CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Disiplin cucuk insulin dan makan ubat, penyakit kencing manis Ako Mustapha semakin stabil

3-8-2024 12:45 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 41768| Komen: 28



HASIL disiplin mengambil ubat-ubatan serta menjalani gaya hidup sihat, pelakon Ako Mustapha memberitahu penyakit diabetes dihidapinya semakin stabil.

Ako atau Muhaizad Ahmad Mustafa, 52, berkata, berat badannya juga bertambah sebanyak 10 kilogram selepas tubuhnya dilihat kurus kesan daripada penyakit berkenaan yang tidak dikawal dengan baik.

"Alhamdulillah selepas ikut nasihat doktor dan makan ubat-ubatan yang diberikan kesihatan saya semakin stabil.

"Apa doktor suruh buat semua saya ikut. Alhamdulillah berbanding dua tahun lepas, berat badan pun dah bertambah sebanyak 10 kilogram.

"Ramai juga cakap saya nampak lebih 'sihat' berbanding sebelum ini. Alhamdulillah tapi macam risau pula berat naik mendadak pula," katanya kepada mStar.

Dua tahun lalu, Ako pernah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat tiada kandungan insulin di dalam badan.


Ako mengaku ketika itu dia lebih percaya cakap orang sekeliling dan kaedah tradisional yang kononnya dapat menyembuhkan penyakit kencing manis sehingga menyebabkan kesihatannya lebih memburuk.

Ketika itu ramai hampir tidak mengenalinya kerana fizikalnya yang kurus dipercayai kesan diabetes dihidapinya.


Sumber : MStar

Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rayna_raynes 3-8-2024 12:50 AM
Dulu meols taste gila dekat ako ni.
Quote jambatannetizen 3-8-2024 12:52 AM
Cerita apa eh yang dia berlakon tv3 dulu drama intro naik kuda itu. Lupa lama dah. Dgn nasha aziz xsilap. Nostalgia cerita itu.
Quote Diplomat 3-8-2024 02:22 AM
No wonder he looks unhealthy walaupun slim. Diabetic rupanya.
Quote Safirania 3-8-2024 11:15 AM
Hensem gile ako mustapha dulu2
Quote PULANGKAN 3-8-2024 03:33 PM
dulu masa tengok senario the movie pertama, tahun 1999

walaupun watak picisan, entah dialog ade ke takde

Iols dok tekan rewind jugak, nak tengok, sape la si hensem tu. badan dia lak macam fit waktu tu. silap haribulan leh jadi hero malaya
Quote dua_chzy 3-8-2024 03:46 PM
PULANGKAN replied at 3-8-2024 07:33 AM
dulu masa tengok senario the movie pertama, tahun 1999

walaupun watak picisan, entah dialog ade ke  ...

Ako memang hero Malaya la dulu...

Tapi dia jatuh lepas frust menonggeng cinta putus di tengah jalan dengan Jue Aziz (jika tak silap).
Quote Manusiabesa 3-8-2024 03:50 PM
Byk nau rkyt mlysia diebetes.
Kanak2 pun dh ramai kena. Smpai kena visit hspital sllu.mgkin punca dri susu fm, air kotak, jajan2.
Rsau.. baru ni aku jd bisul xtau apa punca.. soklan 1st doc tny ada diebetes tak. Uhukk lju jer aku jwb xda2. Punya la seram dgn diebetes & hbp
Quote cikenit2007 3-8-2024 06:31 PM
Arwah kakak aku dulu minat bethol time Ako jadi hero dulu...around 2005 2006 dulu
Quote black_handbag 3-8-2024 06:45 PM
dulu i minat gile ako masa berlakon dgn umi aida tu. cerita mak pilih kasih. hensem nau dia masa tu. dah tua2 ni tak hensem la ko ye dahla penyakit macam2 yih
Quote yangsemb 3-8-2024 08:02 PM
Dulu-dulu herlokss sangat. Anyhow, yg penting kesihatan diri paling utama.
Quote AkokKocik 3-8-2024 10:08 PM
Memang org yg sakit kencing manis berbadan kurus ehh...ingatkan diorg ni gundu2.
Quote sharlenetexas 3-8-2024 10:20 PM
black_handbag replied at 3-8-2024 06:45 PM
dulu i minat gile ako masa berlakon dgn umi aida tu. cerita mak pilih kasih. hensem nau dia masa tu. ...

Kutub utara kutub selatan tu ke?

Quote sharlenetexas 3-8-2024 10:21 PM
Kalau x silap luke perry diabetes gak kan?

Quote rayna_raynes 4-8-2024 12:06 AM
MollyShannon replied at 3-8-2024 10:21 PM
Teringat drama lakonan ako, nasha, fahrin n elly suriati. Ako suka nasha tp terpaksa beralah dgn fah ...

Dalam hati ada cinta ke?
Eh tu umi aida


Quote Orix 4-8-2024 01:17 AM
Utk umur 53 ako still looking good la pd iols.
Quote sok_suci 4-8-2024 03:22 AM
Manusiabesa replied at 3-8-2024 03:50 PM
Byk nau rkyt mlysia diebetes.
Kanak2 pun dh ramai kena. Smpai kena visit hspital sllu.mgkin punca dr ...

Jaga2 nok. Bisul tu yes mmg ramai kena. I help consult patients mmg nmpk bisul ni kerap skrg. Myb one of the AEFI for covid vacc. U jabbed pfizer ke astra
Quote Carcosa 4-8-2024 04:44 AM
Eh chuols, neighbour meols pun kena bisul lah. Tapi dekat tapak kaki. Entah katanya takde diabetes.
Doctor korek habis kasi buang bisul tu, sampai menjerit2 minah tu.
Selalu bisul kat mana skrg ni
Quote Nanadjo 4-8-2024 07:54 AM
For me, heols still heloks walaupun dah tua dan berpenyakit. Heols lama jugak kan tak berlakon? Iols tak ingat macam ada kes apa dulu2 lepastu terus tak nampak heols sangat dah.
Quote Manusiabesa 4-8-2024 09:06 AM
sok_suci replied at 4-8-2024 03:22 AM
Jaga2 nok. Bisul tu yes mmg ramai kena. I help consult patients mmg nmpk bisul ni kerap skrg. Myb  ...

Pfizer. U tau. Dlu i sihat. Jarang nk saket apa unless demam. Tp after cocok. Mmg tentiba i alahan kulit. Dduk rumah xjd apa kena refer doc. Tiba2 tau.bkn lps mkn ketam ke udang ke. Pastu tentiba jd bisul. Xpenah2 jd apa sblum ni. Mmg bca kt tt ,kesan pfizer mmg alahan kulit. Bisul dia xmention pun tp yes aku berat rasa mmg side effect pfizer pun. Alhmdlh lega dh kesemua pnykit pelik2 aku. Saket gila bisol oi... tiba2 ja jdi. Azab smntara mata nanah dia nk pecah.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.132726 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top