CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Berita Baik Untuk Penggemar Air Ketum

22-12-2015 12:55 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 38808| Komen: 7


Oleh : Dean BZ

Pokok Ketum juga dikenali sebagai Pokok Biak ialah sejenis tumbuhan daripada keluarga Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom, di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom. Nama botaninya Mitragyna speciosa korth.


Foto : animhosnan.blogspot.com


Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. 

Institut Pencegahan Kanser Negara turut mengumumkan Ranking daun ketum anti kanser, dipetik dari TibbHusni Al Ismaily :


1: Daun ketum urat hijau 46.5%
2: Daun ketum jenis urat merah 37.6%
3: Daun jenis halus 35,4%
4: Daun ketum bawal 34.7%
5: Daun ketum ekor babi. 32.9%
6: Daun ketum ekor kura. 29.8%
7: Daun ketum hitam. 23.8%

Tips utama: 
Semua daun ketum mengandungi kolagen, terutama daun ketum kuning paling banyak. Sedangkan bahan antikanser paling banyak adalah jus ketum hangat tanpa gula. Penemuan resepi baru dari negara China: bagi yg berpenyakit diabetes tak usah susah berubat ke doktor lagi. Cukup dgn memblender 12 helai daun ketum panjang di campur 1 daun ketum urat merah. Minum 2x sehari.

Silakan cek kadar gulanya esok hari,dijamin langsung turun kadar gulanya. Sudah banyak yg membuktikan,mujarab tanpa perlu berpantang makan lagi. Bantu kirimkan berita ini ke semua kenalan anda yg ada masalah diabetis dan darah tinggi. Bantu mereka yg sakit diabetes agar sembuh !


Masyarakat Kampung menggunakan daun ketum untuk membantu menambah tenaga atau mengembalikan kesegaran selepas penat berkerja. Ia dimakan secara segar seperti mengunyah daun sirih. Daun ketum yang dikeringkan dan direbus digunakan untuk mengembalikan tenaga batin.

Selain dari dikunyah segar, rebusan daun yang kering juga digunakan sebagai tonik untuk menghilangkan rasa lesu selepas berkerja, lenguh-lenguh, radang, kejang otot sakit-sakit sendi dan lelah. Rebusan daun kering dan akarnya pula digunakan bagi melegakan penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Petuanya:
- Jangan petik bahagian pucuk. Petiklah daun-daun sebelum pucuknya. 
- Daun di pucuk khasiatnya kurang power kerana ia daun baru. 
- Selepas petik, masukkan daun-daun tadi ke dalam periuk dan basuh dengan bersih.
- Ramas daun ketum sehingga menjadi cebisan yang kecil agar kandungan nutriennya senang diserap.
- Rebus daun ketum. Jangan rebus dengan air yang banyak. Biar pekat. Lagi pekat lagi piau (power).
- Selepas 2 jam tutup api.
- Biarkan rebusan tu sejuk dahulu sebelum ditapis.
- Minum Dan Jangan Berlebihan.
- Air Ketum tidak boleh disimpan melebihi 3 hari.

Foto : bharian.com.my


Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa. Bernama melaporkan air rebusan daun ketum boleh menjejaskan sistem saraf pusat manusia dan berupaya menjadikan seseorang itu ketagih kerana mengandungi “mitraginin” yang tahap ketagihannya sama dengan morfin. Dengan pengistiharkan daun Ketum sebagai bahan larangan mulai Januari 2003, ini bererti pokok Ketum mungkin akan pupus akibat aktiviti penghapusan oleh pihak berkuasa. - CARI Infonet.


52

Bagus
22

Marah
15

Terkejut
29

Sedih
31

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (165 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cumulonimbus 22-12-2015 04:04 PM
skrg ni boleh minum ker x nie... @ipes2
Quote uniq61 23-12-2015 11:17 AM
UMPAMA AYAT "SALAH GUNA DADAH"
Quote ipes2 23-12-2015 04:28 PM
cumulonimbus replied at 22-12-2015 04:04 PM
skrg ni boleh minum ker x nie... @ipes2

cumulonimbus,
takde evidence nya bahawa daun daun ni semua boleh ubatkan cancer dan diabetes
kalau ade tentu lah kami guna lama dah di hospital
sian kids yg diabetes ini

apakah mekanisma daun ni utk challenge insulin?
perubatan cina sgt berbeza dgn medicine
di prc ramai sgt yg bergelar doctor adalah doctor tabib.. guna ubat dari hati  beruang, konek harimau etc; pupus habis binatang tu nnt

Quote cumulonimbus 23-12-2015 04:41 PM
ipes2 replied at 23-12-2015 04:28 PM
cumulonimbus,
takde evidence nya bahawa daun daun ni semua boleh ubatkan cancer dan diabetes
kal ...

owh... Many thanks..!!!
tekejut jgk psl thread nie, ingtkan da ader kajian baru....
Quote ipes2 23-12-2015 04:50 PM
cumulonimbus replied at 23-12-2015 04:41 PM
owh... Many thanks..!!!
tekejut jgk psl thread nie, ingtkan da ader kajian baru....

sebab kita byk bergantung pada kepercayaan yg tak byk basisnya, kita bukan bangsa yg mengkaji mcm org timor tengah atau org eropah barat dan north america.
contoh kita selalu guna air kangkung utk ubat itu ini; kangkung tu sayo berkhasiat, tapi tak lah ade keupayaan yg kuat sampai boleh sembuhkan muntah darah la drug overdose la, drug side effects la
Quote Ipo 28-12-2015 05:55 PM
abislah lepas ni pakat minum air ketum
Quote swimswim 6-5-2017 11:07 AM
tak per lah, takde keperluan nak guna.

sekali terjebak, susah nak patah balik

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.132245 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top