MALANG tidak berbau bermaksud kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa tak kira tempat dan siapa pun mangsanya. Apabila berlakunya kebakaran di rumah, tentunya kita akan menggelabah dan hilang kawalan kerana terkejut. Malah, dalam sesetengah kes, kediaman mangsa hangus dijilat api tatkala menunggu bantuan daripada pasukan bomba. Sebagai langkah pencegahan awal, anda sebenarnya boleh berusaha untuk memadamkan kebakaran dengan cara yang mudah. Menurut perkongsian Balai Bomba dan Penyelamat Tunjung di Kota Bharu, Kelantan, anda hanya memerlukan bancuhan air dan cecair pencuci pinggan untuk memadam kebakaran yang berpunca daripada minyak. Menurut anggota dalam video tular itu, bancuhan berkenaan berkesan untuk memadam api dan ia merupakan alternatif kepada alat pemadam kebakaran jenis dry powder. "Sekiranya di rumah tuan-tuan tiada alat pemadam api jenis dry powder, tuan-tuan boleh menggunakan air cuci pinggan. "Dengan menggunakan bancuhannya untuk memadam kebakaran di rumah pada peringkat awal. Kalau tak ada alat pemadam api di rumah, ini cara dia, bancuh dengan air cuci pinggan dan kita padam. "Di rumah tuan-tuan pasti ada pencuci pinggan ini, tak kira jenama apa. Pencuci pinggan (perlu) dibancuh sehingga jadi buih," ujarnya. Menurut anggota berkenaan, memadam kebakaran yang berpunca daripada minyak dengan simbahan air adalah satu tindakan yang tidak patut dilakukan. "Api dari minyak, kalau guna air, ia makin besar. Jangan guna air. Guna bancuhan pencuci pinggan, sekejap saja, dua cebok dah padam," ujarnya lagi. Sumber : MStar Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |