CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gelagat Ramli MS Mahu ‘Upah’ Nur Izzara RM2k Kalau Sebut ‘Daddy’ Buat Netizen Terhibur

1-8-2024 09:17 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 30202| Komen: 24



Di TikTok, penyanyi Datin Alyah mencuri perhatian apabila memuat naik video suaminya, Datuk Ramli MS yang sedang bermain bersama anak angkat mereka iaitu Nur Izzara.

Menerusi hantaran tersebut, Ramli yang lebih mesra disapa Tok Ram dilihat sedang mengajar Nur Izzara yang baru berusia empat bulan untuk menyebut perkataan ‘daddy’.


Tok Ram kemudiannya ‘menawarkan’ wang tunai sehingga RM2000 buat Nur Izzara sekiranya berjaya menyebut perkataan tersebut.

"Sebut ‘daddy’, cepat nanti daddy bagi RM100 untuk perkataan ‘dad’ dan RM200 untuk perkataan ‘ddy’. Hihihi, dia gelak."

"Sebut cepat, okay baiklah sebut ‘dad’ RM1000, sebut ‘ddy’ RM2000. Oh berusaha ya nak dapatkan RM2000, haha."


Apa yang menghiburkan ialah, pelantun lagu ‘Tak Mungkin Kerna Sayang’ itu turut memberikan respon terhadap tawaran suaminya menerusi ruangan kapsyen.

"Untung zara sebut daddy ja (dapat) RM1000 ke RM2000, kalau Mommy ni sampai sudahlah ha…"

Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya terhibur melihat gaya Tok Ram melayan anak angkatnya itu.

Terdahulu, Alyah mencuri perhatian apabila berkongsi foto ketika majlis cukur jambul dan aqiqah Nur Izzara menerusi Instagram (IG).

Imbas kembali, Alyah dan Ramli atau mesra dengan sapaan Tok Ram mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2013.

Sebelum ini, Alyah memberitahu dia pernah menjalani rawatan IVF sebagai ikhtiar untuk mendapatkan zuriat.



Sumber : Oh Bulan


Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 1-8-2024 09:28 PM
Kalau SG sebut “daddyy” tu dpt dak rm2k tu. Nak sebut byk kali pon ok jahhhhh
Quote Orix 1-8-2024 09:33 PM
SalenaGomez replied at 1-8-2024 09:28 PM
Kalau SG sebut “daddyy” tu dpt dak rm2k tu. Nak sebut byk kali pon ok jahhhhh


Hahaha silap2 tokram kata doposen pun belum tentu hang dapat
Quote delia3003 1-8-2024 10:01 PM
Comel nya baby. Best layan baby umur² camni. Rindu nak main dengan anak buah umur² camni. Harap² ada la rezeki kak ipar dan abang nak tambah anak sorang lagi. Amin.
Quote I.K.A888990 1-8-2024 10:24 PM
ala ala comelnya sayang
cepat je dia besar
Quote SalenaGomez 1-8-2024 10:26 PM
delia3003 replied at 1-8-2024 10:01 PM
Comel nya baby. Best layan baby umur² camni. Rindu nak main dengan anak buah umur² camni. Harap²  ...

Bauu baby pon best
Quote SalenaGomez 1-8-2024 10:27 PM
Orix replied at 1-8-2024 09:33 PM
Hahaha silap2 tokram kata doposen pun belum tentu hang dapat

Hahahhaha x cuba mana nak tau kan
Quote Neno90 1-8-2024 11:00 PM
Comel la hai. Pandai la baby Izzara ni
Quote Cpkay 2-8-2024 11:00 AM
umuu umur Tok ni layan anak setakat camni jelah.. lebih lebih mana maunya..
Quote pocongkiutss 2-8-2024 11:02 AM
Cpkay replied at 2-8-2024 11:00 AM
umuu umur Tok ni layan anak setakat camni jelah.. lebih lebih mana maunya..

Nasib la kaya..upah org je tukar lampin pelbagai

Tp comei gila anak angkat dia nehhh
Quote black_handbag 2-8-2024 11:38 AM
fasa ni best. fasa dia babbling tu, rekodla banyak2. nanti dah besar takde dah semua tu
Quote tulip-rain-2 2-8-2024 11:43 AM
Comelnyaaa.
Quote bedahmenjuyah 2-8-2024 11:46 AM
Baby girl so cute
OT jap - tokram minum spritzer. Rahsia awet muda ke?
Quote Aribaariba 2-8-2024 12:22 PM
Baby : alamak. Nk ckp daddy ke atok ni. Mcm atok je ni. Huwaaaaaa!!!  Confuse!!
Quote aemon 2-8-2024 12:42 PM
tgn tok ram x kedut pn.aku tembak umur dia lebih kurang umur ayah aku.
Quote jihyomelly 2-8-2024 01:22 PM
lagi lawak tgk tinyah upload si kelly azman dtg bawak baju baby..tok ram kata tu kakak buta…
Quote Pumpkinhead 2-8-2024 02:06 PM
comelnya lahaii...kang sebut daddy daddy pengsan plak bapak ko
Quote fattymah 2-8-2024 02:07 PM
Untukla nak.. bapak ko kaya
Quote Cpkay 2-8-2024 03:06 PM
aemon replied at 2-8-2024 12:42 PM
tgn tok ram x kedut pn.aku tembak umur dia lebih kurang umur ayah aku.

tok ram ni jenis jaga makan.. bila makan pun sikit je.. tak sampai suku pun nasi selalunya
Quote Meraki 2-8-2024 07:52 PM
Comeyyyyy

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.203382 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top