CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Didakwa Curang Dengan Model Jadi Punca Cerai, Harith Iskander Tampil Jawab – “Saya Rasa Ada Pihak Ingin…”

31-7-2024 05:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 44062| Komen: 141



Tersebar khabar angin mengatakan model dan ratu cantik Nadira Isaac menjadi punca perceraiannya bersama Dr. Jezamine, pelawak Harith Iskander tampil menjawab dakwaan itu.

Katanya, perkara itu adalah gosip semata-mata untuk meraih perhatian orang ramai dan dia sendiri tidak tahu tentang dakwaan tersebut sehingga diberitahu bekas isterinya.

"Ikhlas saya cakap, saya tak baca apa-apa cerita daripada netizen. Bagi saya ada orang yang ingin mengambil kesempatan untuk dapatkan perhatian."

Harith juga berpendapat bahawa spekulasi dan gosip sebegitu hanya akan ‘panas’ serta menjadi bualan ramai buat seketika sahaja.

Bagi saya benda-benda macam ini akan panas sekejap dan kemudian ‘mati’ (gosip) terus.
 
Sementara itu, Dr. Jezamine berkata model tersebut adalah kenalannya dan menafikan Nadira adalah punca perceraiannya dengan Harith.


"Itu hanya spekulasi, jangan ambil serius. Pada saya, bila isu dapat perhatian media, ramai yang nak ambil kesempatan. Jadi, sekarang saya dah tahu siapa kawan sebenarnya dan siapa yang mahu raih perhatian media."

Ditanya jika Nadira ada menghubunginya selepas perceraiannya, Dr Jezamine berkata dia dan Harith enggan berhubung  serta mempunyai hubungan dengan individu yang memberikan aura negatif kepadanya.


"Kalau kita tahu seseorang itu begitu (negatif), lebih baik jauh saja dari mereka."

Dalam pada itu, Nadira turut menafikan spekulasi bahawa dia menjalinkan hubungan dan berkata dia tiada kaitan dengan perceraian pasangan terbabit.


Sumber :  mStar, Beautifulnara

Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bedahmenjuyah 31-7-2024 05:38 PM
Sapa plak sundel bolong baju tak muat ada yg nak terselak tu? Btw mak dia cantik betul. Kalau ckp adik dia pun org percaya.
Quote sharlenetexas 31-7-2024 05:43 PM
Baca forum ke?

Quote codenamedream 31-7-2024 05:49 PM
Nadira ni yg dulu kena kecam sebab buat video promo melucah.
Sama2 dengan Andika kahwin yindon tu.
Quote amyza 31-7-2024 06:00 PM
Pakai lah elok² sikit bila keluar dgn mak tu. Dengan kawan2 takpe lah nak menyeksi sampai nampak tek silikon
Quote aromabeaute 31-7-2024 06:05 PM
cantiknya mak dia, macam sebaya.
Quote aint 31-7-2024 07:04 PM
hmmm melayu ke nadira ni... tak sangka mak dia bertudung...
Quote menjad 31-7-2024 07:06 PM
Jadahhhh kuar ngan mak tetek tersembul gitu. Tak rimas ker mak ko dek oiiiiii.
Quote becir 31-7-2024 07:12 PM
laki bini ni pun sibuk join podcast haritu napa..elok cerai biasa takyah pungpang bukan sebab itu bukan sebab ini tapi same time taknak cakap. cerai pun sanggup nak clout
Quote MrsJane 31-7-2024 07:30 PM
Sporting betul mak dia keluar dgn anak pakai macam tu. Tapi mak dia cantik, macam adik beradik ja
Quote MrsJane 31-7-2024 07:32 PM
Penat-penat sexy tunjuk pusat, takkan lah hamak laki orang macam HI ni. Paling-paling koman pun kenalah level politician
Quote Neno90 31-7-2024 07:35 PM
Pulak. Kata x ada org ke 3
Quote hanihan16 31-7-2024 07:41 PM
si bini kata nadira adalah kenalannya. pastu bila reporter tanya ada tak nadira hubungi diorg, dia kata depa tak nak berhubung dgn org2 yg memberi aura negatif. hm.. shesuatu
Quote Mary_jane 31-7-2024 07:48 PM
Keluar makan dengan mak pun pakai dah macam nak pergi catwalk. Dada & punggung tu ori ke tak? #tanyaje
Quote makcun14 31-7-2024 07:51 PM
couple ni sejak umum nak cerai makin bersinar pulak ... sejenis seek attention pulak padahal tengah krisis besar. keluar podcast la, laki bini
gelak happy happy la. kalah waktu dorang
menikah dulu.
i guess any publicity is good publicity, even if its cheap
Quote razzia 31-7-2024 07:56 PM
mak bertudung anak hazab bebenar.ok mak lawa,anak  wat la mcm ne pun,tetap tak cantik.tapi dia ni anak pakai rantai salib kn,klu tak silap.mak butakan mata ka pa?asl anka glemer
Quote Rogue98 31-7-2024 08:17 PM
Takkan nak bagitau yg suami syok kat pompuan lain yg lagi muda and hot...malulah dia. Dari segi logic mmg biasa mcm tu. Takkan laki dia nak syok kat pompuan yg lagi tua n ugly ..kan?
Quote Boneyta2508 31-7-2024 08:20 PM
Confused tengok mak vs anak ????
Quote dua_chzy 31-7-2024 08:28 PM
Dalam artikel pun dah bercanggah konar sana sini statement si Jezamine ni.

Faham2 la ya.
Quote dua_chzy 31-7-2024 08:31 PM
Boneyta2508 replied at 31-7-2024 12:20 PM
Confused tengok mak vs anak ????

Tayah konfius. Sah2 mak dia zaman muda2 macam anak dia juga.

Lihat semua komen(141)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.043021 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top