CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Olimpik Paris 2024 : Zii Jia tepati ramalan ke suku akhir

1-8-2024 11:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 33012| Komen: 99



Kuala Lumpur: Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia melangkah ke suku akhir Sukan Olimpik Paris 2024, selepas mengatasi pemain tuan rumah, Toma Junior Popov pada aksi 16 terakhir, hari ini.

Berlangsung di Porte de La Chapelle Arena, Zii Jia memerlukan masa 47 minit untuk menewaskan Popov straight set 21-13, 24-22.

Zii Jia, juara Seluruh England 2021, agak santai pada set pertama apabila terus mendahului lawannya sebelum melakar kemenangan.

Namun cerita berbeza di set kedua apabila Popov mempamer saingan cukup sengit namun Zii Jia tenang di hujung permainan sebelum melakar kemenangan mutlak.

Zii Jia sebelum ini muncul juara Kumpulan G selepas melakar kemenangan ke atas pemain ke-70 dunia, Viren Nettasinghe dari Sri Lanka dan pemain Sepanyol Pablo Abian.

Kemenangan ke atas Popov melebarkan rekod bersih Zii Jia apabila memenangi kesemua lima pertemuan antara mereka.


Zii Jia akan bertemu pemain Denmark yang menduduki ranking keempat dunia, Anders Antonsen di suku akhir.


Sumber : Harian Metro

Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 2-8-2024 08:47 AM
Boleh ke ramal2 nih
Quote Pumpkinhead 2-8-2024 02:14 PM
chaiyokkkkkk
Quote akuMNdia 2-8-2024 02:40 PM
next game bila?

Quote manop 2-8-2024 07:59 PM
all the best
Quote orkid_amani 2-8-2024 08:03 PM
LZJ harapan tunggal skg.. PearlyThina & AaronWooiYik dah kandas .last fight utk bronze ja
Quote Olumis 2-8-2024 09:22 PM
Hensem boy tp muka jenis cepat tua
Quote missbigrockstar 2-8-2024 09:57 PM
Edited by missbigrockstar at 3-8-2024 07:55 AM

Aku tak harap sgt dia ni berbanding Pearly/Thinaah, Aaron chia/soo Wooi Yik.
Unless ada miracle dpt lah pingat tak kira
warna dah kira baik moral booster buat LZJ. Tapi kalau LZJ dpt tebus kekecewaan LCW dulu, mmg bonus dan hadiah buat seluruh rakyat Malaysia.
Moga ada pelapis singles, regu, mixed in the making dlm masa 4 tahun for next Olympic.
At least ada back ups.
Anyway aku tak sangka ya Vitidsarn berjaya kalah kan Shi Yuqi straight set. Vitidsarn jarang menang singles tour tapi diam2 ubi sapu World title. Shi Yuqi ni liat and ruthless and siapa dpt tumbangkan dia mmg power.
Anything can happen in badminton. Semua top players favourite dah out.
Benamkan Axelsen, we want new finalists, new Olympic singles champion

Quote sayawifenikmie 2-8-2024 10:09 PM
OK
fasih berbahasa Malaysia
so I support you Zii Jia
semoga mendapat Emas Olimpik
Quote Momohizan 2-8-2024 10:53 PM
All the best, Lee Zii Jia!!!! Gold medal otw harapnya
Quote I.K.A888990 3-8-2024 01:49 AM
world num 1 pun dah kalah lawan player thailand
go go zii jia mcm cerah peluang
Quote MissYouSayang 3-8-2024 02:14 AM
Edited by MissYouSayang at 3-8-2024 03:13 AM

Masa zaman boskur je badminton ni power siakk sampai terkenal ke pelosok dunia....cc @kemaruk
Quote zehra2 3-8-2024 02:27 AM
kot ada rezeki kan zhi jia.. kalo yg seeded semua dah terkandas
Quote haruslah 3-8-2024 02:37 AM
Makin stress jia
Harapan tinggal dia dgn jijoe

Gud news SYQ da kalah
Eksen nau coach dia kan
Quote haruslah 3-8-2024 02:38 AM
1st set menang
2nd leading agak jauh
Jia nampak tenang skrg
Xde celebrate over cam dulu
Quote terma2nkondisi2 3-8-2024 02:45 AM
tamatkan je riwayat antonsen di game kedua ni zii jia
Quote zehra2 3-8-2024 02:52 AM
Alhamdulilah. masuk semi
Quote haruslah 3-8-2024 02:53 AM
LZJ matured dah
Yeayyyy
Quote terma2nkondisi2 3-8-2024 02:54 AM
yeayy.. kamon zii jia.. bagi sampai dpt emas

vitidsarn menanti di separuh akhir
Quote haruslah 3-8-2024 02:55 AM
Kalo axelsen pon kalah, memang yg dapat bye round16 bye2 awal

Lihat semua komen(99)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.411758 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top