CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zamarul Hisham Tak Berahsia Dengan Isteri, Password Bank Dan Mesej Di Instagram Pun Semua Isteri Tahu

1-8-2024 10:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 19342| Komen: 7



Pelakon berkarisma, Zamarul Hisham, 53, bukan saja diminati ramai kerana lakonannya yang tidak pernah mengecewakan peminat malah disisi lain, Zamarul juga seorang yang jujur dan meletakkan kepercayaan tinggi kepada isterinya, Diana Rafar.

Memetik Astro Gempak, Zamarul berkata, dia tidak menyembunyikan apa-apa rahsia daripada isterinya termasuklah nombor pin akaun bank juga semuanya diketahui Diana.

“Saya tak suka balas DM, Instagram pun kadang-kadang selang sminggu baru saya memuat naik satu hantaran.

“Isteri saya bising, kena buat posting katanya. Begitu juga dengan TikTok, dua tiga hari rancak selepas itu hilang, sebulan saya tak buka.

“Jadi kadang-kadang bila DM banyak mesej masuk, isteri saya yang baca tetapi dia tidak balas kecuali rakan-rakan terdekat.

“Kalau dia yang buka dia akan tolong balas. Saya dan isteri memang tiada rahsia. Kadang saya, kadang dia yang baca.


“Telefon bimbit saya memang bersepah, kata laluan akaun saya semua memang tak ada rahsia. Tak tahulah nak kata sebab saya based on trust,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zamarul juga turut menjelaskan dia tidak gemar membalas mesej di Instagram kerana lebih gemar memberikan tumpuan pada keluarganya.


Untuk rekod, Zamarul mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi Diana Rafar pada tahun 2009.

Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Kashfi Haikal, 14, Kayla Reysha, 7, dan Kaydeen Haiqal, 4 tahun. Zamarul juga mempunyai dua anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu.



Bertuahnya Diana dapat suami yang tak berahsia dan jujur. Bukan semua lelaki boleh jujur dan tak berahsia apatah lagi nak kongsi nombor pin akaun bank pun belum tentu.


Sumber : Astro Gempak











Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote katakauu 1-8-2024 10:54 AM
so? dah bercucu dh die
Quote kaedahnya 1-8-2024 12:26 PM
lawa menantu zamarul, dah bercucu dah zamarul ni
Quote jejai 1-8-2024 01:25 PM
yang linda rafar kahwin dengan siapa eh..muka sama tak boleh nak beza
Quote hokeypokey 1-8-2024 03:40 PM
Nasib baik amik gmbr tak pegang cucu, kalau tak org ingat anak bongsu..
Quote jebatmaspunyer 1-8-2024 04:44 PM
Baguslah.. Begitulah sepatutnya. Nnti kalau jadi apa2, senang pasangan nak urus sbb tak berahsia.
Quote kaedahnya 1-8-2024 04:48 PM
jejai: yang linda rafar kahwin dengan ...

syed apa tah tapi macam retis under KRU jugak dulu, ke tak.
Quote Blackrose87 1-8-2024 11:31 PM
Linda Rafar kawin dgn Syed Aiman, pelakon

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.035804 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top