Seremban: Remaja perempuan berusia 17 tahun yang menghilangkan diri dari rumah keluarganya di Taman College Heights, di sini, awal pagi semalam, dilaporkan berada dalam keadaan selamat di Kelantan. Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, keluarga pelajar Tingkatan Lima itu sudah dimaklumkan dan diminta untuk menjemputnya. "Seorang remaja perempuan yang dilaporkan melarikan diri dari rumah di daerah ini semalam sudah ditemukan hari ini di Kubang Kerian, Kelantan. "Mangsa ditemukan dalam keadaan baik di rumah keluarga kenalannya dan dihantar ke Balai Polis Kubang Kerian untuk dijemput pulang oleh ahli keluarga dari Seremban. "Sebelum ini mangsa dikatakan hilang dari rumah keluarganya di Sikamat, sekitar 6 pagi sebelum polis menerima maklumat kehilangannya pada 7.10 pagi," katanya. Harian Metro sebelum ini melaporkan, Nur Farah Diana Mohd Erwadi, 17, dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di kediaman keluarga oleh ibunya.
Sumber : Harian Metro Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
gigahertz replied at 1-8-2024 11:35 PM
Dalam dalam takde air tu sempat juga bawa lari anak dara orang ya.
pocongkiutss: Kena tgk juga..tah2 budak ni yg larikan diri naik bas pi pata timo Ya ya jah org hilang sbb satanic ritual khen
pocongkiutss replied at 1-8-2024 03:42 PM
Kena tgk juga..tah2 budak ni yg larikan diri naik bas pi pata timo
Ya ya jah org hilang sbb sa ...
pocongkiutss replied at 1-8-2024 11:42 PM
Kena tgk juga..tah2 budak ni yg larikan diri naik bas pi pata timo
Ya ya jah org hilang sbb sa ...
Ayda89 replied at 2-8-2024 12:21 AM
Kahwinkan jela kalau dah gatal merenyam ikut jantan ke lari rumah jantan ni. Menyusahkan orang 1 hal ...
sukacactus replied at 1-8-2024 11:46 PM
Dah fr 5 tu bw2 la study nak oiii!!
Ni org jantan pulak ko nak jadikan kajian
ADVERTISEMENT