CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nazatul mahu 'lawan' Puteri Sarah di mahkamah - "Fitnah yang dilemparkan Puteri Sarah menjejaskan imej dan maruah saya"

2-8-2024 08:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 35011| Komen: 172



Bekas pekerja kepada pelakon, Puteri Sarah Liyana iaitu Nazatul Nazira tidak mahu menyelesaikan isu membabitkan mereka malah mendedahkan dia sudah memfailkan saman balas ke atas pelakon itu pada Jun lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Nazatul berkata, dia nekad dengan keputusan itu bagi membersihkan nama dan imej yang terjejas disebabkan fitnah yang dilemparkan terhadapnya.

"Pihak saya turut memfailkan saman fitnah terhadap Puteri Sarah. Saya rasa, kita teruskan di mahkamah.

"Saya nekad untuk teruskan kes ini kerana ingin membersihkan nama dan menuntut hak saya.

"Fitnah yang dilemparkan Puteri Sarah menjejaskan imej dan maruah saya. Jadi, saya ingin berjuang untuk keadilan saya," katanya kepada Harian Metro.



Nazatul ditemui sebaik saja selesai proses mediasi antara dia dan Puteri Sarah yang diadakan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Sementara itu, peguam mewakili Nazatul iaitu Aryssa Arynna berkata, pihaknya tidak dapat mengulas lebih lanjut mengenai proses mediasi yang dijalankan antara kedua-dua pihak.

"Buat masa sekarang pihak kami tidak boleh beritahu apa-apa lagi. Sekarang ini masih dalam perbincangan dan akan ada satu lagi mediasi. Belum ada kata sepakat lagi sehingga kini.

"Masih terlalu awal untuk bercakap. Pihak kami juga ada buat tuntutan balas pada Jun lalu," katanya.

Terdahulu, pada Februari lalu Puteri Sarah memberitahu bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Nazatul dengan jumlah saman sebanyak RM1 juta.

Sarah mengambil tindakan selepas mendakwa Nazatul mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya. Turut disenarikan lima bukti kenyataan dimuatnaik Nazatul,

Antara tuduhan tersebut termasuklah mengambil dadah, menggelarkannya bodoh sombong dan menganggap diri sebagai rakan kongsi.

Selain itu, Sarah didakwa menyara individu bernama Andy dan seorang ketua yang tidak bertanggungjawab terhadap pekerja-pekerjanya.



Sumber : Harian Metro










Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 2-8-2024 08:52 AM
Iols hanya mampu beli popcorn untuk lihat drama bersambung2 ni
Quote noor2 2-8-2024 08:55 AM
IK dan samsol tersenyum sinis...
Quote Bubbleguppy 2-8-2024 08:57 AM
Wow..tak sabar nak tgk drama saman menyaman ni
Quote freesia71 2-8-2024 09:00 AM
Edited by freesia71 at 2-8-2024 09:09 AM

Tgk interview sarah, asik ckp saya tenang. Tapi aku rasa cam penat jek naik turun mahkamah ni, dgn berhabis duit lagi.
Quote syamzana 2-8-2024 09:19 AM
bila kejadian fitnah menfitnah neh???
kat mana depa saling memfitnah? mohon tepek. dua2 keras gigih nak naik court perabes duit
Quote Madel 2-8-2024 09:24 AM
Menarik drama ni.
Sebab PS ni yg lantang asik nak menyaman orng, tapi awat bila dah naik court nak bermediasi pulak.
Nko kan serba betul PS..tak yh la bermediasi2 ni
proceed terus je la
kahkahkah
Quote watachiwa 2-8-2024 09:31 AM
pihak PS kan yg mohon proses mediasi ni?
ko menyaman org ko ajak bincg plak?
lps tu org kene saman, saman balik. haaa elok la gi court ade sikit bahan2 nak di up oleh reputz nanti
Quote songket_merah 2-8-2024 09:33 AM
perempuan NN ni founder produk ape entah dekat FB, ala ala ade bisnes, ade
jual foundation, pastu produk safiy elias nama perlaking, eskayvie. dalam fb kemain asyik tayang segak, tengok gambar kat sini biasa je. tak tahu plak
dia jadi pembantu PS ni ye.
Quote pocongkiutss 2-8-2024 09:44 AM
Kau pun najatul..ckp org tu hisap dadah

Kalau takde bukti..acano tu?

Kalau hisap rokok tu aiols percaya jah

Pehtu background kao pun founder produk sampah, jual produk sampah..sama jah level kao dgn pee assss
Quote Sendawg 2-8-2024 10:14 AM
Hohohohohoho looking forward to this. Hope Nazatul can spill the tea, especially on PS' sundal side.
Quote KamikuP 2-8-2024 10:22 AM
See.. i told you already yg PS ni hidop perpaksikan saman menyaman utk kelangsungan hidop sheollss.. tak gitu? ekekekeke
Quote swateng1 2-8-2024 10:43 AM
lawan lawan.. asyik dia jee nak saman org.. sekali sekala nk tgk jugak PS ni betul ke salah
Quote tulip-rain-2 2-8-2024 10:55 AM
Bolehlah PS pakai mcm2 baju nnti gi mahkamah. Kan dia kata dia gi mahkamah dah mcm buat fashion show kat sana
Quote piahsemah 2-8-2024 10:55 AM
songket_merah replied at 2-8-2024 09:33 AM
perempuan NN ni founder produk ape entah dekat FB, ala ala ade bisnes, ade
jual foundation, pastu pr ...

Bnyk product kan dia bisnes
Orang kampung paklah dia ni

Bisnes timbang kilo juka ka uols Nn ni??
Quote milafida 2-8-2024 10:59 AM
PS ni duk pok pek pok pek kat medsoc . Klu org Budak tu mmg mmn duit ko diam2 pi buat report la . Ni duk nk publish kat medsoc kan dah melarat
Quote pocongkiutss 2-8-2024 11:01 AM
piahsemah replied at 2-8-2024 10:55 AM
Bnyk product kan dia bisnes
Orang kampung paklah dia ni


Kalau dh FOUNDER tu..timbang kilo la jah
Quote piahsemah 2-8-2024 11:07 AM
pocongkiutss replied at 2-8-2024 11:01 AM
Kalau dh FOUNDER tu..timbang kilo la jah

Ouch..ampunkan jah
Kawan iols kenal Nn ni,satu sekolah
Nnt kiter korek2 kot ada yg hots
Quote msdummy.2018 2-8-2024 11:25 AM
Ahaks..masa dia dlm fasa cerai xdpt2...kehmain sma ckp aku nih penyokong penyondol..just sb aku ckp dia xclassy..nk pung pang buka sma pekung di dada...skang ko tgklah prgi dia sndr....time shuringai tuh pndi plak korang suruh dia snyp...(nih masa mula dia kena pukul)..skang rmi uturn dah?

Aku dh ckp..nk cerai, cerai jee diam2..ckplah ahli korga ko jer tau apa punca..xpyh nk pungpang atas media soc xbaliklah, xdpt nafkahlah...kot nk londeh, pun londeh dlm mahkamah jerrrr..kalo berita out juga mksdnya wartawanlah p bocor...org lain elok jer cerai2 aman2 .....masyrakat pun fhmlah jodoh tuh ada pendek ada panjang...

Samalah mcm bella 2.0..dh tau laki hauk stilll nk in togetherrr....
Quote September14 2-8-2024 11:36 AM
Sarah ni mulut dia mmg laser kan

Tp kes ni sapa yg mula dlu? Ex staff kah yg tiba2 kutuk sarah… so sarah nk saman so btullah kan tindakan sarah… yg ko nak kutuk2 ex bos tu knapa?

Lihat semua komen(172)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.349101 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top