CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Noorkhiriah Tegur Wanita Berhijab, Jangan Gantung Gambar ‘Free Hair’ Di Ruang Tamu - "Kitakan Saudara Nak Masuk Syurga Sesama"

1-8-2024 02:51 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14015| Komen: 14



Pelakon Noorkhiriah memberi teguran kepada wanita yang sudah menutup aurat untuk tidak mempamerkan gambar tidak berhijab mereka di ruangan terbuka rumah.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Noorkhiriah berkata, gambar tidak menutup aurat tersebut sebaiknya disimpan atau diletakkan di tempat di mana tiada orang boleh melihat.

"Kepada sesiapa yang dah bertudung jika boleh dekat ruang tamu ke mana ke dalam rumah simpanlah mana gambar kita yang masih belum bertudung."

Letak dalam bilik cukuplah sekadar kita memandang. Dekat ruang tamu ke mana yang terbuka boleh saja letak gambar tapi jika boleh biarlah yang dah menutup aurat.

Pesannya, wanita-wanita perlu lebih berwaspada untuk mengelakkan bukan mahram daripada melihat aurat mereka.

"Walaupun kadang yang datang hanya jiran sebelah rumah sepuluh kali sekejap datangnya, tapi yang datang bukan dia sorang tapi satu kampung di bawa."


"Kadang kita tak perasan. Maka akak yang tak baik ni berpesan-pesanlah. Kitakan saudara nak masuk syurga sesama."


Sumber : OhBulan



Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 1-8-2024 03:14 PM
tapi gambau akak bersepah kat google zaman mario mariono bros & sindarela ...

Quote mizzmimi 1-8-2024 04:19 PM
Aik.. kulit muka & tangan dah putih2 pink..

Asbab berhijab ke.. ke asbab wudhu?
Quote Cyempaka 1-8-2024 04:22 PM
Aku kadang-kadang kan geli betul dgn ayat retis2 acah terpaling setazah ni.  Maafla..
Quote Olumis 1-8-2024 04:34 PM
Yekerr.. Laaa dah kenapa nak gantung2 gambar. Kalau cam tu bagus tak payah gantung gambar la.
Quote hokeypokey 1-8-2024 04:41 PM
Ko perli sape plak ni
Quote babelina 2-8-2024 11:06 AM
aku ngn dia nie malas la.. beriya jer aku tgk.. memula cam bergincu pn xnk.. skrg ligat pula..
Quote becir 2-8-2024 11:22 AM
ewww
Quote likilu 2-8-2024 11:39 AM
mizzmimi replied at 1-8-2024 04:19 PM
Aik.. kulit muka & tangan dah putih2 pink..

Asbab berhijab ke.. ke asbab wudhu?

Warna makin pudar satgi cair kulit baru tahu

Dia nak tunggu orang pesan jugak kot jgn ubah kejadian jgn buat berbahaya untuk diri sendiri

Pesan kat orang je oandai
Quote Pumpkinhead 2-8-2024 02:38 PM
oh begitu
Quote cruz2 2-8-2024 02:43 PM
Acik tk leh la tgk dia ni mesti terbayang watak dia dlm drama rantaian Nur. Dok bayangkan kat luar set kat kehidupan realiti tu bahasa, attitude dia pon mcm tu, ampunn.
Kira menjadi la dia bwk watak tu
Quote anilanil 2-8-2024 02:50 PM
Terima kasih atas teguran walaupon automatically terbayang fesyen funky dia zaman gelap gelita.
Ntah la. Agak susah ye sebenarnya nak dengar nasihat drpd golongan retis cenggini walaupon kadang2 nasihat tu simple je. Seolah2 mendengar nasihat dari acik perangdina tentang aurat tapi dlm masa yg sama terbayang gambar dlm swimming pool pose ala majalah mangga..hmm
Quote sleepandream 2-8-2024 04:11 PM
rumah atok2 nenek2 je yg duk gantung gambar sendiri dalam rumah ni...
orang skrg pos IG jahhh
Quote royaldanish 2-8-2024 04:56 PM
uihhh buat whitening drip ke??
Quote TomyamPuteh 2-8-2024 07:31 PM
OK je teguran dia tu.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.090839 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top