CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pilih Harris atau Trump?

1-8-2024 11:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 30954| Komen: 15



Sebenarnya ada beberapa perkara yang menjadikan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengambil keputusan untuk mengundur diri daripada bertanding untuk jawatan berkenaan bagi tempoh baru.

Salah satu daripadanya adalah kemampuan berfikir dan bertindak yang dianggap tidak lagi cekap atau kompeten bagi seorang pemimpin bagi sebuah negara kuasa besar dunia dan ada banyak suara terutama daripada pihak demokratik yang sebenarnya tidak senang dengan keadaan Biden yang dilihat 'kurang berkemampuan.'

Malah, keadaan kesihatan Biden berkenaan turut mengundang pelbagai andaian antaranya keupayaan daya fikir seseorang pemimpin kuasa besar dunia akan tersalah menekan butang atau keputusan untuk melakukan serangan nuklear sehingga ke tahap itu perbincangan serta andaian dilakukan oleh barat.


Jadi, mereka melihat ketidakupayaan ini dan kerancuan pemikiran Biden mungkin akan menjerumuskan AS dan dunia dalam kancah perperangan nuklear.


Jadi, sebab itu suara yang mendesak untuk beliau mengundur diri itu sangat kuat terutama daripada dalam parti demokratik itu sendiri sehingga akhirnya beliau mengambil keputusan mengundur diri.


Keduanya, kita dapat lihat Biden berbeza ketika beliau memenangi pilihan raya pada 2020 mengalahkan Trump. Pada ketika itu, beliau mendapat sokongan 57 peratus berbanding Trump dan perbezaan empat juta undian yang lebih kepada Biden itu sebenarnya dianggap tidak cukup kuat, tetapi sekurang-kurangnya adalah satu kemenangan.

Tetapi, dalam kajian terbaru yang dijalankan menunjukkan populariti Biden menurun kepada 47 peratus dan Trump meningkat kepada 51 peratus.

Ditambah pula dengan jumlah pengundi muda yang dilihat bakal mengundi dalam pilihan raya presiden pada November depan berjumlah sekitar 16 juta serta kadar kematian rata-rata golongan tua yang direkodkan dalam empat tahun terakhir ini sekitar 12 juta. Maka, di sini menunjukkan Biden mempunyai masalah besar kekalkan kemenangan beliau dan berkemungkinan besar beliau kalah dalam pilihan raya presiden akan datang.

Jadi, disebabkan itu beliau juga mengambil kira perkara ini dan melepaskan diri daripada bertanding pilihan raya presiden yang akan datang dan juga dengan cara ini membuka laluan kepada orang lain.

Ketiga, saya boleh katakan peluang ini akan diambil oleh beberapa nama, beberapa tokoh yang dilihat mempunyai peluang bertanding pilihan raya presiden yang akan datang. Satu adalah Kamala Harris yang hari ini mengambil kedudukan sebagai orang nombor satu di AS menanti pilihan raya yang akan datang ini. Pada masa sama, ada beberapa tokoh lagi selain Trump adalah Dean Philips, Randall Terry, Marianne Williamson termasuk Robert F Kennedy Jr.

Dijangka pada Ogos ini akan ada pemilihan untuk Parti Republikan dan pada ketika ini akan dilihat siapa yang bakal menggantikan Biden untuk sebagai calon presiden.

Pada ketika ini, Harris dilihat mempunyai momentum yang bagus, tetapi segalanya mungkin terutama pada perlumbaan di saat akhir kerana kita dapat lihat Harris itu adalah jika beliau berjaya menjadi presiden AS, beliau adalah wanita pertama dalam sejarah Amerika yang menjadi presiden dan yang keduanya beliau dianggap sebagai colored woman ataupun yang bukan berkulit putih.

Ini pastinya satu pengalaman dan satu cabaran yang cukup besar terutama sekali kepada warga Amerika untuk membuat keputusan sedemikian rupa, malah bagi Parti Republikan sendiri itu mereka harus bersedia untuk menerima kenyataan ini dan saya fikir ini antara cabaran yang akan diambil kira sebelum mereka menetapkan siapa yang akan menggantikan Biden untuk pilihan raya presiden pada November depan.

Seterusnya, kita juga lihat bahawa dasar, apabila Harris menjadi pemangku kepada presiden pada hari ini adalah dasar luar beliau yang kita faham sebenarnya rata-rata presiden AS ataupun calon bagi mana-mana parlimen ataupun kawasan konstitusi yang mereka wakili itu - tidak dapat lari daripada menyokong Israel dan Harris kita dapat lihat nada sebenarnya adalah senada dan seirama dengan Biden.

AS yang kita tahu sejak dahulu sebenarnya amat menyokong Israel, malah dalam peperangan antara Ukraine dan Rusia juga jelas mereka menyokong Ukraine dalam persidangan di Switzerland baru-baru ini tanpa kehadiran Rusia.

Jadi, ini jelas menunjukkan beliau mempunyai dasar luar ataupun polisi luar yang sebenarnya sama dengan mana-mana pemimpin AS dan semuanya pro kepada zionis Israel dan menentang kepada Palestin, menentang kepada China, menentang kepada Rusia dan saya tidak fikir banyak perubahan apabila beliau menjawat jawatan itu.

Untuk calon presiden, Donald Trump pula akan memainkan naratif victimized bahawa beliau mangsa kepada politik kebencian politik ganas, politik yang tidak bertamadun terutama sekali dengan cubaan untuk membunuh beliau.

Jadi, naratif itu akan dimainkan sebaik mungkin ditambah pula dengan imej, beberapa foto yang kita lihat menunjukkan imej beliau sebagai seorang pejuang, sebagai seorang hero, sebagai seorang tokoh yang cukup hebat mempertahankan demokrasi dan kemanusiaan serta hak kepada masyarakat di AS.

Jika Trump dapat memenangi kerusi Presiden AS pada pilihan yang akan datang, beliau akan menjadi satu presiden yang boleh memberikan sedikit hubungan yang baik di antara AS dan China tidak seperti zaman Biden, tetapi pada masa sama beliau akan terus menyokong Israel dan kita perlu ingat bahawa Trump yang bertanggungjawab memindahkan kedutaan AS daripada Tel Aviv ke Jerusalem.


Penulis Pensyarah Perhubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-Undang, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)



Sumber : Harian Metro

Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jejai 1-8-2024 11:49 PM
siapa pun naik tak ada beza ikut rekod semua sama anti islam
Quote Itzy 2-8-2024 01:38 AM
Kalau aku pilih betina ni sebab lebih selamat dan si trump ni memang menantu dia yahudi zionist pun dan trump memang penyokong kuat si rewel zionist.
Quote clueless_gamer 2-8-2024 02:26 AM
diorang selagi tak pro belah sana, mmg tak akan dapat jadi president.. tu tahap cengkaman deep state kat sana.. tp kita ni ada juga, tp takdelah berkiblat belah sana yg dok pegang politician kita
Quote sayurmayur88 2-8-2024 07:36 AM
mana2 pon sama..
Quote manop 2-8-2024 08:05 AM
same ol' same ol' negara yg jadi boneka yahudi
Quote damian_lee 2-8-2024 08:12 AM
trum

xyahlah feeling2 si side hoe yindian feeling black american ni xkan sokong yisrael
apa ke naif pemikiran mcm tu
Quote pooh~key 2-8-2024 11:57 AM
Akak pilih trump sissy. Seriously sissy.
Quote AbukRokok 2-8-2024 02:23 PM
Trump sebab nk tgk huru hara di amerika selama 4 tahun konservatif vs liberal woke yang naik gila
Quote Fly_over 2-8-2024 02:29 PM
tak pilih, nak teka. masa lawan bidin iols rasa trump menang. tukau kemala iols rasa kemala menang. masa bidin ritu pyokong democrat pn x yakin nk vote bidin.
Quote apalancut 2-8-2024 02:52 PM
sama jer.. masa si Rishi Sunak naik jadi PM UK semua orang macam kagum.. last2 support nateyahudi.
Quote mojarean_X 2-8-2024 03:00 PM
Iols pilih Trump sbb nk tgk Melania ngan Barron
Quote mojarean_X 2-8-2024 03:01 PM
pooh~key replied at 2-8-2024 11:57 AM
Akak pilih trump sissy. Seriously sissy.

Yeahh akak pooh sama team ngan saya. Semoga Trump menang. X sabar nk tgk baju2 Melania pki nanti ngan anak bujang dia Barron tu
Quote arnauld 2-8-2024 05:08 PM
Last time bidin mng pun scam dia org akan scam dgn lebih canggih lagi. Kamaladevi yakin mng
Quote Tinot7 2-8-2024 05:47 PM
mojarean_X replied at 2-8-2024 03:01 PM
Yeahh akak pooh sama team ngan saya. Semoga Trump menang. X sabar nk tgk baju2 Melania pki nanti n ...

Melania bekas model kan.. so mmg la kena fashionable
Quote Meraki 2-8-2024 07:50 PM
Dua2 tak layak tp nak trump menang

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.183746 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top