CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kes Hafidz Roshdi Didakwa Pukul Bekas Isteri Ditarik Balik, Mahkamah Tetap Sebutan Semula Pada 13 Ogos Ini

2-8-2024 03:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12148| Komen: 82



Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu menetapkan 13 Ogos ini bagi sebutan semula kes pelakon Hafidz Roshdi yang didakwa mencederakan bekas isterinya pada Mac lalu.

Memetik laporan Berita Harian, Timbalan Pendakwa Raya, Asmaa’ Zamri memaklumkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza yang bertindak sebagai majistret bahawa pihaknya masih belum menerima arahan lanjut isu penarikan laporan polis oleh Nurul Shuhada Mat Shukri.

Kami belum menerima arahan baharu mengenai kes ini susulan pengadu sudah menarik balik laporannya.

Dalam pada itu, Asmaa’ memohon tempoh dua minggu lagi untuk merujuk arahan terbaru.

Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Hafidz Roshdi berkata pihaknya tiada bantahan mengenai permohonan itu.

Kita mengesahkan belum ada arahan terbaru mengenai kes ini justeru, tempoh dua minggu yang dimohon adalah munasabah dan harap ini adalah yang terakhir.


Pada 13 Mac 2023, Hafidz mengaku tidak bersalah atas tuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya ketika itu, Nurul Shuhada dengan menumbuk pipi kiri wanita itu sebanyak tiga kali sehingga luka, lebam dan bengkak.

Pelakon tersebut dituduh melakukan perbuatan berkenaan berhampiran susur keluar Tol Sungai Buaya di sini pada jam 3.22 pagi, 2 Mac tahun lalu.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum bagi sabitan di bawah Seksyen 323.

Untuk info, Kedua-dua mereka mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 namun mereka bercerai pada 27 Julai tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata, Humairah, 7, dan Umar, 4.


Pada 15 Disember lalu, Hafidz kemudian berkahwin dengan Athira Yuhada di Glenmarie, Shah Alam.


Sumber : Berita Harian








Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akido_kido 2-8-2024 04:22 PM
Bila nak habis lah rasa dah lama sangat dah kes dorng ni
Quote lucky_peace 2-8-2024 04:58 PM
Igtkan dah ditarik balik tu dah settle, tapi ada juga sebutan semula. X faham, sesiapa dlm bidang undang2 blh terangkan?
Quote melekaifc 2-8-2024 05:10 PM
ngai dah bersenang lenang migrate ke aussie kabonya
Quote jihyomelly 2-8-2024 05:13 PM
tak abih lagi ke…lama nau satu satu satu tak abih abih
Quote Meraki 2-8-2024 07:38 PM
Bila nk abisla kes depa ni
Quote asfaz 2-8-2024 08:17 PM
Naik berdarah mata tgk iklan keti
Quote moolanji 2-8-2024 08:19 PM
Semoga si pelaku ni beri kerjasama dan mengaku terus jer.. tak payah drag2 kes ni lama sangat dah. Kesian bekas dia tu nak hidup tenang pun tak boleh..
Quote KantoiLagi 3-8-2024 12:35 AM
Oh ada thread ni ye.
Begitulah nampaknya. Kena akur dengan prosedur. Semoga 13 Aug ni ada sinar baru buat kes ini demi meneruskan kehidupan masing2
Quote Fairypopcone 3-8-2024 02:32 AM
asfaz replied at 2-8-2024 08:17 PM
Naik berdarah mata tgk iklan keti

Haha. Anggap lah tu peringatan kita semua jgn lupa bersihkn ketiak..
Quote BlackpingU 3-8-2024 04:29 AM
melekaifc replied at 2-8-2024 05:10 PM
ngai dah bersenang lenang migrate ke aussie kabonya

Petik buah ke basuh pinggan? Pekung dah terbukak cabut lari lah apa lagi
Quote KantoiLagi 3-8-2024 09:13 AM
Urmm buat tindakan tak guna otak
Quote KantoiLagi 3-8-2024 09:15 AM
BlackpingU replied at 3-8-2024 04:29 AM
Petik buah ke basuh pinggan? Pekung dah terbukak cabut lari lah apa lagi

Kalau betul, mmg mencari masalah baru lah minah ni. Tak habis2 nak cipta kontroversi. Buatlah perangai pelik2 kat negara orang plak Shu oii
Quote ct_earn 3-8-2024 09:26 AM
Semoga kes ni dpt closure dgn cepat.. Lepas tu, semoga semua pihak dapat move on dgn kehidupan yg lebih tenang..
Quote sambaldurian 3-8-2024 09:39 PM
melekaifc: ngai dah bersenang lenang migr ...

Aik lepas lak g Aussie, kata org Aussie ni antara yg leceh imi dia. Anak2 dia x school ke, dia pun kerja apa. Bnyk pulak duit dlm akaun bank dia.
Quote missHaidiD 4-8-2024 12:36 AM
Harap kaka happy gembira dpt mencemar dulu kt sini bg penjelasan mengenai kes ni.  

Td baca kt benang sblh kes ni.sb DPP belum sahkan/ sign  je yg ngai tutup kes tnpa paksaan.  

Aku mls nk scroll komen utk paste sini
Quote missHaidiD 4-8-2024 12:36 AM
Ngai ni muka makcik2 sgt
Quote HappyGumbira 4-8-2024 12:57 AM
Ngai dah comfirm tarik report. DPP/io dah siasat pengesahan tarik report ngai so sekarang tunggu bos kepada DPP kuala kubu iaitu Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor bagi kata putus nak tarik kes or nak teruskan. Since baru ni belum ada jawapan dari pengarah, kena fix tarikh baru. Dengan harapan masa tarikh baru nanti dah ada kata putus dari pengarah
Quote sok_suci 4-8-2024 03:26 AM
Akan muncul kembali scene ekspresi muka blurr mata terkatir-katir depan kamera ????
Quote akuman1981 4-8-2024 09:14 AM
klau kt korea si hafiz ni dh lama kna cancel
tpi kita kt msia ni rmai akak2 mkck2 pemaaf kasi peluang siap melodi terjah ala gurau2 menerima mamat ensem bertobat

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.050334 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top