelaki itu juga merupakan antara individu yang lantang bersuara di media sosial dan media massa berhubung isu peperangan Palestin-Israel," katanya.-


Sumber : Harian  Metro



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 31-7-2024 01:42 AM
Etis buat gini, kesah la kan.

Tapi kalau yang dok tunjuk sangat dia beragama buat gini, sunggoh filthy and disgusting skaly.
Quote hyie 31-7-2024 01:43 AM
so uols nak cakap si lelaki yang ada anak bini kat filistin tu ke?
Quote dua_chzy 31-7-2024 01:43 AM
Alasan common : Salahkan setan pangkat besar.
Quote dua_chzy 31-7-2024 01:44 AM
Shaiton Slayer.

[youtube]t9Mc6wF1pXs?si=Vhndowjweuc7gr4p[/youtube]
Quote dua_chzy 31-7-2024 01:47 AM
hyie replied at 30-7-2024 05:43 PM
so uols nak cakap si lelaki yang ada anak bini kat filistin tu ke?

Astafirullohakllazeeem dia ke?

Tak terfikir burung nuri tu tadi.
Quote dua_chzy 31-7-2024 02:14 AM
If betul burung al nuri berterbangan, what shall he do dengan imej terpaling Palestine tu dek? Bini Palestine pulak, cemana?
Quote dua_chzy 31-7-2024 02:14 AM
Perlu ke Kepris tesenyum sumbing?
Quote allshares 31-7-2024 02:45 AM
dua_chzy replied at 31-7-2024 02:14 AM
If betul burung al nuri berterbangan, what shall he do dengan imej terpaling Palestine tu dek? Bini  ...

Tgk gmbr blur2 tu mcm bukan dia kaka.
Quote Rogue98 31-7-2024 03:10 AM
Kutip derma utk Palestine 6 ke 8 tahun yang lalu. So skrg aktif kutip derma apa pulak..
Quote Rogue98 31-7-2024 03:14 AM
dua_chzy replied at 31-7-2024 02:14 AM
If betul burung al nuri berterbangan, what shall he do dengan imej terpaling Palestine tu dek? Bini  ...

Metro tulis lelaki umur 40an. Nadir 37 tahun sis.
Quote Purestteam1 31-7-2024 04:47 AM
huhuhu
Quote piahsemah 31-7-2024 06:17 AM
hyie replied at 31-7-2024 01:43 AM
so uols nak cakap si lelaki yang ada anak bini kat filistin tu ke?

Family dia dah ada sini sis
Quote Suchi 31-7-2024 06:38 AM
Sapa plak nih
Pas sorang2 buat hal
Skrg iols tgh tunggu xfox tersontot
Smlm dengarnya BNM dah mai buat lawatan
Tak larat dah haihh dgn penunggang2 agama semua ni
Tak abis2 jadi fitnah pada agamaa
Org kita plak ketagih untuk ditipu
Haaa mendapat laa selagi ada permintaan tinggi utk ditipu maka penipu ni akan sentiasa wujud.
Quote honeybee1802 31-7-2024 06:58 AM
Saper plak ni?agak botak..katek...bulat2...?
Quote dua_chzy 31-7-2024 07:21 AM
Rogue98 replied at 30-7-2024 07:14 PM
Metro tulis lelaki umur 40an. Nadir 37 tahun sis.

Magsukullll bukan beburung nuri yang terbang.
Quote _blackbird 31-7-2024 07:45 AM
Check in hotel budget ke ni sampai kena raid. Lenkali invest la sikit pullman ke pavillion ke busuk2 pon impiana, berjaya, royal colan, hilton baru la boleh beraksi dengan aman damai. Hihihi
Quote Samerosie 31-7-2024 08:11 AM
Siapa ni?  Semalam news kantoi pula adun gombak setia lak selalu mabuk2 tidur dgn gf pulak.
Quote mrsamz 31-7-2024 08:15 AM
_blackbird replied at 31-7-2024 07:45 AM
Check in hotel budget ke ni sampai kena raid. Lenkali invest la sikit pullman ke pavillion ke busuk2 ...

Hilton garden inn harga marhaen jahh.. Tu pun tak gheti.. Choii
Quote SedihPedih 31-7-2024 08:50 AM
siapaa ituuuu?

Lihat semua komen(146)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-9-2024 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.053850 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top