Anak perempuan pelakon Sharifah Sakinah iaitu Anais Adha telah mencuri tumpuan apabila muncul di pentas pertunjukan fesyen yang mempamerkan koleksi terbaru pereka fesyen terkenal, Syomirizwa Gupta x Shikha Grover – The Secret Garden Bespoke Collection Spring / Summer 2024/2025, di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) baru-baru ini. Menerusi muat naik di Instagram Stories, Sakinah berkongsi anak perempuannya itu membuat penampilan dengan bercatwalk dengan memperagakan koleksi daripada jenama rumah fesyen popular tempatan, Syomirizwa Gupta. Seperti mana dipetik dari Gempak, Anais yang berusia 7 tahun itu menjadi model paling muda melakukan catwalk dengan penuh yakin sambil disaksikan tetamu yang hadir. Dalam pada itu, Sakinah turut meluahkan rasa bangga apabila memberi sokongan terhadap anak tunggalnya itu.“Go Anais,” tulisnya ringkas. Kredit video : IG dianafariza Untuk rekod, Sakinah pernah mendirikan rumah tangga bersama Aliff Adha pada 2015 namun sah bercerai pada Mei 2020. Hasil daripada perkahwinan tersebut, Sakinah mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha. Pada penghujung 2020, Sakinah mendirikan rumah tangga bersama Michael Hansen namun berpisah pada penghujung tahun 2022.
|
PejuangBerani replied at 1-8-2024 06:30 AM
rambut asal sheols ke tu..ikut genetik sapee
bedahmenjuyah replied at 1-8-2024 02:48 PM
Comel. So apa gosipnya?
Minami2013 replied at 1-8-2024 02:49 PM
Kenapa jalan mcm malas je.. selalu catwalk kemain budak2 pun pandai lenggang lengguk.
Prickford replied at 1-8-2024 02:37 PM
Ikut genetik belah mak dia ltu. Makcik2 dia kan curly2 rambut. Shira zaman mendonia anak dara tu k ...
ADVERTISEMENT