CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Aku Sayang Dia (Anjing) Sebab Jaga Kami Tetapi Kau (Netizen) Sibuk Nak Haramkan Macam Tiada Otak” – Ben Amir

2-8-2024 10:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15773| Komen: 23



Baru-baru ini pelakon Ben Amir dikecam teruk oleh netizen gara-gara memuat naik gambarnya memeluk seekor anjing di Instagram.

Tidak berdiam diri, Ben atau Muhammad Amir Sabaruddin, 34, menjelaskan anjing tersebut merupakan haiwan yang menjaganya sepanjang perjalanannya mendaki ke Everest Base Camp (EBC), Nepal.

Ben berkata anjing tersebut menjaga mereka daripada binatang buas seperti harimau kumbang.


“Di sini ada snow leopard (harimau bintang) tahu tak? Aku sayang dia sebab jaga kami tetapi kau (netizen) sibuk nak haramkan macam tiada otak,”

“Kepada yang tidak tahu apa itu snow leopard, kalau dia baham, selamat jalanlah ke alam lain.

“Anjing ini menemani kami sejak hari pertama. Melindungi dan bantu bagi memastikan setiap laluan selamat daripada haiwan pemangsa. Kalau anda tak suka anjing kita tidak boleh berkawan,” tulisnya.

Terdahulu, Ben pada Isnin lalu memberitahu dia bakal mendaki ke Everest Base Camp yang pernah ditawan beberapa selebriti lain seperti Azhan Rani dan Neves Pretty Ugly. 
 

Sumber : Rotikaya, Hibglam








Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dewimalam78 2-8-2024 10:30 AM
Dah tau netizen ni sensitif, hadap la cercaan diorang.
Jangan panas2 la.
Quote bulalof 2-8-2024 10:35 AM
pondan lorong la lu ben apa? bengla?
Quote Cayn 2-8-2024 10:41 AM
aku naik ABC pun ada je anjing teman kami tapi tak de la sampai nak pegang peluk. Anjing tu pun tau keep distance. Dasar penunggang anjing
Quote jebatmaspunyer 2-8-2024 11:34 AM
Tak habis lg ke cerita culture shock mamat ni? Tak kan terhutang budi dengan anjing, hukum hakam tolak tepi?

Bagi makan, layan elok2 sudah lah kat anjing tu.. Tak perlu nk gosok, peluk bagai. Jangan nak tunjuk culture shock sangat. Malu weyy.
Quote Beribear 2-8-2024 11:34 AM
Okaylah² lepasni pegang babi pulak tau
Quote Perawankota 2-8-2024 11:53 AM
Aku pon pernah je bergambar dgn anjing. Tapi x der pon nak sentuh bagai..
Quote Aribaariba 2-8-2024 12:17 PM
Tuhan kau la yg haramkan utk sentuh tanpa sebab terdesak. Biadap betol. Kau syg anjing tu xdehal tp anytime Tuhan kau blh ambik nyawa kau dan anjing tu. So, ikut je la rules jgn pegang.  Nk biadap pun, simpan dlm rumah sendiri dgn family.  Jgn public show it
Quote Aribaariba 2-8-2024 12:19 PM
Jgn lupa makan babi ye klu terdesak dlm adventure. Harus dan dibenarkan klu terdesak. Well, ko sure x rasa susah nk mkn, alang2 happily peluk anjing
Quote Binodino 2-8-2024 12:20 PM
Ok noted.
Quote ngek 2-8-2024 12:41 PM
udah dlm islam kata haram. netijen pulak yg di salahnye. sape yg xde otak skrg ni?? klu camni pun masih ada netijen yg minat kat die ni xtau lah nk kata ape
Quote sharlenetexas 2-8-2024 01:58 PM
Tak sangka heols ni kaki sentap. Ingatkan urban sangat. Blockout terus!


Quote Ytee 2-8-2024 02:59 PM
teguran sesama muslim..jgn la sentap
Quote Carcosa 2-8-2024 04:12 PM
Kenapaaaaa lah kau pegi upload. Mmgla org hentam. Kalau ko betul2 sayang anjing tu, ko simpan ajela gambar2 tu buat kenangan ko.
Aku pegi Phuket, duduk Airbnb rumah. So byk anjing2 liar. Anak aku sebok nak feed anjing2 ni, sian katanya. Aku layankan ajelah. Sbg rakyat marhaen yg hina dina, idok ller plk aku upload gambar2 tu. Kang dihencapnya kwn2 aku, haram haram katanya.
Cubalah jadi retis tu ceghedik sikit. Simpan kat Dropbox je udah ller. Haih, Ujung2 sendiri sentap bijik.
Quote I.K.A888990 2-8-2024 04:16 PM
si jep ni dah kenapa eh
poyo dan sentap ya amat sgt ni
kau tayang so hadap la
main2 dgn hukum pulak
Quote Rogue98 2-8-2024 04:18 PM
Biar lah dia...maybe dia jenis yg tak jaga solat.
Tapi kelakar ..anjing dia gigih nak tunjuk...awek dia sorok pulak. I see no difference..
Quote TomyamPuteh 2-8-2024 07:32 PM
Benjing
Quote ctnorpropa 2-8-2024 07:40 PM
Benang dah ada kot. Tt ni tertinggal train kah ?
Quote Meraki 2-8-2024 08:25 PM
Senyap2 dahla.benda haram ttp haram.beria nak tyg semua
Quote JunkMail 2-8-2024 08:34 PM
Snow leopard apa lanchh....macam kau sorang je pernah naik EBC tu. Snow leopard tu kau ingat nak muncul kat trek orang lalu lalang..mana mau nyaaaa...nak jumpa pun susah..mampos kena trek naik atassss samun tunggu lama .. ada rezeki baru nampak dikkk... Lancau lahhh bahaya ada snow leopard konon ..puikkk

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.039252 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top