CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Tak Tahulah Kenapa Mereka ‘Berselera’ Sangat Dengan Saya" - Ara Johari Stress Selalu Terima Mesej Lucah Daripada Orang Lelaki

2-8-2024 08:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 22393| Komen: 56




Penyanyi Ara Johari memberitahu walaupun dia gemar potongan rambut pendek dan gaya tomboi, namun mengakui tidak pernah menerima mesej (DM) tidak senonoh daripada wanita dalam media sosial.

Walau bagaimanapun, Ara atau nama lengkapnya Nurfarrah Izatie Johari, 27, berkata, dia kerap menerima mesej berunsur lucah daripada peminat lelaki sejak beberapa tahun lalu.

Jelas Ara, situasi itu secara tidak langsung mengakibatkan dia berasa tertekan dan mengambil pendekatan untuk membiarkan saja komen-komen tersebut.

“Masa saya berpenampilan kasar dahulu pun memang ada mendapat mesej tidak senonoh daripada lelaki. Tidak tahu mengapa mereka berselera dengan saya.

“Saya rasa stres bila selalu dapat mesej begitu. Apabila dapat mesej seperti itu saya buat tidak tahu dan abaikan saja.

“Semua mesej yang saya terima daripada lelaki, tidak pernah dapat daripada wanita, tetapi tidak tahu jika mereka menggunakan akaun palsu atau bagaimana,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran lagu Menjaga Jodoh Orang Lain di sini hari ini.




Namun, Ara tidak menolak komen yang diterima daripada wanita kebanyakan memuji penampilannya yang kini lebih feminin.

“Saya tidak pernah dapat mesej bukan-bukan daripada mereka (peminat wanita), tetapi rata-rata memuji penampilan saya,” katanya.

Ara juga masih trauma dengan insiden tangannya dicium seorang lelaki selepas membuat persembahan di Nilai, Negeri Sembilan pada tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Ara yang kini tampil dengan lagu baharu bertajuk Menjaga Jodoh Orang Lain yang mendapat sentuhan daripada komposer Indonesia, Ilham Baso.

 

Sumber : HIBGLAM








Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 2-8-2024 08:44 AM
Kalau tengku jo cium tangan ko okay tak?
Quote Lulu_717 2-8-2024 09:40 AM
Lelaki betul ke lelaki jadian?
Quote KamikuP 2-8-2024 10:16 AM
oKlah apa apelah dek Ara oii aka wanita berwajah Achey.. ekekeke
Quote princessmiang 2-8-2024 10:17 AM
Ke ko indirectly nak ckp ko cat dingding
Quote babelina 2-8-2024 10:58 AM
bagai kn ko straight ye.. ayat2 coverina ke nie.. hahaha..
Quote supernaturalee 2-8-2024 11:09 AM
ye lah tuuuuuuuuuuu


Quote sharlenetexas 2-8-2024 02:00 PM
Kalau dari perempuan pulak?


Quote Ytee 2-8-2024 03:01 PM
oh baru 27 ke
Quote awenda507 2-8-2024 03:25 PM
Aura lesbo terlalu memanchorrrr[em:7:]
Quote akido_kido 2-8-2024 04:17 PM
princessmiang: Ke ko indirectly nak ckp ko ca ...


Cat dinding apa sis
Quote hokeypokey 2-8-2024 04:42 PM
Lesbo muka camni ok, kalau mcm enot tu… errr
Quote kaedahnya 2-8-2024 05:04 PM
ko buat macam siapa tah tu, umpan jejantan gatal tu, pastu bila depa datang, ko upah orang tunggu sana utk pukul or ugut mintak duit (ni aku baca online je, betul ke tak MO dia macam ni wallahualam)
Quote Skyline_84 2-8-2024 05:47 PM
ara ni nk highlight dia tu geng cat dinding ke huhu
Quote bolamata 2-8-2024 05:49 PM
ko perempuan dik sebab tu lelaki yang mesej.. apa punya statement la budak ni..
Quote epullipan 2-8-2024 06:11 PM
normal la laki mesej pompuan lucah hahahaha.
Quote Momohizan 2-8-2024 06:44 PM
babelina replied at 2-8-2024 10:58 AM
bagai kn ko straight ye.. ayat2 coverina ke nie.. hahaha..

Coverina sungguh. Macam la kita2 tak nampak dia keluar makan2 dengan siapa lol
Quote Moyangkucing 2-8-2024 07:32 PM
Skyline_84 replied at 2-8-2024 05:47 PM
ara ni nk highlight dia tu geng cat dinding ke huhu

Mahap ya, nak tanya, apa maksud geng cat dinding tu?
Quote asfaz 2-8-2024 08:18 PM
Moyangkucing replied at 2-8-2024 07:32 PM
Mahap ya, nak tanya, apa maksud geng cat dinding tu?

Lesbi
Quote asfaz 2-8-2024 08:19 PM
epullipan replied at 2-8-2024 06:11 PM
normal la laki mesej pompuan lucah hahahaha.

Yg tak normal sama jantina bermesej lucah

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.036537 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top